Boson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Boson adalah zarah-zarah yang menuruti statistik Bose-Einstein. Zarah-zarah ini cenderung untuk berada di dalam keadaan (yakni bernombor kuantum) yang sama, terutama pada suhu rendah. Ia merupakan salah satu kelas zarah asas selain fermion yang bersifat bertentangan.[1] Boson mempunyai (nombor kuantum) spin yang bernilai integer.

Nama "boson" dibentuk oleh Paul Dirac[2] sempena memperingati sumbangan Satyendra Nath Bose,[3][4] seorang ahli fizik dan profesor di Universiti Dhaka yang membantu membangunkan statistik Bose-Einstein (bersama Albert Einstein) yang menteorikan ciri-ciri zarah asas.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Carroll, Sean (2007). Dark Matter, Dark Energy: The Dark Side of the Universe, Guidebook Part 2. The Teaching Company. m/s. 43. ISBN 1598033506. ...boson: A force-carrying particle, as opposed to a matter particle (fermion). Bosons can be piled on top of each other without limit. Examples include photons, gluons, gravitons, weak bosons, and the Higgs boson. The spin of a boson is always an integer, such as 0, 1, 2, and so on... 
  2. ^ Nota syarahan Dirac Developments in Atomic Theory di Le Palais de la Découverte, 6 Disember 1945, UKNATARCHI Dirac Papers BW83/2/257889. See note 64 to p. 331 in "The Strangest Man" by Graham Farmelo
  3. ^ Daigle, Katy (10 Julai 2012). "India: Enough about Higgs, let's discuss the boson". AP News. Dicapai 10 Julai 2012. 
  4. ^ Bal, Hartosh Singh (19 September 2012). "The Bose in the Boson". New York Times blog. Dicapai 21 September 2012. 
  5. ^ "Higgs boson: The poetry of subatomic particles". BBC News. 4 Julai 2012. Dicapai 6 Julai 2012. 

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.