Kebudayaan Vietnam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Budaya Vietnam)
Lompat ke: pandu arah, cari
Panggung Bandaraya Ho Chi Minh

Kebudayaan Vietnam berkembang selama berabad-abad semenjak budaya kuno Đông Sơn yang berasaskan ekonomi pertanian padi. Sesetengah elemen budaya kebangsaan berasal dari Cina yang menerapkan unsur-unsur Konfusianisme dan Taoisme pada sistem politik dan falsafah tradisional. Struktur masyarakat Vietnam berkisarkan làng (kampung leluhur); semua orang Vietnam menyambut ulang tahun nenek moyang sepunya pada 10 hari bulan tiga takwim lunar.[1] Juga ternyata pengaruh budaya kaum pendatang seperti Cina Selatan padahal agama Buddha amat bersangkut-paut dengan budaya rakyat. Akhir-akhir ini juga terdapat pengaruh budaya Barat, khususnya dari Perancis dan Amerika Syarikat.

Dewan Opera Hanoi ialah satu contoh seni bina Kolonial Perancis di Vietnam.

Budaya Vietnam tradisional tertumpu pada kemanusiaan (nhân nghĩa) dan keharmonian (hòa); nilai kekeluargaan dan kemasyarakatan amat diberi penekanan. Antara lambang-lambang kebudayaan Vietnam yang diangkat tinggi ialah haiwan mitos seperti Lạc Long Quân, "Bapa Bangsa Vietnam" yang digambarkan sebagai naga keramat, dan Âu Cơ, "Ibu Bangsa Vietnam" yang digambarkan sebagai burung lạc keramat. Juga diangkat gambaran-gambaran kura-kura dan kuda.[2]

Kini, budaya hidup Vietnam amat dipengaruhi oleh program budaya dan media kawalan kerajaan. Selama puluhan tahun ditangkisnya pengaruh budaya luar khususnya dari barat. Akan tetapi sejak 1990-an, Vietnam kian terdedah kepada budaya dan media Asia, Eropah dan Amerika.[3]

Media[sunting | sunting sumber]

Sektor media Vietnam dikawal ketat oleh kerajaan mengikut Undang-Undang Penerbitan 2004.[4] Umum dilihat bahawa media Vietnam dikawal untuk mengikuti pendirian rasmi Parti Komunis, tetapi adanya akhbar-akhbar yang cukup berani bersuara.[5] Voice of Vietnam merupakan perkhidmatan siaran radio kebangsaan yang dipancarkan ke seluruh dunia melalui pemancar disewa di samping melalui Internet. Televisyen Vietnam (VTV) merupakan syarikat televisyen negara.

Sejak 1997, Vietnam mempunyai akses Internet yang dikawal ketat. Sekatan menyeluruh ini diberi nama jolokan "Bamboo Firewall" (Tembok Api Buluh).[6] Projek usahasama OpenNet Initiative menggolongkan tahap penapisan politik dalam talian Vietnam sebagai "pervasive",[7] sementara Reporters Without Borders menganggap Vietnam sebagai antara "musuh Internet" global.[8] Biarpun kerajaan Vietnam mengakui bahawa Internet disekat untuk menapis bahan-bahan lucah, banyak juga laman web yang sensitif politik dan agama yang diharamkan.[9]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Kecapi bertali satu Đàn bầu

Muzik tradisional Vietnam lain rantau lain ragamnya. Muzik klasikal utara adalah bentuk muzik tertua di Vietnam, malah lebih formal dari segi tradisi. Asal-usul muzik klasikal Vietnam dikatakan berpunca daripada pencerobohan Mongol pada abad ke-13 apabila negara Vietnam menawan sekumpulan opera Cina.[10] Sepanjang sejarah, bangsa Vietnam paling banyak dipengaruhi oleh tradisi muzik Cina di samping dari Mongolia, Korea adan Jepun.[11] Antara genre-genre muzik tradisional Vietnam ialah:

