Bukit Damansara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bukit Damansara atau Damansara Heights, ialah sebuah subbandar di barat bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terkenal sebagai salah satu kawasan yang benar-benar mewah di Kuala Lumpur dan seperti Bangsar, ia adalah satu tempat yang banyak dicari untuk alamat kediaman dan perdagangan di dalam Lembah Klang.

Lokasinya berdekatan dengan kawasan Duta yang terletaknya Istana Negara, Jalan Duta dan tidak jauh dari Parlimen Malaysia.

Kawasan ini juga menjadi lokasi kediaman bagi sebahagian daripada kalangan Ahli Parlimen Malaysia. Antaranya, YB Pekan, Pahang, YB Pagoh dan YB Permatang Pauh.