Boubacar Barry

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Boubacar Barry
Barry bermain untuk Ivory Coast pada tahun 2012
Maklumat peribadi
Nama penuh Boubacar Barry[1]
Tarikh lahir (1979-12-30) 30 Disember 1979 (umur 44)
Tempat lahir Abidjan, Ivory Coast
Ketinggian 1.81 m (5 ka 11 in)[2]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Lokeren
Nombor 1
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1999–2001 ASEC Mimosas 17 (0)
2001–2003 Rennes B 23 (0)
2003–2007 Beveren 107 (0)
2007– Lokeren 228 (1)
Jumlah 375 (1)
Pasukan kebangsaan
2000–2015 Ivory Coast 84 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Februari 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 8 Februari 2015

Boubacar "Copa" Barry (lahir 30 Disember 1979) merupakan pemain bola sepak Ivory Coast yang bermain untuk Lokeren dan pasukan kebangsaan Ivory Coast sebagai penjaga gol. Dia telah bermain untuk Lokeren sejak bulan Julai 2007.

Karier[sunting | sunting sumber]

Dia mempunyai 86 kaps untuk Ivory Coast, dan dipanggil untuk Piala Dunia FIFA 2006. Dia beraksi dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Serbia dan Montenegro pada 22 Jun 2006, dimana Ivory Coast menang 3–2.

Barry bermain dalam ketiga-tiga perlawanan untuk Ivory Coast dalam Kumpulan G Piala Dunia FIFA 2010. Barry mengekalkan jersi bersih ketika menentang Portugal dan Korea Utara. Barry menjaringkan gol penalti untuk Lokeren pada musim 2011–12, ketika kemenangan 4-0 ke atas Westerlo. Dia memenangi Piala Belgium bersama Lokeren pada musim yang sama.

Barry merupakan penjaga gol pilihan utama untuk Ivory Coast ketika kempen Piala Dunia FIFA 2014. Barry dipanggil oleh Ivory Coast untuk Piala Negara-Negara Afrika 2015 yang diadakan di Equatorial Guinea. Dia banyak diletakkan di bangku simpanan ketika pertandingan itu untuk memberi peluang kepada rakan sepasukan yang lebih muda Sylvain Gbohouo, tetapi beraksi dalam perlawanan akhir selepas kecederaan Gbohouo di peringkat separuh akhir. Perlawanan berakhir tanpa jaringan dalam masa sebenar dan selepas masa tambahan dan Barry menjadi hero Ivory Coast selepas menyelamatkan dua penalti dan menjaringkan penalti kemenangan.[3][4] Dia mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa pada 3 Mac 2015.[5]

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Lokeren

Negara[sunting | sunting sumber]

Ivory Coast

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "List of Players" (PDF). Confederation of African Football (CAF). Dicapai pada 24 January 2013.
  2. ^ "Boubacar Barry". Soccerway. Global Sports Media. Dicapai pada 24 January 2013.
  3. ^ "Ivory Coast 0-0 Ghana (9-8 on penalties)". BBC Sport. Retrieved 10 February 2015.
  4. ^ "Africa Cup of Nations: Barry dedicates win to past players". BBC Sport. Retrieved 10 February 2015.
  5. ^ "Ivory Coast hero 'Copa' announces international retirement". Worldfootball Retrieved 4 March 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]