Didier Zokora

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Didier Zokora
Zokora Trabzonspor.JPG
Zokora bermain untuk Trabzonspor pada tahun 2012
Maklumat peribadi
Nama penuhDéguy Alain Didier Zokora[1][2]
Tarikh lahir (1980-12-14) 14 Disember 1980 (umur 38)
Tempat lahirAbidjan, Ivory Coast
Ketinggian1.80 m (5 ft 11 in)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniAkhisar Belediyespor
Nombor45
Kerjaya remaja
1994–1999Académie MimoSifcom
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1999–2000ASEC Mimosas10(1)
2000–2004Racing Genk122(1)
2004–2006Saint-Étienne66(0)
2006–2009Tottenham Hotspur88(0)
2009–2011Sevilla49(0)
2011–2014Trabzonspor78(0)
2014–Akhisar Belediyespor25(0)
Pasukan kebangsaan
2000–2014Ivory Coast123(1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 4 Jun 2015.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 19 Jun 2014

Déguy Alain Didier Zokora (lahir 14 Disember 1980) dikenali sebagai Didier Zokora merupakan pemain bola sepak profesional Ivory Coast yang bermain untuk Akhisar Belediyespor. Dia beraksi untuk pasukan kebangsaan negaranya selama hampir 15 tahun sejak 2000 dan menjadi pemain dengan penampilan terbanyak.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Awal karier[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Abidjan, Zokora memulakan kariernya di Ivory Coast bersama Académie MimoSifcom.[3] Dia ditawarkan kontrak profesional bersama-sama adiknya, Armando oleh kelab Ivory Coast, ASEC Mimosas. Tragedi berlaku setelah Armando mati lemas ketika meraikan di pantai di Grand-Bassam; sempena mengingati adiknya, Zokora mempunyai tatoo Armand di lengan kanannya.[4]

Pada tahun 2000, dia berpindah ke luar negara untuk bermain bersama pasukan Belgium, Racing Genk dan memenangi Liga Jupiler Belgium semasa musim 2001–02, dimana pengurus Sef Vergoossen dinamakan jurulatih tahunan dan Wesley Sonck merupakan penjaring terbanyak. Zokora kemudiannya beraksi sebanyak 126 perlawanan untuk kelab itu termasuk ketika seri 1–1 dengan Real Madrid pada 12 November 2002.[4][5] Pada musim panas tahun 2004, dia menyertai kelab Perancis, AS Saint-Étienne.

Tottenham Hotspur[sunting | sunting sumber]

Zokora menyertai Tottenham pada musim panas tahun 2006 selepas aksi untuk pasukan kebangsaannya semasa Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman. Perjanjian itu dilaporkan oleh media bernilai £8.2 juta.[4][6][7] Sejurus selepas menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu, ianya telah diumumkan pada 24 Oktober 2006 bahawa Zokora telah dijangkiti malaria selepas jatuh sakit pada pagi hari perlawanan peringkat kumpulan Piala UEFA menentang Beşiktaş di Istanbul.[8] Zokora dimasukkan ke hospital selama empat hari dan mengambil masa dua minggu untuk sembuh,[9] menyebabkannya terlepas perlawanan menentang Beşiktaş, dua perlawaan Liga Perdana dan satu perlawanan Piala Liga. Ianya telah diumumkan pada 31 Oktober bahawa Zokora telah kembali menjalani latihan bersama pasukan utama.[10]

Dia memenangi Piala Liga pada tahun 2008 bersama Tottenham, trofi pertama mereka dalam tempoh 9 tahun, selepas jaringan Jonathan Woodgate mengesahkan kemenangan 2–1 ke atas seteru London, Chelsea.[11] Dia juga merupakan sebahagian daripada skuad Tottenham yang kembali ke Stadium Wembley pada tahun berikutnya untuk perlawanan akhir Piala Liga menentang Manchester United. Tottenham tewas menerusi penalti selepas kedua-dua pasukan seri 0–0 dimana Zokora bermain keseluruhan 120 minit perlawanan.[12] Zokora berjaya menyempurnakan penalti ketika penentuan sepakan penalti menentang PSV Eindhoven dalam Piala UEFA.[13][14]

