Los Angeles Angels

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Los Angeles Angels
Musim 2024 Los Angeles Angels
Ditubuhkan pada 1961
Berpusat di Anaheim sejak 1966
Logo pasukanLencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Fail:MLB-ALW-LAA-Uniform.png
Nombor tidak digunakan
Warna
  • Merah, biru kelasi, perak[1][2]
                  
Nama
Gelaran lain
  • The Halos
Ballpark
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (1)2002
AL Pennant (1)2002
AL West Kejuaraan Divisyen (9)
Kemunculan Wild card (1)2002
Pejabat pengurusan
PemilikArte Moreno
PengurusPhil Nevin
Pengurus BesarPerry Minasian

Los Angeles Angels ialah sebuah pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di kawasan Greater Los Angeles. Angels mengambil bahagian di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) West. Sejak tahun 1966, pasukan ini telah beraksi di Angel Stadium yang terletak di Anaheim, California.

Pasukan ini telah ditubuhkan di Los Angeles pada 1961 oleh Gene Autry. Penubuhan ini menandakan dua pasukan tambahan pertama di MLB dan menjadi pasukan pertama yang berasal dari California. Nama pasukan ini sempena nama pasukan dahulu, Los Angeles Angels yang beraksi di saingan Pacific Coast League (PCL). Pasukan ini berpusat di Los Angeles sehingga mereka berpindah ke Anaheim pada 1966. Perpindahan ini menyaksikan mereka bertukar nama kepada California Angels dari tahun 1965 sehingga 1996 sebelum digelar Anaheim Angels dari 1997 hingga 2004. Nama "Los Angeles" ditambah kembali pada 2005 tetapi disebabkan persetujuan sewaan bersama Anaheim yang menuntut nama bandar itu perlu diselitkan, jadi nama pasukan ini dikenali sebagai Los Angeles Angels of Anaheim sehingga 2015. Nama pasukan kini, Los Angeles Angels mula digunakan pada musim berikutnya

Angels telah menjuarai Siri Dunia pada tahun 2002, yang menampilkan kejuaraan pertama dan satu-satunya sehingga ke hari ini. Angels merupakan salah satu daripada tiga pasukan MLB yang menjuarai Siri Dunia dalam penampilan tunggal mereka. Kejayaan ini diikuti oleh enam kemunculan playoff Angels pada dekad itu dan mencatatkan peningkatan penonton yang konsisten. Angels juga mendapat perhatian umum sejak tahun 2012 apabila kemunculan tiga kali pemenang Anugerah Pemain Terbaik AL, Mike Trout dan mendapat perhatian dunia sejak tahun 2018 apabila kemasukan two-way player dari Jepun dan pemenang Anugerah Pemain Terbaik AL 2021, Shohei Ohtani walaupun pasukan yang diwakili mereka setakat ini belum pernah melangkah ke postseason.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pasukan Angels mula beraksi pada 1961 sebagai salah satu daripada dua pasukan tambahan (bersama Washington Senators – kini Texas Rangers) yang dianugerahkan oleh Major League Baseball — penambahan pasukan buat kali pertama dalam masa 60 tahun. Angels pada awalnya berpusat di Los Angeles dan dimiliki oleh “Singing Cowboy” Gene Autry. Pasukan ini bertukar nama kepada California Angels pada 1965. Pada tahun 1966, selepas lima musim di Los Angeles — termasuk rekod kemenangan dalam hanya musim kedua mereka, pasukan ini berpindah ke Anaheim yang terletak berhampiran Los Angeles.

Sebelum musim 1972, Angels menukarkan pemain shortstop enam kali di All-Star, Jim Fregosi dengan pitcher bakal disenaraikan dalam Dewan Kemahsyuran, Nolan Ryan. Ryan kemudian melakukan empat daripada tujuh rekod no-hitter semasa menyarung seragam Angels di samping membantu pasukannya muncul di playoff pada 1979 (pasukan yang dibimbing oleh Fregosi). Angels melakukan kemunculan di playoff lagi pada 1982 dan 1986 tetapi pasukan ini masih gagal layak ke Siri Dunia pada musim tersebut. Angels menempuh kekecewaan lain pada 1995 dengan mensia-siakan kelebihan rekod 112 kemenangan dengan 2 perlawanan divisyen mendahului Seattle Mariners apabila berbaki enam minggu lagi musim.

Pada tahun 2002, pasukan yang pada masa itu dikenali dengan nama Anaheim Angels, menjuarai siri playoff pertama mereka sekali gus melayakkan diri ke Siri Dunia. Angels yang dibarisi pemain seperti Garret Anderson, Tim Salmon dan Troy Glaus akhirnya memenangi aksi dramatik tujuh perlawanan mengatasi San Francisco Giants. Dengan kemasukan Vladimir Guerrero pada tahun 2004 bersama pitcher muda Francisco Rodriguez, Angels menjadi pencabar playoff pada setiap tahun dengan memenangi gelaran divisyen pada 2004, 2006, 2007, 2008 dan 2009 — menjadikan Angels sebagai salah satu pasukan besbol terbaik sehingga penghujung dekad pertama abad ke-21. Akan tetapi, Angels tidak berhasil meraih kejayaan postseason sehebat pasukan 2002. Pada tahun 2005, pasukan ini bertukar nama menjadi Los Angeles Angels of Anaheim.

Angels melakukan penambahan ejen bebas terbesar dalam sejarah besbol menjelang musim 2012 apabila mereka membawa masuk tiga kali pemenang Anugerah Pemain Terbaik, Albert Pujols dengan kontrak selama 10 tahun. Pujols kemudian disertai oleh Mike Trout untuk memulakan salah satu kempen terhebat bagi rookie dalam sejarah besbol. Walaupun Angels memiliki para pemukul yang hebat, tetapi mereka gagal layak ke postseason apda 2012. Pasukan Angels tetap melayakkan diri apda 2014 dengan memenangi 98 perlawanan pada aksi musim tetapi pasukan in secara mengejutnya diketepikan oleh Kansas City Royals dalam aksi AL Division Series. Pada 2015, Angels terlepas aksi postseason kedua berturut-turut dengan penentuan satu perlawanan lagi apabila mereka terhumban ke tempat keempat. Pada masa ini, Angels telah membuang nama “of Anaheim” daripada nama rasmi pasukan. Selepas memasuki musim 2016, Angels memasuki tempoh-tempoh kekalahan musim.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sebelum ini dikenali sebagai Anaheim Stadium dari 1966 hingga 1997 dan Edison International Field dari 1998 hingga 2003
  2. ^ Dodger Stadium dirujuk sebagai "Chavez Ravine Stadium" oleh pasukan

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bollinger, Rhett (February 4, 2023). "Angels partnering with FBM on jersey patch". Angels.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada February 5, 2023. With Major League Baseball permitting clubs to wear sponsored patches on their jerseys for the first time in 2023, the Angels announced Saturday that they entered a three-year agreement with Foundation Building Materials as their official jersey patch partner. Foundation Building Materials (FBM) is a local company founded in neighboring Orange, Calif., in 2011 and has 280 locations across the United States and Canada, including in every Major League market. Their rectangular logo, which features a Cypress Tree and the FBM initials, shares the same red and blue official colors of the Angels and will be worn on the sleeve of the jersey.
  2. ^ "Angels Directory" (PDF). 2022 Los Angeles Angels Information Guide (PDF). MLB Advanced Media. May 19, 2022. Dicapai pada May 23, 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]