  • Nhã nhạc merupakan bentuk muzik istana yang paling laris.
  • Chèo pula merupakan sebentuk teater muzikal yang umumnya berbaur satira.
  • Xẩm atau Hát xẩm merupaman sejenis muzik rakyat Vietnam.
  • Quan họ (nyanyi bersilih ganti) diminati ramai di Hà Bắc (terbahagi kepada Wilayah Bắc Ninh and Bắc Giang) dan juga di seluruh Vietnam.
  • Hát chầu văn atau hát văn digunakan untuk menyeru semangat dalam upacara keagamaan.
  • Nhạc dân tộc cải biên merupakan bentuk muzik rakyat moden yang muncul pada 1950-an.
  • Ca trù (atau hát ả đào) merupakan muzik rakyat popular.

Juga terdapat pelbagai alat muzik tradisional, seperti Đàn bầu (kecapi bertali satu), Đàn gáo (rebab bertali dua berbadan kelapa), dan Đàn nguyệt (sitar dua tali berukir).

Sastera[sunting | sunting sumber]

Tokong Sastera di Hanoi

Kesusasteraan Vietnam berabad-abad sejarahnya, kaya dengan tradisi sastera rakyat yang berasaskan prosa puisi enam hingga lapan rangkap yang dipanggil ca dao, yang tertumpu pada leluhur dan wira desa.[12] Sastera bertulis wujud sejak dinasti Ngô abad ke-10 dengan ramai pengarang kuno terkenal termasuklah Nguyễn Trãi, Trần Hưng Đạo, Nguyễn Du dan Nguyễn Đình Chiểu. Sesetengah genre sastera memainkan peranan penting dalam persembahan pentas, misalnya hát nói dalam ca trù.[13] Sastera Vietnam baru-baru ini menyaksikan pengaruh barat dengan munculnya Thơ Mới, gerakan pembaharuan sastera pertama pada 1932.[14]

Pakaian[sunting | sunting sumber]

Baju panjang áo dài, merupakan pakaian formal untuk acara istimewa seperti perkahwinan dan perayaan keagamaan. Áo dài putih dijadikan pakaian seragam bagi pelajar perempuan uniform di kebanyakan sekolah tinggi seluruh Vietnam. Áo dài dahulu juga dipakai oleh lelaki, tetapi kini agak terhad kepada, tetapi ada kalanya lelaki turut memakainya contohnya pada perkahwinan tradisional.[15] Contoh lain pakaian tradisional Vietnam termasuk:

  • áo tứ thân, pakaian perempuan empat bahagian
  • áo ngũ, varian lima baahgian bagi thân yang tertumpu di utara negara
  • yếm, baju dalam wanita
  • áo bà ba, baju golongan kampung lelaki mahupun perempuan[16]
  • áo gấm, kain tunik broked formal untuk acara kerajaan
  • áo the, varian áo gấm yang dipakai oleh pengantin lelaki

Antara alas kepala tradisional ialah terendak nón lá dan topi nón quai thao yang seakan-akan terendak lampu.

Masakan[sunting | sunting sumber]

Masakan Vietnam tradisional menampilkan kombinasi lima "unsur" rasa utama (ngũ vị) iaitu pedas (logam), masam (kayu), pahit (api), masin (air) dan manis (tanah).[17] Ramuan-ramuan umum termasuklah sos ikan, pes udang, kicap soya, beras, herba segar, buah-buahan dan sayur-sayuran. Resipi Vietnam menggunakan daun serai, halia, pudina, daun kesum, jeraju gunung, kayu manis Saigon, cili padi, limau nipis dan daun selasih. [18] Masakan Vietnam tradisional terkenal dengan ramuan segar-segar, kurangnya penggunaan minyak dan banyaknya pergantungan pada herba dan sayur-sayuran, malah dianggap antara masakan bangsa yang paling berkhasiat di peringkat dunia.[19]

