Blender (perisian)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Blender
Logo Blender.svg
Blender 2.93.0 screenshot.png
Paparan Blender 2.93 di Linux
Pengarang asalTon Roosendaal
PembangunBlender Foundation, masyarakat pengguna
Pelancaran pertama2 Januari 1994; 27 tahun yang lalu (1994-01-02)[1][2]
Templat:Infobox software/simple
Repositori Sunting ini di Wikidata
Bahasa pengaturcaraanC, C++, dan Python
Sistem pengendalianWindows, macOS, Linux, Android,[3] FreeBSD,[4] OpenBSD,[5] NetBSD,[6] DragonFly BSD,[7] Haiku[8]
Saiz129–190 MiB (varies by operating system)[9]
Terdapat dalam34 bahasa
Senarai bahasa
Abkhaz, Arab, Basque, Belanda, Catalonia, Croatia, Czech, Esperanto, Hausa, Hindi, Hungary, Ibrani, Inggeris (bahasa lalai), Itali, Jepun, Jerman, Korea, Kyrgyz, Melayu baku Indonesia, Parsi, Perancis, Polish, Portugis baku Eropah, Portugis baku Brazil, Romania, Rusia, Serbia, Sepanyol baku umum, Sepanyol Castilla, Sweden, Thai, Turki, Ukraine, Vietnam
JenisGrafik komputer 3D
LesenDwilesen Blender[10]/GPLv2+[11]
Tapak webhttps://www.blender.org

Blender ialah sebuah perisian 3D yang bebas dan bersumber terbuka untuk menghasilkan seni biasa, model 3 dimensi, kesan visual dan grafik gerakan. Ia boleh diintegrasikan dalam mana-mana proses penghasilan animasi 3D seperti pemodelan, UV unwrapping, penteksturan, rigging dan skinning, simulasi cecair, penyuntingan, compositing dan banyak lagi.

Perisian ini dihasilkan tersuai untuk pelbagai sistem pengendalian seperti Microsoft Windows, Linux, Mac OS X, Solaris, NetBSD, FreeBSD, Open BSD dan liang (port) tidak rasmi untuk sistem pengendalian komputer poket.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tangkapan layar Blender 2.4

Blender dibangunkan bersama studio animasi Belanda Neo Geo dan Not a Number Technologies (NaN) pada asalnya untuk kegunaan sendiri, fail sumber ia mula diterbitkan pada 2 Januari 1994.[2] Pengarang utamanya ialah Ton Roosendaal yang pernah menulis sebuah penyurih sinar bernama Traces for Amiga pada tahun 1989. Nama "Blender" diilhamkan oleh sebuah lagu oleh Yello daripada album Baby.[13]

Roosendaal mengasaskan NaN pada bulan Jun 1998 untuk terus membangun dan mengedarkan atur cara terbabit. Atur cara ini pada mulanya diedarkan sebagai perisian kongsi sehinggalah NaN jatuh muflis pada tahun 2002.

Para pemiutang bersetuju untuk membebaskan Blender di bawah terma Lesen Awam Am GNU, dengan bayaran sekali gus €100,000 (AS$100,670 ketika itu). Tanggal 18 Julai 2002, sebuah kempen pembiayaan Blender telah dimulakan oleh Roosendaal untuk mengumpul derma dan pada 7 September 2002, diumumkan bahawa dana yang cukup telah berjaya dikumpul dan kod sumber Blender akan dibebaskan. Kini, Blender ialah sebuah perisian yang bebas lagi bersumber terbuka dan dibangunkan oleh komuniti, di samping dibangunkan oleh pekerja sambilan dan tetap.[14]

Blender Foundation pada asalnya mempunyai hak untuk menggunakan dwi lesen, supaya, di samping GNU GPL, Blender juga dilesenkan di bawah "Lesen Blender", yang tidak memerlukan kod sumbernya dibuka sebaliknya memerlukan bayaran kepada Blender Foundation. Namun, pilihan ini tidak pernah diguna pakai dan telah ditangguhkan pada tahun 2005.[15] Buat masa ini, Blender berada di bawah GNU GPL sepenuhnya.

