Botak Chin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Botak Chin
Botak Chin.jpg
Botak Chin ketika dibawa ke Penjara Pudu oleh anggota polis.
Kelahiran
Wong Swee Chin

3 Mac 1951
Meninggal dunia11 Jun 1981 (umur 30)
Sebab kematianDihukum gantung sampai mati
Denda jenayahRompakan bersenjata
Penalti jenayahHukuman mati
Status jenayahHukuman mati dilaksanakan pada 11 Jun 1981.

Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin (3 Mac 1951–11 Jun 1981) ialah seorang penjenayah terkenal Malaysia[1][2] yang melakukan pelbagai siri rompakan bersenjata pada dekad 1970an.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Wong Swee Chin dalam sebuah keluarga yang mempunyai 10 beradik di Kuala Lumpur pada 3 Mac 1951. Bapanya ialah pesara jabatan kereta api yang menghantarnya ke sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Sentul Pasar dan kemudian ke sekolah . Pada usia 15 tahun beliau berkerja sebagai pembantu di pasar borong Jalan Tun Ismail selama setahun dan terpengaruh oleh kegiatan jenayah

Inggeris.[4]

Kerjaya jenayah[sunting | sunting sumber]

Botak Chin kemudian memiliki senjata pertamanya iaitu revolver .22 lalu menubuhkan gengnya sendiri dan melakukan lapan rompakan pada September 1969. Kegiatan itu berjaya ditumpaskan. Botak Chin ditahan dan dihukum tujuh tahun penjara, tetapi dibebaskan pada November 1974.[5]

Kemunculan semula Botak Chin dengan siri Tangkal Besi, rompakannya mendapat perhatian polis dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Kulasingam ditugaskan memburunya hingga ke lubang cacing.[6][7]

Kesukaran mendapatkan senjata api baru menyebabkan Botak Chin menjadikan anggota polis sebagai sasaran. Dia merampas tiga pistol milik tiga anggota polis dan ketika merompak sebuah bar di Sentul, merampas senjata api pengawal keselamatan. Ketika merompak Kelab Kereta Api Sentul selepas itu, dia mencabar sesiapa di situ untuk beradu kehandalan menembak ala koboi.

Pasukan polis terus memburunya dan pada September, polis mengesan kereta Alfa Romeo curi yang dinaiki Botak Chin dan anggotanya. Di Segambut Dalam, selepas dikejar sejauh 3.2 kilometer dan dihujani tembakan polis, kereta itu berhenti dan Botak Chin segera menyelinap di kawasan setinggan di situ. Dalam keadaan kelam kabut, mereka tertinggal sepucuk .38 revolver. Botak Chin bersama anggotanya, termasuk seorang yang cedera ditembak berjaya melepaskan diri dengan merampas sebuah kereta Volvo milik seorang pegawai bank.

Pada 25 September, orang kanannya, Chau Kuan (Ah Kuan) ditembak mati di sebuah kedai runcit di Jalan Kovil Hilir, tetapi kematian ini tidak menghalangnya terus melakukan rompakan.

Rompakan terbesar adalah pada 26 Oktober 1975. Dia merampas RM218,000 selepas menembak pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda. Hasil agihan sebanyak RM40,000, Botak Chin pergi lagi ke Thailand membeli senjata api menjadikannya memiliki 19 senjata api, lima bom tangan dan kira-kira 1,000 peluru.

Perbicaraan dan kematian[sunting | sunting sumber]

Setahun selepas ditangkap, Botak Chin mencatat sejarah sebagai orang pertama mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori. Peguamnya, Jagjit Singh membuat rayuan terhadap hukuman itu hingga peringkat Majlis Privi yang mengenepikan penghakiman dan hukuman mati itu serta mengarahkan perbicaraan semula.

Botak Chin dibicara semula pada 1 April 1980 dan ketika inilah beliau mendakwa sebagai Robin Hood moden, merompak orang kaya untuk menolong orang miskin. Ada juga yang berpendapat bahawa namanya, 'Botak' Chin, sebenarnya merupakan akronim untuk "Bantu Orang Tak Ada Kerja".[8] Menurut pakar psikiatri dan bekas pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Tan Sri Dr M. Mahadevan, Botak Chin merupakan seorang genius sesat ("Distorted misguided genius"). Inilah kesimpulan beliau setelah menjalankan pemeriksaan kesihatan mental untuk menentukan sama ada Botak Chin cukup waras untuk dibicarakan di mahkamah[9]. Botak Chin akhirnya didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan ditolak pada 23 September. Rayuan kepada Lembaga Pengampunan juga ditolak. Ketika menunggu dihukum gantung, dua kali Botak Chin menyerang pegawai penjara.[10]

Pada usia 30 tahun, riwayat Botak Chin sebagai penjenayah ganas dan kejam berakhir di tali gantung di Penjara Pudu pada 11 Jun 1981.[11] Ironinya ialah Botak Chin akhirnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati disebabkan pemilikan senjata api, dan bukan atas tuduhan bunuh.[12][13][14]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Kisah kehidupan dan kerjaya Botak Chin dimuatkan dalam buku bertajuk Kriminal: Catatan Seorang Wartawan Jenayah hasil tulisan Syahril A. Kadir, buku ini dilancarkan pada 12 Mei 2016.[15]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://dailyrakyat.com/penjenayah-terkenal-botak-chin-akui-bukan-mudah-jaga-malaysia-tetap-bangun-bila-dengar-negaraku/4273
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-24. Dicapai pada 2018-06-24.
  3. ^ http://berita-harian-online.com/botak-chin/
  4. ^ The Star Online eCentral – Movies – Malaysia Entertainment
  5. ^ "Fate rules". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-16. Dicapai pada 2021-08-16.
  6. ^ "Botak Chin – Penjenayah maut di tali gantung (11 Jun 1981)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-24. Dicapai pada 2010-04-10.
  7. ^ https://lobakmerah.com/jenayah-dsp-kulasingam-unsung-hero-tumpaskan-botak-chin-hampir-terbunuh-disimbah-asid/
  8. ^ Where Botak Chin met his end - The Star, Sunday, June 27, 2010
  9. ^ Top psychiatrist turns 75, but isn’t retiring yet - The Star Thursday, September 9, 2004
  10. ^ Mohd Azis Ngah (21 September 2015). Botak Chin serag wadar ketika cuci tong najis Berita Harian. Diperoleh pada 22 September 2015.
  11. ^ Mega development plan proposed for Pudu Prison land - Metro Tuesday June 17, 2008
  12. ^ "Botak Chin hanged to death", New Straits Times, 12 June 1981.
  13. ^ Lakshmi Natarajan and Hanim Melan (May 4, 1980). "Botak Chin fit to make defence, says psychitiartist", New Straits Times. Retrieved on January 22, 2009.
  14. ^ "Botak Chin gets death sentence", The Star (Malaysia), January 12, 1977. Gun thug Wong pleads guilty to ISA charge.
  15. ^ Mohd Shamsul Abd Ghani (12 Mei 2016). "Rahsia Botak Chin dibuka selpas 35 tahun". Sinar Harian. Dicapai pada 25 Januari 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]