Makanan tempatan Vietnam utara selalunya kurang pedas daripada makanan selatan, kerana iklim utara lebih sejuk mengehadkan pengeluaran dan adanya rempah-ratus. Lada hitam menggantikan cili untuk menghasilkan ramuan pedas. Penggunaan daging-daging seperti babi, lembu dan ayam agak terhad pada zaman dahulu, jadi hasil air seperti ikan air tawar, ketam, siput dan kerang-kerangan laris digunakan. Sos ikan, kicap, sos udang dan limau nipis antara ramuan perencah utama. Banyak hidangan Vietnam terkemuka seperti bún riêu dan bánh cuốn berasal dari bahagian utara lalu dibawa ke selatan oleh penghijrah.[20]

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Vietnam menjadi destinasi pelancong utama sejak 1990-an, banyak dibantu oleh pelaburan negara dan swasta, khususnya di kawasan tepi laut..[21] Kira-kira 3.77 juta orang pelancong antarabangsa datang berkunjung di Vietnam pada tahun 2009 sahaja.[22]

Antara destinasi pelancongan utama termasuklah bekas ibu kota diraja Hue, Tapak-Tapak Warisan Dunia di Taman Negara Phong Nha-Kẻ Bàng, Hội An dan Mỹ Sơn, kawasan pantai seperti Nha Trang, gua-gua Teluk Hạ Long dan Pergunungan Marmar. Pelbagai projek pelancongan sedang dibina, misalnya kompleks pelancongan Bình Dương yang memiliki laut buatan terbesar di Asia Tenggara.[23]

Perayaan dan cuti[sunting | sunting sumber]

Pokok berhias Tết

Vietnam mempunyai pelbagai bentuk pesta dan perayaan yang berasaskan takwim qamari. Yang penting sekali, sambutan Tahun Baru Tết. Perkahwinan Vietnam masih banyak memelihara tradisi, malah diamalkan sedemikian rupa oleh masyarakat Vietnam seberang laut.

Secara rasminya, Vietnam mempunyai 11 cuti umum kebangsaan yang diiktiraf kerajaan. Cuti umum di Vietnam dipantau oleh undang-undang. Cuti-cuti umum di Vietnam termasuklah:

Sukan[sunting | sunting sumber]

Seni bela diri Vovinam dan Bình Định meluas di Vietnam,[25] sementara bola sepak merupakan sukan berpasukan paling popular di negara.[26] Juga tidak kurang hebatnya sukan-sukan Barat lain seperti badminton, tenis, bola tampar, pingpong dan catur.