Gambaran utama[sunting | sunting sumber]

Pemasangan[sunting | sunting sumber]

Pemasangan dan pengendalian perisian ini memerlukan perkakasan berikut:[16][a]

Perkakasan Minimum Recommended Production-standard
Pemproses CPU 2 GHz dwiteras 64-bit dengan sokongan SSE2 CPU caturteras 64-bit CPU astateras 64-bit
Ingatan 4 GB RAM 16 GB RAM 32 GB RAM atau lebih
Kad grafik Kad sepadan OpenGL 3.3 dengan 1 GB video RAM Kad sepadan OpenGL 4 dengan video RAM 4 GB Kad sepadan OpenGL 4 atau lebih tinggi dengan video RAM 12 GB atau lebih, OpenCL 1.2+ atau CUDA 3.0+ dan OPTIX
Paparan 1280×768 piksel, warna 24-bit 1920×1080 piksel, warna 24-bit FHD berganda 1920×1080 piksel, WQHD atau UHD,warna 24-bit atau HDR dengan warna 30-bit
Cara masukan Tetikus atau papan jejak Tetikus tiga butang Tetikus tiga butang dan tablet grafik
Versi OpenGL 3.3 atau lebih tinggi (pada versi berlanjutan dari Blender 2.80)

Tataguna[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan arahan dalam perisian dapat dimasukkan menggunakan pintasan kekunci (hotkeys) serta mudah dipelajari daripada menu grafik yang lengkap.

Ciri disokong[17]
Ciri CPU CUDA OpenCL OPTIX
Shading Ya Ya Ya Ya
Pemiripan bayang Ya Ya Ya Ya
Motion blur Ya Ya Ya Ya
Pemiripan rambut Ya Ya Ya Ya
Kepadatan Ya Ya Ya Ya
Pemiripan asap dan api Ya Ya Ya Ya
Subsurface scattering Ya Ya Ya Ya
Open Shading Language (OSL) Ya Tidak Tidak Tidak
Correlated multi-jittered sampling Ya Ya Ya Ya
Penerap jalan bercabang
(Branched path integrator)
Ya Ya Ya Tidak
Bevel and AO shaders Ya Ya Ya Tidak
Kebolehan menggunakan ingatan CPU
Ya Ya Tidak
Ciri eksperimental
Adaptive subdivision Experimental Experimental Experimental Experimental

Fail-fail disokong[sunting | sunting sumber]

Banyak format fail 3D disokong untuk tujuan pemasukan dan pengeluaran fail termasuk Alembic, 3D Studio (3DS), Filmbox (FBX), Autodesk (DXF), SVG, STL (untuk pencetakan 3D), UDIM, USD, VRML, WebM, X3D dan Obj.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ For actual Hardware Tests see https://opendata.blender.org/

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Blender's 25th birthday!". blender.org. 2 Januari 2019. Dicapai pada 7 Januari 2019.
  2. ^ a b "How Blender started, twenty years ago…". Blender Developers Blog (dalam bahasa Inggeris). Blender Foundation. Dicapai pada 10 Januari 2019.
  3. ^ "Index of /demo/android/". download.blender.org. Dicapai pada 2020-09-23.
  4. ^ "FreshPorts -- graphics/blender: 3D modeling/rendering/animation/gaming package". www.freshports.org.
  5. ^ "OpenPorts.se | The OpenBSD package collection". openports.se.
  6. ^ "pkgsrc.se | The NetBSD package collection". pkgsrc.se.
  7. ^ "The dedicated application build system for DragonFly BSD: DragonFlyBSD/DPorts". July 23, 2019 – melalui GitHub.
  8. ^ "GitHub - haikuports/haikuports: Software ports for the Haiku operating system". July 27, 2019 – melalui GitHub.
  9. ^ "Blender 2.80 Release Index". blender.org. July 30, 2019. Dicapai pada July 30, 2019.
  10. ^ http://www.blender.org/BL/ Diarkibkan 2007-10-13 di Wayback Machine Blender License
  11. ^ "License - blender.org". Dicapai pada May 17, 2014.
  12. ^ "blender.org Traffic, Demographics and Competitors". Alexa Internet. Dicapai pada December 12, 2019.
  13. ^ Kassenaar, Joeri (21 Mei 2005). "Brief history of the Blender logo". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-16. Dicapai pada 21 Disember 2012.
  14. ^ "Blender.org history". Amsterdam. 2008-06. Check date values in: |date= (bantuan)
  15. ^ Roosendaal, Ton (2005-06). "Blender License". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-13. Dicapai pada 19 Januari 2007. Check date values in: |date= (bantuan)
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan system-requirements tidak disediakan
  17. ^ "Features — Blender Reference Manual". www.blender.org. Dicapai pada 24 Mac 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]