Butterscotch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Butterscotch
Gula-gula butterscotch
JenisKonfeksi
Tempat asalEngland Sunting ini di Wikidata
Kawasan/rantauDoncaster, Yorkshire, England
Dicipta olehSamuel Parkinson
Bahan utamaGula perang, mentega
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Butterscotch ialah sejenis konfeksi yang dihasilkan daripada dua bahan utama iaitu gula perang dan mentega, namun ada juga bahan lain yang ditambah seperti sirap jagung, krim, vanila dan garam. Resepi terawal yang diketahui datang dari Yorkshire pada pertengahan abad ke-19 dengan mengunakan tetes (sirup) sebagai bahan gantian atau bahan sampingan gula.

Butterscotch agak sama komposisinya dengan tofi anamun berbeza dari segi shuhu penghasilannya di mana butterscotch dihasilkan dengan merebus gula sehingga ke tahap "retak muda" (soft crack)[1] manakala tofi dihasilkan dengan merebus gula sehingga ke tahap "retak tua"[2] (hard crack)[3] di mana larutan gula menjadi seakan jejalur rapuh jika dimasukkan ke dalam air pada suhu 144 °C.[3]

Sos butterscotch yang dihasilkan dengan mencampurkan bahan ini dengan krim digunakan sebagai sos hiasan atau perisa untuk aiskrim (terutamanya sundae).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Gula-gula ini dikaitkan penciptaannya dengan sebuah kedai bernama Parkinson's dari Doncaster, Yorkshire Selatan, England yang terkenal dengan penghasilannya dalam bentuk butterscotch rebus yang dijual dalam tin, seterusnya menjadi barang jualan mereka yang paling dikenali.[4] Perusahaan ini menjadi lebih terkenal pada tahun 1851 ketika Ratu Victoria mencemar duli mengunjungi bandar tersebut.[5]

Sos[sunting | sunting sumber]

Butterscotch sos dibuat dengan memasak gula perang sehingga 116 °C sebelum dicampur dengan mentega dan krim.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'siftcrack' - Istilah Malaysia". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 8 Januari 2018.
  2. ^ "The Cold Water Candy Test". Exploratorium. Dicapai pada 12 Januari 2014.
  3. ^ a b "'hard crack' - Istilah Malaysia". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 8 Januari 2018.
  4. ^ Chrystal, Paul (2013). Confectionery in Yorkshire Through Time. Amberley Publishing Limited.
  5. ^ "Doncaster's Proud History". Doncaster Free Press. 7 Oktober 2017.
  6. ^ Wayne Gisslen, Professional Baking, ISBN 1118254368, p. 227