Brendan Gan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Brendan Gan
Brendan Gan ketika bermain untuk Sydney
Maklumat peribadi
Nama penuh Brendan Gan Seng Ling
Cina ringkas: 颜兴龙
Tarikh lahir (1988-06-03) 3 Jun 1988 (umur 35)
Tempat lahir Sutherland Shire, Australia
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Pemain tengah bertahan, pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Selangor FA
Nombor 88
Kerjaya remaja
–1999 Marton Hammers
2000–2007 Sutherland Sharks
2008–2009 Sydney FC
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2008 Sutherland Sharks 23 (7)
2008–2011 Sydney FC 34 (5)
2011–2012 Bonnyrigg White Eagles 0 (0)
2012–2013 Sabah FA 9 (2)
2013–2014 Rockdale City Suns FC 0 (0)
2014–2016 Kelantan 18 (0)
2018–2019 Perak 29 (13)
2020– Selangor FA 21 (4)
Pasukan kebangsaan
2014- Malaysia B-23 5 (0)
2014– Malaysia 18 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21 Jun 2021
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 Jun 2021

Brendan Gan Seng Ling (Cina ringkas: 颜兴龙Cina tradisional: 顏興龍pinyin: Yán Xìng Lóng; dilahirkan pada 3 Jun 1988) merupakan pemain bola sepak kacukan Australia-Malaysia yang kini bermain dengan pasukan Selangor FA dalam Liga Super Malaysia sebagai pemain tengah.

Kerjaya Kelab[sunting | sunting sumber]

Gan mula bermain bola sepak untuk kelab tempatan, Marton Hammers sebelum dia menandatangani perjanjian dengan Sutherland Sharks pada tahun 2000 ketika dia berusia dua belas tahun dan telah melalui gred belia mereka untuk membuat penampilan pertama untuk kelab pada itu tahun 2008. Dia tidak pernah mengecewakan penyokongnya dengan persembahanya tiap-tiap minggu yang telah membawa beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Premier New South Wales.

Sabah FA[sunting | sunting sumber]

Pada 17 November 2011, Brendan Gan telah menyertai sebuah kelab Malaysia, Sabah FA sebagai salah satu daripada Dua pemain asing yang dibenarkan di Liga Super Malaysia 2012. Brendan, bersama-sama dengan rakan senegaranya, Michael Baird telah menandatangani kontrak selama setahun dengan Sabah.

Rocdale City Sun[sunting | sunting sumber]

Karier Brendan Gan di Sabah hanya bertahan semusim sahaja. Pada tahun 2013, Brendan Gan kembali ke Australia dan menyertai kelab Rockdale City Suns.

Kelantan FA[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2014, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) atau lebih dikenali dengan The Red Warriors berusaha membawa Brendan Gan kembali ke Malaysia. Pihak KAFA melalui Presidennya, Tan Sri Annuar Musa melakukan pelbagai usaha untuk mendaftarkan Brendan Gan sebagai pemain tempatan (local) memandangkan Brendan memiliki pertalian darah dengan Malaysia. Pendaftaran Brendan sebagai pemain tempatan dapat menjimatkan kuota pemain import yang mana FAM hanya membenarkan 3 sahaj pemain import didaftarkan untuk satu-satu perlawanan.

Pada bulan Mac 2014, Brendan secara rasminya berjaya menyertai pasukan The Red Warriors iaitu pada jendela kedua perpindahan pemain 2014.

Kerjaya Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Mengikut undang-undang FIFA, Brendan Gan layak memilih untuk menyarung jersi Australia (negara kelahiran) atau Malaysia (negara asal salah seorang ibu bapa). Ketika beraksi di Liga Australia, Brendan Gan sudahpun mendedahkan secara terbuka bahawa minatnya sangat tinggi untuk menyarung jersi negara kelahiran ayahnya iaitu Malaysia. Namun pihak bolasepak Malaysia tidak melakukan apa-apa untuk membawa pulang Brendan.

Sehinggalah ketika Brendan Gan menyertai Kelantan FA pada tahun 2014, barulah impiannya hampir direalisasikan. Untuk permulaan, Brendan dipanggil menyertai skuad kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun Bola sepak di Sukan Asia 2014 yang diadakan di Incheon, Korea Selatan dari 14 September hingga 3 Oktober 2014. Brendan hadir ke dalam skuad sebagai pemain lebih umur (3 orang diizinkan).

Aksi hebat Brendan bersama skuad bawah 23 tahun Malaysia membuka mata Ketua Jurulatih Dollah Salleh untuk memanggil Brendan untuk tugasan akan datang pada tahun 2015. Namun kecederaan ACL yang dialami Brendan ketika bersama Kelantan pada bulan Februari 2014 membantutkan usaha Brendan untuk membantu skuad Harimau Malaya. Brendan Gan terpaksa berehat panjang akibat kecederaan serius ACL.

Rujukan[sunting | sunting sumber]