Dewa Cintaku
Dewa Cinta adalah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 arahan Harris Fadzilah, dibintangi Fasha Sandha, Iqram Dinzly, Lana Nordin, Bkay Nair dan Black Hanifah. Siri ini telah memulakan tayangan di Slot Akasia, TV3 bermula 20 Jun 2011 menggantikan Nora Elena.
| Dewa Cinta | |
|---|---|
| Genre | Drama Cinta Konflik Muzikal |
Berdasarkan daripada | Dewa Cintaku karya Dilla Hussein |
| Pengarah | Harris Fadzilah |
Dibintangi oleh | Fasha Sandha Iqram Dinzly Lana Nordin Bkay Nair Black Hanifah |
| Lagu pembukaan | "Aku Rindu Sayang Kamu" oleh Black |
| Lagu penutup | "Aku Rindu Sayang Kamu" oleh Black |
| Negara asal | |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Bilangan musim | 1 |
| Bilangan episod | 24 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Jalena Rejab |
| Penerbit | Tengku Iesta Tengku Alaudin |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance Sdn. Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 |
| Siaran asal | 20 Jun 2011 – 28 Julai 2011 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Nora Elena |
| Diikuti oleh | Kasih Alia |
Siri drama ini diadaptasi daripada novel Dewa Cintaku karya Dilla Ahmad.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Dewa Cinta berkisar mengenai Iqbal (Iqram Dinzly) yang dibesarkan penuh kemewahan oleh keluarga angkatnya, Norhan (Hafizuddin) dan Rohaya (Aida Khalida). Memori hitam pada zaman kanak-kanak akibat sikap ayah kandung yang sangat garang dan tegas terhadapnya selepas ibu dan kakaknya menghilangkan diri menyebabkan jiwa Iqbal mula memberontak dan selesa menyembunyikan sikap panas barannya di sebalik penampilan yang elite. Takdir menemukan Iqbal dengan June, seorang pemuzik dan penyanyi pub jelita yang lebih suka menyendiri, lantas Iqbal jatuh cinta dengan wanita yang lebih berusia daripadanya itu.
June pula masih mengharapkan kepulangan kekasih yang telah lapan tahun bermain muzik di luar negara tanpa khabar. Namun, janji setia telah dikhianati oleh kekasih yang rupa-rupanya telah pun berkahwin dengan perempuan lain dan June yang cuba mengubati hati yang luka menjadi semakin akrab dengan Iqbal. Walaupun berlainan darjat, namun ia bukan penghalang untuk dua insan untuk saling mengenali dan menyayangi. Sayangnya, bunga cinta yang baru berputik layu selepas penemuan penyiasat persendirian yang menunjukkan kemungkinan June ialah kakak kandung Iqbal yang sudah hilang sekian lama.
Kecewa lagi, June memilih untuk membawa diri ke Jakarta dan bercadang untuk menerima kontrak kerjayanya selama 3 tahun di situ. June hanya meninggalkan cincin pertunangan, hadiah hantaran dan sebuah lagu ciptaan sendiri khas untuk Iqbal iaitu “Dewa Cinta”.
Lynn (Lana Nordin) yang telah lama menyimpan perasaaan terhadap Iqbal merebut peluang untuk menawan hati Iqbal. Fariz, adik kandung kepada June merupakan pesaing sengit kepada Iqbal dalam dunia perniagaan sentiasa berikhtiar untuk menjatuhkan Iqbal. Fariz telah bersuhabat dengan Selena dan Lynn bagi menjatuhkan Iqbal dan memusnahkan hubungan Iqbal dan June. Apakah yang akan terjadi seterusnya dalam perhubungan cinta mereka. Dewa Cinta ditayangkan di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Fasha Sandha sebagai June
- Iqram Dinzly sebagai Iqbal
- Lana Nordin sebagai Lynn
- Bkay Nair sebagai Selena
- Black Hanifah sebagai Niki
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Hafidzuddin Fazil sebagai Borhan
- Aida Khalida sebagai Rohaya
- Zed Zaidi sebagai Fariz
- Adam Corrie sebagai Mr. Yow
- Marissa Yasmin sebagai Mariana
- Amanda Misbun sebagai Leha
- Zarynn Min sebagai Dewi Fatimah
- Aleza Shadan sebagai Rainis
- Wan Raja sebagai Hazim
- Nabila Huda srbagai Ona
- Amir Pearl sebagai Ayim
- Saiful Ghaz sebagai Man
- Ery Zulkhairy sebagai Hamid
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang | ||
|---|---|---|
| Sebelumnya | Dewa Cintaku | Berikutnya |
| Nora Elena | Kasih Alia | |