Captain Toad: Treasure Tracker

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Captain Toad: Treasure Tracker
CaptainToadtreasuretracker.png
PembangunNintendo EAD Tokyo
PenerbitNintendo
PengarahKenta Motokura
PengeluarYoshiaki Koizumi
SiriSuper Mario
PelantarWii U
Keluaran
    GenrePelantaran, teka-teki
    ModBersendirian

    Captain Toad: Treasure Tracker, diketahui di Jepun sebagai Susume! Kinopio-taichō (進め! キノピオ隊長, lit. March Onwards! Captain Kinopio), adalah sebuah permainan video pelantaran berteka-teki yang sedang dibangunkan oleh Nintendo EAD Tokyo dan akan diterbitkan oleh Nintendo untuk Wii U. Permaianan ini adalah sebuah keluaran sampingan siri Mario yang membina di atas sebuah permainan kecil yang asalnya dikemukakan di permainan 2013 Super Mario 3D World, dan menyokong patung Amiibo. Pertama diumumkan di E3 2014, permainan ini dijadualkan untuk keluaran pada 13 November 2014 di Jepun,[1] 5 Disember 2014 di Amerika Utara,[2] 2 Januari 2015 di Sepanyol[3] dan Portugal,[4] 9 Januari 2015 di negara-negara Eropah lain,[5] serta 10 Januari 2015 di Australia.

    Permainan[sunting | sunting sumber]

    Tangkapan skrin Captain Toad: Treasure Tracker di E3 2014.

    Captain Toad: Treasure Tracker membina di atas permainan kecil Adventures of Captain Toad dalam Super Mario 3D World, di mana model permainan yang asas telah pertama diperkenalkan. Pemain-pemain mengawal Captain Toad, atau kadangkala temannya Toadette, yang perlu mengemudi dengan selamat melalui berbagai-bagai halangan supaya mencapai sebuah bintang emas di hujung setiap tahap.[6]

    Pemain-pemain boleh memanipulasikan kamera permainan untuk lihat sekitar tahap itu yang boleh mendedahkan kawasan-kawasan tersembunyi yang mungkin mempunyai permata-permata bonus. Captain Toad boleh dikena oleh musuh-musuhan dua kali sebelum mati, dan boleh mengumpul cendawan untuk mengembalikan kesihatannya. Seperti dalam Super Mario 3D World, Captain Toad boleh berjalan dan berlari, tetapi tidak boleh melompat. Toad boleh menarik tumbuh-tumbuhan pada akar-akar mereka yang boleh mendedahkan duit syiling ataupun lobak putih yang boleh dibuang kepada musuh-musuh. Dia juga boleh mendapat sebuah beliung yang, serupa dengan tukul yang didapati dalam permainan Donkey Kong, memberikannya kebolehan untuk membajak melalui musuh-musuhan dan blok-blok halangan untuk sementara waktu. Permainan ini mengambil guna sifat-sifat GamePad Wii U, seperti pemain boleh menyentuh skrinnya untuk memanipulasi pelantar-pelantar dan juga mengunakan kawalan gegasing untuk membidik lobak putih apabila menunggang kereta lombong.[7] Permainan ini dapat menggunakan patung Amiibo.[8]

    Penerimaan[sunting | sunting sumber]

    Sebelum keluaran[sunting | sunting sumber]

    Memanggilnya "sampingan Nintendo terbaik dalam beberapa tahun", Eurogamer menghuraikan permainan ini sebagai "pengenalan sesuai" watak utama dan "pengalaman penuh tersederai debut awalnya [di Super Mario 3D World] berhak".[9] Polygon mengumumkan bahawa permainan ini "akan membuatkan anda menjatuh dalam cinta dengan tahap kereta lombong", membandingkan beberapa tahap kepada sebuah "persekitaran gurun Super Mario", dan yang lain kepada sebuah "rumah hantu bergaya Luigi's Mansion".[10]

    Rujukan[sunting | sunting sumber]

    1. ^ "Captain Toad introduction video". Nintendo Jepun. 9 Oktober 2014. 
    2. ^ "NoA PR - Info on Smash Wii U (Launching Nov 21st), amiibo and Captain Toad (Launching Dec 5th)". goNintendo. 9 Oktober 2014. 
    3. ^ "Captain Toad: Treasure Tracker - ¡Toad no estará solo! (Wii U)". Nintendo Sepanyol. 10 Oktober 2014. 
    4. ^ "Captain Toad: Treasure Tracker - Toad não procurará tesouros sozinho! (Wii U)". Nintendo Portugal. 10 Oktober 2014. 
    5. ^ "Captain Toad: Treasure Tracker - Toad will not Track Treasure alone! (Wii U)". Nintendo Eropah. 9 Oktober 2014. 
    6. ^ Parish, Jeremy (23 Jun 2014). "Does the World Need Another Mario Spin-off? Yes, When It Stars Captain Toad". US Gamer. Gamer Network. Dicapai 25 September 2014. 
    7. ^ "Captain Toad from Super Mario 3D World gets his own Wii U spin-off". Polygon. Dicapai 11 Jun 2014. 
    8. ^ Agnello, Anthony John (29 Ogos 2014). "Nintendo reveals first Amiibo figures and prices, but no release date". Joystiq. Dicapai 24 September 2014. 
    9. ^ Phillips, Tom (14 Julai 2014). "Captain Toad: Treasure Tracker is the best Nintendo spin-off in years". Eurogamer. Dicapai 22 Julai 2014. 
    10. ^ McWhertor, Michael (16 Jun 2014). "Captain Toad: Treasure Tracker will make you fall in love with the mine cart level". Polygon. Dicapai 22 Julai 2014. 

    Pautan luar[sunting | sunting sumber]