Mona Fandey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mona Fandey
Mona Fandey.jpg
Mona Fandey di mahkamah
Kelahiran Maznah binti Ismail
(1956-01-01)1 Januari 1956
Kangar, Perlis, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Kematian 2 November 2001(2001-11-02) (umur 45)
Penjara Kajang, Kajang, Selangor, Malaysia
Sebab kematian Dihukum gantung sampai mati
Dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kajang, Kajang, Selangor
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Penyanyi, bomoh
Terkenal kerana Membunuh mantan ahli Dewan Undangan Negeri, Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris
Denda jenayah Pembunuhan Datuk Mazlan Idris
Penalti jenayah Hukuman mati
Status jenayah Hukuman mati dilaksanakan pada 2 November 2001
Pasangan Mohd Affandi Abdul Rahman (meninggal dunia)
Anak Mazdiana Affandi
Kerjaya muzik
Genre Pop
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1987–1989

Maznah Ismail (1 Januari 1956 –2 November 2001) atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey merupakan salah seorang penyanyi popular, bomoh dan pembunuh yang terkenal di Malaysia. Beliau telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2 November 2001 di Penjara Kajang, Kajang, Selangor pada usia 45 tahun selepas beliau didapati bersalah kerana membunuh bekas ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 1993.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Maznah binti Ismail dilahirkan pada 1 Januari 1956 di Kangar, Perlis dan memulakan kerjaya awalnya sebagai penyanyi dan pernah mengeluarkan album pertama yang bertajuk, Diana I pada tahun 1987 dan terkenal menerusi lagu “Ku Nyanyikan Lagu Ini”. Ketika itu jugalah beliau mula menggunakan nama komersial, Mona Fandey, nama yang kekal popular dan terus terpahat dalam ingatan rakyat Malaysia sehingga kini.

Ketidakupayaan Mona menyanyi dengan baik dikatakan menjadi punca beliau beralih arah ke bidang perubatan tradsional. Mohd Affandi Abdul Rahman merupakan suami ketiga Mona Fandey dan menuntut ilmu persilatan di Indonesia.[1]

Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Mazdiana Affandi.

Pembunuhan[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 1993, Datuk Mazlan Idris telah menghampiri Mona Fandey untuk bantuan ghaib untuk meningkatkan kerjaya politik beliau dan mendaki tangga parti. Beliau telah dipelawa oleh Mona Fandey dan pasangannya, untuk mengambil bahagian dalam satu upacara ilmu hitam di rumah Mona Fandey tersebut. Datuk Mazlan Idris telah diminta baring di lantai dengan matanya tertutup sambil menunggu wang untuk "jatuh dari langit." (seperti yang diberitahu oleh bomoh tersebut) Tiada wang jatuh, sebaliknya ia merupakan sebilah kapak. Datuk Mazlan Idris telah dipancung dan badannya dikerat dan sebahagian kulitnya disiat. Mayatnya ditemui dipotong kepada 18 bahagian dan ditanam di sekitar rumah Mona Fandey di negeri Pahang, kira-kira 130 kilometer timur laut dari Kuala Lumpur. Datuk Mazlan Idris dilaporkan hilang pada 2 Julai, 1993 selepas dia telah keluarkan RM300,000 daripada beberapa buah bank di Kuala Lumpur.[2][3]

Sehari selepas pembunuhan itu, Mona Fandey telah pergi membeli-belah di Kuala Lumpur, dan kemudian membeli sebuah Mercedes-Benz serta menonjolkan wajah baru. [2] Apabila disoal, pembantu Mona Fandey, Juraimi Hussin telah buat kenyataan kepada pihak polis yang membawa kepada penemuan mayat Datuk Mazlan Idris. Tidak mengejutkan, Mona Fandey dan suaminya segera menjadi suspek utama.Q

Hukuman[sunting | sunting sumber]

Hukuman gantung sampai mati ditetapkan pada pagi Jumaat, 2 November 2001 di Penjara Kajang yang baru sahaja dibuka. Sebelum fajar pada pagi Jumaat, ketiga-tiganya digari dan kepalanya ditutup dalam sel-sel mereka yang bersebelahan dengan bilik hukuman. Mereka kemudian dibawa ke tiang pergantungan dengan tiga tali gantungnya dalam gaya Inggeris yang bergantung dari tiang logam. Kaki mereka diikat pada pelantar boleh gerak dan tali gantung disesuaikan sekeliling leher mereka. Pada 05:59, drop telah dijatuhkan dan ketiga-tiganya telah jatuh ke bawah. Hukuman gantung sampai mati tersebut telah disaksikan oleh sejumlah kecil penjaga penjara, pegawai dan doktor penjara.[3] Pihak akhbar dan masyarakat umum tidak terlibat. Seorang pegawai mengatakan kepada surat khabar Malay Mail pagi itu bahawa ketiga-tiga tertuduh tidak bertaubat sehingga ke saat akhir. "Mereka tidak mengatakan apa-apa, mereka tenang – seperti mereka yang terima bahawa mereka akan mati." Hukuman gantung sampai mati diumumkan secara rasmi di pagi hari oleh seorang wakil Penjara Malaysia. Jamil Razif Kassim memberitahu wartawan, "Ketiga[-tiga]nya telah menjalani hukuman mereka pada pagi ini."[4]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Mona Fandey mendapat perhatian sekalipun ketika itu beliau masih seorang penyanyi pop. Terdapat juga liputan media tempatan dan antarabangsa yang meluas serta perhatian umum mengenainya. Sebuah pergerakan anti-hukuman mati, Amnesty International telah menyuarakan bantahan mereka terhadap penggantungan Mona, suaminya Affandi dan pembantu mereka, Juraimi. [5] Pada 2002, pengarah filem Malaysia Amir Muhammad mengarahkan filem pendek bertajuk Mona yang diterbitkan dalam 6 siri filem pendek.

Pada 2006, sebuah filem arahan Dain Iskandar Said yang bertajuk Dukun yang berdasarkan kisah Mona Fandey. Filem ini tidak ditayangkan setakat Disember 2011 dan tidak sesuai ditayangkan kepada umum berikutan beberapa isu seperti kandungan dalam filem, perhubungan dengan Mona Fandey dan implikasi terhadap waris dan keluarganya.[6]

Kes Mona Fandey merupakan salah satu perbicaraan juri yang terakhir dijalankan di Malaysia. Sifat sensasi kes itu lebih menyumbang ke arah keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan sistem juri. Semua perbicaraan oleh pihak juri telah dimansuhkan pada 1 Januari 1995.

Dalam budaya masyhur[sunting | sunting sumber]

TV3 menerusi rancangan KES: Kronologi. Eksklusif. Siasatan terbitannya menyiarkan laporan mengenai kes pembunuhan Mona Fandey.

Mona dilakonkan oleh Umie Aida menerusi filem 2007 bertajuk Dukun arahan Dain Iskandar Said, namun diharamkan tayangannya berikutan isu undang-undang.[7]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Diana 1 (1987)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ KES - Mona Fandey
  2. ^ a b "Malaysian trio hanged for ritual murder", Kyodo News International, 5 November 2001. Accessed 14 August 2007.
  3. ^ a b "Black magic mayhem", The Star, 25 July 2007.
  4. ^ "Malaysia hangs three for witchcraft murder.", BBC News, 2 November 2001. Accessed 12 June 2008.
  5. ^ "Malaysia: Imminent execution", Amnesty International. Accessed 14 August 2007.
  6. ^ Koay, Allan, "Will Dukun ever charm viewers?", The Star, 3 June 2007.
  7. ^ "Will Dukun ever charm viewers?" TheStar, 3 June 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]