Kebudayaan Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Kebudayaan Jepun merangkumi interaksi antara budaya asli Jomon yang kukuh dengan pengaruh dari luar negara. Pada mulanya, China dan Korea telah mempengaruhi kebudayaan di Jepun ketika bermulanya perkembangan budaya Yayoi iaitu sekitar 300 SM. Selain itu, kesenian dan keagamaan di Jepun telah dipengaruhi oleh gabungan tradisi di antara budaya masyarakat Greece dan India pada abad ke-6. Oleh hal yng dimikian, perkara tersebut telah mendedahkan masyarakat Jepun kepada pengenalan agama Buddha seperti Mazhab Mahayana. Seterusnya, pada abad ke-16 pengaruh dari Eropah mulai menonjol dan disusuli dengan pengaruh Amerika Syarikat yang telah mendominasi Jepun setelah akhirnya Perang Dunia Kedua.

Dalam pada itu, Jepun turut mengembangkan budaya asli mereka ke seluruh dunia dalam pelbagai bidang. Antaranya ialah bidang kesenian (ikebana, origami, ukiyo-e), kraftangan (pembuatan anak patung, penghasilan tembikar), persembahan (boneka bunraku, tarian tradisional, kabuki, noh, raku-go), dan tradisi (permainan Jepun, onsen, sento, majlis teh, kebun Jepun), serta makanan Jepun yang unik dan sedap.

Kini, Jepun merupakan salah sebuah negara pengeksport budaya popular yang terbesar. Anime, manga, fesyen, perfileman, kesusasteraan, permainan video dan muzik Jepun memberi sambutan hangat di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Asia yang lain. Pemuda Jepun lebih gemar mencetus trend baru dan mengikut gaya mereka yang mempengaruhi fesyen dan trend di seluruh dunia. Pasaran muda-mudi yang amat cemerlang membawa ujian getir kepada pengguna barangan elektronik yang baharu. Gaya dan fungsinya ditentukan oleh pengguna Jepun, sebelum dipertimbangkan untuk di edar ke seluruh dunia.

Baru-baru ini Jepun telah mula mengeksport satu lagi komoditi budaya yang bernilai iaitu ahli sukan. Sebagai contoh, populariti pemain besbol Jepun yang terkenal di Amerika Syarikat telah mengubah perspektif dan sekaligus meningkatkan kesedaran warga negara Barat seperti Amerika Syarikat terhadap segalanya mengenai Jepun. Di samping itu, terdapat juga pemain bola sepak, pemain bola keranjang, pemain tenis (seperti Naomi Osaka) dan ramai lagi pemain yang bermain di luar negara turut menyumbang kepada kesedaran warga di negara seluruh dunia terhadap budaya yang terdapat di Jepun.

Kebiasaannya,masyarakat Jepun gemar memakan makanan tradisi mereka sendiri. Selain makanan tradisi, mereka juga menikmati makanan negara lain seperti negara Eropah, Korea, Cina, dan Asia tenggarah. Makanan Jepun berjaya mencipta nama di seluruh dunia dengan sushi, yang biasanya diperbuat daripada pelbagai jenis ikan mentah yang digabungkan dengan nasi sejuk dan pes wasabi. Sushi amat digermari oleh penduduk seluruh dunia. Kita boleh lihat di Malaysia, terdapat banyak restoran yang menyajikan makanan sushi seperti Sushi King, Empire Sushi, Papa Sushi dan banyak lagi. Makanan Jepun menumpu kepada peralihan musim, contohnya dengan menghidangkan mi sejuk pada musim panas, manakala ramen panas atau shabu-shabu disediakan pada musim sejuk.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]