Curt Schilling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Curt Schilling
Schilling bersama Red Sox pada 2007
Pitcher
Dilahirkan: (1966-11-14) 14 November 1966 (umur 57)
Anchorage, Alaska, A.S.
Pukulan: Kanan Balingan: Kanan
MLB debut
7 September, 1988, untuk Baltimore Orioles
Penampilan MLB terakhir
25 September, 2007, untuk Boston Red Sox
Statistik MLB
Rekod menang–kalah216–146
ERA3.46
Strikeout3,116
Pasukan
Kerjaya cemerlang dan anugerah

Curtis Montague Schilling (lahir 14 November 1966) ialah bekas pitcher Amerika yang pernah beraksi di Major League Baseball dan kini menjadi pengulas untuk media konservatif BlazeTV. Beliau telah membantu pasukan Philadelphia Phillies untuk mara ke Siri Dunia pada tahun 1993 dan memenanginya pada tahun 2001 bersama pasukan Arizona Diamondbacks serta pada tahun 2004 dan 2007 bersama pasukan Boston Red Sox, di samping dinobatkan sebagai MVP Siri Dunia pada 2001. Schilling bersara dengan rekod postseason 11–2, dan peratus kemenangan beliau di postseason pada kiraan .846 merupakan rekod MLB dalam kalangan pitcher.[1] Beliau merupakan anggota kelab 3,000 strikeout dan memiliki nisbah strikeout-to-walk tertinggi dalam kalangan anggotanya yang sudah bersara. Beliau seri bersama pemain lain di kedudukan ketiga bagi 300-strikeout terbanyak musim.[2]

Setelah bersara, beliau mengasaskan Green Monster Games, yang dinamakan semula sebagai 38 Studios. Syarikat tersebut menerbitkan Kingdoms of Amalur: Reckoning pada Februari 2012. Menjelang tiga bulan kemudian, mereka memberhentikan sementara semua pekerjanya apabila ia sedang mengalami masalah kewangan yang teruk. Sebagai personaliti radio, Schilling telah ditandatangani oleh jaringan radio Howie Carr untuk melakukan rancangan sukan dan politik pagi Sabtu.[3] Sebagai seorang yang lantang menyuarakan konservatif politik, Schilling telah menyertai Breitbart pada tahun 2016.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Assessing Curt Schilling: great pitcher, consummate competitor, brilliant blowhard". Weblogs.baltimoresun.com. March 31, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada September 17, 2008. Dicapai pada June 20, 2012.
  2. ^ "Clayton Kershaw first pitcher since 2002 with 300 strikeouts". CBS SPORTS. Diarkibkan daripada yang asal pada October 5, 2015. Dicapai pada October 5, 2015.
  3. ^ Goodell, Jared. "Curt Schilling Signs On To Host Weekend Radio Show | Howie Carr Show". howiecarrshow.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 8, 2016. Dicapai pada Februari 19, 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]