Pada 30 Ogos 2008, Zokora menandatangani kontrak baru empat tahun bersama Spurs yang akan mengekalkannya di White Hart Lane sehingga musim panas tahun 2012.[15] Pada bulan Januari 2009, kelab itu menandatangani pemain tengah Honduras, Wilson Palacios dari Wigan. Pembelian itu menyebabkan Zokora berada di bangku simpanan dan hanya bermain keseluruhan 90 minit tiga kali selepas bulan Januari.[16] Pada 15 Mac, Zokora brmain di posisi pertahanan kiri untuk Spurs untuk mengawal pemain Aston Villa, Ashley Young, Zokora dikeluarkan selepas 30 minit dan digantikan oleh Vedran Corluka.[17] Walaupun dia berada di kelab itu selama tiga tahun, Zokora gagal menjaringkan gol dalam 134 penampilan.

Sevilla FC[sunting | sunting sumber]

Semasa tingkap perpindahan musim panas tahun 2009, Zokora menyertai Sevilla FC dengan yuran yang tidak didedahkan, dilaporkan termasuk €30 juta klausa perpindahan.[18][19][20][21] Dia membuat penampilan sulungnya untuk kelab Sepanyol itu pada 30 Ogos 2009 dalam perlawanan La Liga ketika kekalahan 2–0 kepada Valencia, masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-21 menggantikan pemain cedera, Romaric.[22] Dalam musim pertamanya di Andalusia, Zokora berjaya membantu Sevilla kembali ke Liga Juara-Juara Eropah selepas menamatkan liga di tempat ke-4. Dia juga membantu kelab itu memenangi Copa del Rey kelima mereka dengan menewaskan Atletico de Madrid 2–0 di Nou Camp.[23][24]

Pada 29 Januari 2011, Zokora masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-77 menggantikan Federico Fazio dan berjaya membuat satu-satunya bantuan gol darinya pada musim itu kepada Álvaro Negredo, dimana Sevilla bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk seri 3–3 dengan Deportivo La Coruña.[25]

Trabzonspor[sunting | sunting sumber]

Zokora menyertai kelab Turki, Trabzonspor pada 2 Jun 2011 dengan perjanjian empat tahun.[26][27] Kelab Turki itu mengumumkan bahawa yuran perpindahan bernilai €5 juta,[28] dengan pemain itu akan memperoleh €1.625 juta semusim.[29] Dia membuat penampilan sulungnya pada 10 September 2011, ketika menentang Manisaspor.

Ketika kekalahan 2–0 pada 15 April 2012 kepada Fenerbahçe, Zokora telah didiskrimasi perkauman oleh pemain tengah Emre Belözoğlu. Zokora berkata bahawa Emre memanggilnya "fucking !@#$%^&*". Emre menerima penggantungan dua perlawanan dari Persekutuan Bola Sepak Turki susulan insiden itu.[30][31] Zokora membalas dendam terhadap bekas pemain tengah Newcastle itu ketika kedua-dua kelab itu bertemu sekali lagi pada 6 May dimana Trabzonspor kalah 3–1,[32] dengan menyepak Emre dan menerima kad kuning kerana kekasaran itu.[33]

Pada 29 April 2014, dia meninggalkan Trabzonspor.[34]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Zokora mewakili Ivory Coast

Zokora telah bermain 118 perlawanan antarabangsa untuk Ivory Coast dan merupakan pemain dengan penampilan terbanyak dalam sejarah pasukan itu.[35] Dia menjaringkan satu-satunya gol di peringkat antarabangsa ketika kemenangan 4–0 ke atas Botswana pada 22 Jun 2008 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010.[36]

Dalam tempoh dua belas tahunnya bersama Ivory Coast, Zokora membantu Les Éléphants layak ke dua edisi Piala Dunia pada tahun 2006 dan 2010.[37][38] Dalam kedua-dua edisi, Côte d'Ivoire menduduki tempat ketiga di peringkat kumpulan.[39][40][41][42] Dalam edisi 2010 pertandingan, Zokora terpaksa bermain di posisi pertahanan ketika menentang Portugal dimana mereka seri 0–0.[43]