Vietnam menyertai Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1952 apabila ia bertanding sebagai Negeri Vietnam. Setelah negara dibelah dua pada 1954, hanya Vietnam Selatan yang pergi bertanding, menghantar atlet-atlet ke Sukan Olimpik 1956 dan 1972. Semenjak Vietnam bersatu semula pada 1976, ia bersaing sebagai Republik Sosialis Vietnam, yang menghadiri setiap temasya Olimpik Musim Panas mulai 1988. Jawatankuasa Olimpik Vietnam masa kini dibentuk pada 1976 dan diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 1979.[27] Setakat 2014, Vietnam tidak pernah menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk. Pada 2016, Vietnam memenangi pingat emas pertama di temasya Olimpik Rio.[28]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Gio To Hung Vuong 2013". PublicHoliday.org. Diarkibkan daripada original pada 3 March 2013. Dicapai 12 February 2013. 
  2. ^ "Animism in Vietnam's culture". Vietnam-Holidays.co.uk. Retrieved 1 October 2012.
  3. ^ "Vietnam's cultural integration seen by researchers". Voice of Vietnam. 7 December 2012. Dicapai 24 December 2012. 
  4. ^ "Law on Publication (No. 30/2004/QH11 of 3 December 2004)". Ministry of Justice. Diarkibkan daripada original pada 18 December 2011. Dicapai 21 September 2011. 
  5. ^ "Muting the Messengers: Vietnam's Press Under Pressure". The Economist. London. 15 January 2009. Dicapai 17 January 2009. 
  6. ^ Wilkey, Robert N (2002). "Vietnam's Antitrust Legislation and Subscription to E-ASEAN: An End to the Bamboo Firewall Over Internet Regulation?". John Marshall Journal of Computer and Information Law. 20 (4). Diarkibkan daripada original pada 19 July 2012. 
  7. ^ OpenNet Initiative (9 May 2007). "Country Profile: Vietnam". Dicapai 15 July 2008. 
  8. ^ Reporters Without Borders. "Internet Enemies: Vietnam". Diarkibkan daripada original pada 17 March 2011. Dicapai 15 July 2008. 
  9. ^ "OpenNet Initiative Vietnam Report: University Research Team Finds an Increase in Internet Censorship in Vietnam". Berkman Center for Internet & Society at Harvard University. 5 August 2006. Dicapai 15 July 2008. 
  10. ^ "Opera—Vietnam". Encyclopedia of Modern Asia. 2006. Diarkibkan daripada original pada 10 July 2007. Dicapai 11 August 2012 – melalui BookRags.com. 
  11. ^ Southeast Asian arts Vietnam. Encyclopædia Britannica Online. Encyclopædia Britannica. 23 July 2008. m/s. 36. 
  12. ^ "Folk poetry preservation a labour of love". VietNam News. 29 June 2010. Dicapai 12 February 2013. 
  13. ^ "Vietnamese Traditional Music: Hat Ca Tru". Indochina Travel Plan. 2012. Diarkibkan daripada original pada 15 August 2013. Dicapai 10 March 2013. 
  14. ^ "Vietnamese Poetry". Le Cercle Littéraire – Thế Hữu Văn Đàn – The Literary Forum. 21 June 2008. Dicapai 12 February 2013. 
  15. ^ "Ao Dai (Long Dress)". Active Travel Vietnam. Retrieved 2 January 2012.
  16. ^ Erik Harms (2011). Saigon's Edge: On the Margins of Ho Chi Minh City. p.56: "She then left the room to change out of her áo Ba Ba into her everyday home clothes, which did not look like peasant clothes at all. In Hóc Môn, traders who sell goods in the city don "peasant clothing" for their trips to the city and change back".
  17. ^ Vietnamese Food. Asianinfo.org. Retrieved 3 February 2013.
  18. ^ "Vietnamese Ingredients". WokMe. 2011. Dicapai 2 December 2011. 
  19. ^ Corapi, Annie (2011). "The 10 healthiest ethnic cuisines". CNN Health. Dicapai 3 December 2011. 
  20. ^ Nguyen, Andrea (13 March 2011). "Heaven in a Bowl: The Original Pho". Dicapai 28 December 2011. 
  21. ^ "Quyết định số 2473/QĐ – TTG của Thủ tướng Chính phủ : Phê duyệt "Chiến lược phát triển du lịch Việt Nam đến năm 2020, tầm nhìn đến năm 2030"". Cổng Thông tin điện tử Chính phủ. 31 Dec 2011. 
  22. ^ "Vietnamtourism". Vietnamtourism. Diarkibkan daripada original pada 13 May 2011. Dicapai 7 November 2010. 
  23. ^ "Southeast Asia's largest artificial sea inaugurated in Binh Duong". Look At Vietnam. 19 January 2009. Dicapai 7 November 2010. 
  24. ^ "Article 115 Labour Code, 2012". 
  25. ^ "Binh Dinh to host Int'l Vovinam festival". TalkVietnam.com. 6 July 2012. Dicapai 16 November 2012. 
  26. ^ "Soccer is very popular in Vietnam". SaigonNezumi.com. 2 August 2012. Dicapai 16 November 2012. 
  27. ^ "Vietnam". Olympic.org. Dicapai 19 April 2013. 
  28. ^ "The country that just won its first ever Olympic gold – and what the athlete will get in return". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 2016-08-07. Dicapai 2016-10-06.