Faisal Halim
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Muhammad Faisal bin Abdul Halim | ||
Tarikh lahir | 7 Januari 1998 | ||
Tempat lahir | Pulau Pinang, Malaysia | ||
Ketinggian | 1.58 m (5 ka 2 3⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Pemain Sayap | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Selangor | ||
Nombor | 7 | ||
Kerjaya remaja | |||
2012–2015 | Penang F.C. | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2015 | Penang F.C. | 0 | (0) |
2016–2020 | Sri Pahang | 60 | (6) |
2021–2022 | Terengganu FC | 42 | (10) |
2023– | Selangor FC | 14 | (18) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2016– | Malaysia B-20 | 8 | (0) |
2016– | Malaysia B-23 | 4 | (1) |
2019– | Malaysia | 18 | (9) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 January 2024 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 Januari 2022 |
Muhammad Faisal bin Abdul Halim (lahir 7 Januari 1998) ialah pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Super Malaysia Selangor FC dan pasukan kebangsaan Malaysia.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Pulau Pinang FA[sunting | sunting sumber]
Faisal Halim adalah pemain dari skuad Piala Belia yang kemudiannya diserapkan ke skuad Piala Presiden Pulau Pinang.Prestasi yang sangat baik dalam pasukan Belia Pulau Pinang 2015 bimbingan Ketua Jurulatih Noraffendi Taib telah mencuri tumpuan pengendali pasukan Piala Presiden Pulau Pinang yang seterusnya mengambil beliau bermain dalam Skuad Piala Presiden P.Pinang. [1] Dia menjaringkan satu gol dalam penampilan pertama dalam kejohanan Piala Malaysia menentang PDRM FC di mana Pulau Pinang tewas 2-3. Beliau adalah salah seorang pemain muda yang telah dipanggil untuk berlatih dengan skuad pasukan senior sebagai persediaan untuk Piala Malaysia 2015. Beliau dijangka membantu barisan hadapan Pulau Pinang. Prestasi beliau dalam pertandingan Piala Belia dan Piala Presiden sudah membawanya kepada perhatian pihak pengurusan Pulau Pinang.[2]
Pahang[sunting | sunting sumber]
Pada November 2015, Faisal menandatangani kontrak dengan Pahang, dan membantu pasukan memenangi Piala FA Malaysia 2018.
Terengganu[sunting | sunting sumber]
Pada 6 Disember 2020, Faisal Halim menandatangani kontrak dengan Terengganu dan menyarung nombor 7 dalam musim 2021. Beliau menjaringkan gol pertamanya menentang Perak dalam kemenangan 2–0 di Stadium Ipoh.
Selangor[sunting | sunting sumber]
Pada 22 Disember 2022, pengumuman dibuat bahawa Faisal telah berpindah ke Selangor dalam pertukaran bebas.[3][4] Faisal menjaringkan gol pertamanya saat menentang KL City menerusi sepakan penalti. Selangor memenangi perlawanan tersebut 3-1.
Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]
Antarabangsa[sunting | sunting sumber]
- Sehingga 7 Januari 2023[5]
Pasukan | Tahun | Kemunculan | Gol |
---|---|---|---|
Malaysia | 2019 | 1 | 0 |
2021 | 3 | 0 | |
2022 | 12 | 8 | |
2023 | 10 | 5 | |
Jumlah | 26 | 13 |
No | Tarikh | Venue | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 27 Mei 2022 | Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | Brunei | 3–0 | 4–0 | Persahabatan |
2. | 8 Jun 2022 | Turkmenistan | 2–0 | 3–1 | Kelayakan Piala Asia AFC 2023 | |
3. | 9 Disember 2022 | Kemboja | 1–0 | 4–0 | Persahabatan | |
4. | 3–0 | |||||
5. | 14 Disember 2022 | Stadium Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia | Maldives | 2–0 | 3–0 | |
6. | 21 Disember 2022 | Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar | Myanmar | 1–0 | 1–0 | Piala AFF 2022 |
7. | 24 Disember 2022 | Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | Laos | 2–0 | 5–0 | |
8. | 3–0 | |||||
9. | 7 Januari 2023 | Thailand | 1–0 | 1–0 | ||
10. | 16 November 2023 | Kyrgyzstan | 4 - 3 | 4 - 0 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 |
Faisal Halim berjaya memenangi perlawanan dengan 1 goal yang menamatkan Kyrgyzstan dari peringkat 94 dalam FIFA melalui bantuan daripada Arif Aiman yang berjaya membuat "Comeback is Real" dalam perlawanan kelayakan tersebut.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ http://www.stadiumastro.com/Arena/Berita/Penuh.aspx?id=167921&title=faisal-jadi-kebanggaan-harimau-kumbang/
- ^ http://www.thestar.com.my/Metro/Scoreboard/2015/09/02/Coach-keen-to-stay-with-cubs-Veloo-already-seeing-results-after-one-year-with-U21-Penang-team/
- ^ "Faisal Halim Officially Joins Selangor FC". selangorfc.com. Selangor FC. 22 Disember 2022. Dicapai pada 22 Disember 2022.
- ^ Abdullah, Meor (22 Disember 2022). "RASMI: Faisal Halim Sah Bersama Selangor". vocketfc.com. Vocket FC. Dicapai pada 22 Disember 2022.
- ^ (Inggeris) Profil Faisal Halim di National-Football-Teams.com