Semas Piala Negara-Negara Afrika di Gabon dan Equatorial Guinea, Zokora berkata dia akan bersara daripada bola sepak antarabangsa jika Côte d'Ivoire memenangi pertandingan itu.[44] Zokora bersara daripada bola sepak antarabangsa pada 28 Februari 2012,[45] susulan pertandingan itu. Tetapi Les Elephants tewas 8–7 menerusi penentuan penalti menentang Zambia dalam perlawanan akhir.[46]

Pada 1 Jun 2014, Zokora dimasukkan ke dalam skuad-23 pemain Ivory Coast oleh pengurus, Sabri Lamouchi untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[47]

Pada 8 September 2014, Zokora mengumumkan persaraannya daripada pasukan kebangsaan.[48]

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
22 Jun 2008 Abidjan, Ivory Coast  Botswana 4–0 Menang Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

ASEC Mimosas

KRC Genk

Tottenham Hotspur

Sevilla

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Déguy Alain Didier Zokora". trabzonspor.org.tr. Dicapai 17 September 2011. 
  2. ^ "List of Players" (PDF). Confederation of African Football (CAF). Dicapai 24 January 2013. 
  3. ^ "MAESTRO". academie-jmg.com. Dicapai 8 April 2012. 
  4. ^ a b c "Didier Zokora: Lament for brother spurs the Maestro of Ivory Coast". London: The Independent. 30 September 2006. Dicapai 7 June 2012. 
  5. ^ "uefa.com - UEFA Champions League". En.archive.uefa.com. 2002-11-12. Dicapai 2014-05-16. 
  6. ^ "Spurs deal 'done' for Ivory Coast midfielder Zokora - ESPN FC". Soccernet.espn.go.com. 2006-06-25. Dicapai 2014-05-16. 
  7. ^ "Spurs join the race for midfielder Zokora - ESPN FC". Soccernet.espn.go.com. 2006-05-23. Dicapai 2014-05-16. 
  8. ^ Lutz, Tom (24 October 2006). "Football: Malaria puts Tottenham's Didier Zokora out of action". The Guardian. London. 
  9. ^ Barlow, Matt (9 November 2010). "Didier Drogba has malaria, reveals Carlo Ancelotti... but Chelsea striker is set to face Fulham". Daily Mail. London. 
  10. ^ "Zokora trains again after malaria". BBC News. 31 October 2006. 
  11. ^ Stevenson, Jonathan (24 February 2008). "Tottenham 2–1 Chelsea". BBC News. 
  12. ^ "News | Capital One Cup | CARLING CUP FINAL - MATCH REPORT". The Football League. Dicapai 2014-05-16. 
  13. ^ Glendenning, Barry (24 February 2008). "Spurs 2–1 Chelsea (aet)". The Guardian. London. Dicapai 1 May 2010. 
  14. ^ "Penalty king Zokora willing to go that extra 12 yards to net his first goal for Tottenham". Daily Mail. London. 11 July 2008. 
  15. ^ "Zokora signs new four-year deal". BBC News. 30 August 2008. 
  16. ^ "Zokora leaves Spurs for Sevilla". BBC News. 8 July 2009. 
  17. ^ Shea, Julian (15 March 2009). "Aston Villa 1–2 Tottenham". BBC News. 
  18. ^ "Zokora leaves Spurs for Sevilla". BBC Sport. bbc.co.uk. 8 July 2009. 
  19. ^ "Zokora to Sevilla". Tottenham Hotspur F.C. Official website. 8 July 2009. Dicapai 8 July 2009. 
  20. ^ "ZOKORA YA ES JUGADOR DEL SEVILLA FC PARA LAS PRÓXIMAS CUATRO CAMPAÑAS (VER VIDEO)". Sevilla FC (dalam bahasa Spanish). 8 July 2009. Dicapai 12 July 2011. 
  21. ^ "Tottenham sell Didier Zokora to Sevilla Zokora". The Guardian. London. 8 July 2009. Dicapai 12 July 2011. 
  22. ^ "Valencia 2 Sevilla 0". Sky Sports. 30 August 2009. 
  23. ^ http://actas.rfef.es/actas/RFEF_CmpPartido?cod_primaria=1000144&CodActa=11316
  24. ^ "Atletico Madrid 0 Sevilla 2: match report". The Daily Telegraph. London. 19 May 2010. 
  25. ^ "Gamecast: Deportivo La Coruña v Sevilla FC - Spanish Primera División - ESPN FC". Soccernet.espn.go.com. 2011-01-29. Dicapai 2014-05-16. 
  26. ^ "Zokora sözleşme imzaladı" (dalam bahasa Turkish). Trabzonspor.org.tr. 7 June 2011. Dicapai 7 June 2011. 
  27. ^ "DIDIER ZOKORA, TRASPASADO AL TRABZONSPOR (VER VIDEO)". Sevilla FC (dalam bahasa Spanish). 2 June 2011. Dicapai 11 July 2011. 
  28. ^ "ALAIN DIDIER ZOKORA DEGUY TRANSFERİ KONUSUNDA SEVILLA FC İLE ANLAŞMA SAĞLANMIŞTIR". Turkish Public Disclosure System (dalam bahasa Turkish). 2 June 2011. Dicapai 11 July 2011. 
  29. ^ "ALAIN DIDIER ZOKORA DEGUY'UN KULÜBÜMÜZE TRANSFERİ KONUSUNDA FUTBOLCU İLE ANLAŞMA SAĞLANMIŞTIR". Turkish Public Disclosure System (dalam bahasa Turkish). 2 June 2011. Dicapai 11 July 2011. 
  30. ^ "Emre racism scandal sees Turkey forced to air dirty laundry again - ESPN FC". Soccernet.espn.go.com. 2012-04-25. Dicapai 2014-05-16. 
  31. ^ "BBC Sport - Turkey's Emre banned for insulting Didier Zokora". Bbc.co.uk. 2012-04-20. Dicapai 2014-05-16. 
  32. ^ "The Revengers! Zokora hits Emre where it hurts following race row". Daily Mail. London. 7 May 2012. 
  33. ^ Flood, George. "Crazy football challenges". Givemefootball.com. Dicapai 2014-05-16. 
  34. ^ "Trabzonspor Kulübü Resmi Web Sitesi". Trabzonspor.org.tr. Dicapai 2014-05-16. 
  35. ^ Federation Ivoirienne de Football
  36. ^ "Côte d'Ivoire vs. Botswana 4-0". Soccerway. 22 June 2008. Dicapai 2 June 2014. 
  37. ^ http://ivorycoast.worldcupblog.org/1/cote-divoire-announce-23-man-squad-for-world-cup.html
  38. ^ "Eriksson confirms Ivorian squad". BBC News. 1 June 2010. 
  39. ^ "2006". CNN. 
  40. ^ "2010". CNN. 
  41. ^ Walker, Michael (10 June 2006). "Kezman: knowledge is power". The Guardian. London. 
  42. ^ Kelso, Paul (10 December 2005). "Argentina join the Dutch in group of death". The Guardian. London. 
  43. ^ "World Cup 2010: Ivory Coast's Didier Zokora pleased with performance at centre-back against Portugal". Goal.com. 2010-06-15. Dicapai 2014-05-16. 
  44. ^ "I will retire should we win the title – Didier Zokora of Ivory Coast - Orange Africa Cup of Nations 2012 - CAF". Cafonline.com. Dicapai 2014-05-16. 
  45. ^ Zokora retires from International football turkish-football.com (English) accessed 28 February 2012
  46. ^ "Match vs - Orange Africa Cup of Nations 2012 - CAF". Cafonline.com. Dicapai 2014-05-16. 
  47. ^ "Lacina Traore left out of Ivory Coast's World Cup squad after starting just one game on loan at Everton". Daily Mail. 1 June 2014. Dicapai 1 June 2014. 
  48. ^ "Zokora brings an end to Elephants career". CAF Online. 8 September 2014. Dicapai 8 September 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]