Baltimore Orioles

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Baltimore Orioles
Musim 2024 Baltimore Orioles
Ditubuhkan pada 1894
Berpusat di Baltimore sejak 1954
Fail:Baltimore Orioles cap.svg
Logo pasukan
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Fail:MLB-ALE-BAL-Uniform.png
Nombor tidak digunakan
Warna
  • Hitam, jingga, putih, kelabu[1][2][3]
                       
Nama
Gelaran lain
  • "The O's"
  • "The Birds"
  • "Why Not? Orioles" (1989)[4]
  • "The Buckle Up Birds" (2012)[5]
  • "The Birdland Power Co." (2016–2017)
Ballpark
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (3)
AL Pennant (7)
AL East Kejuaraan Divisyen (9)
Kemunculan Wild card (3)
Pejabat pengurusan
PemilikPeter Angelos
PengurusBrandon Hyde
Pengurus BesarMike Elias

Baltimore Orioles (lebih biasa dikenali sebagai O's) merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Baltimore. Orioles bersaing di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) East. Sebagai salah satu daripada lapan pasukan pelopor American League pada 1901, pasukan ini telah menghabiskan tahun pertamanya sebagai pasukan MLB di Milwaukee, Wisconsin sebagai pasukan Milwaukee Brewers sebelum mereka berpindah ke St. Louis, Missouri dengan bergelar St. Louis Browns pada 1902. Setelah 52 tahun berada di St. Louis, pasukan ini telah dibeli pada November 1953 oleh aktivis sivil dan pendakwa raya Baltimore, Clarence Miles dan Datuk Bandar Thomas D'Alesandro Jr. Pemilik kini pasukan ialah peguam Peter Angelos. Stadium Orioles ialah Oriole Park at Camden Yards yang telah dibuka pada tahun 1952.[6][7]

Orioles telah dipilih sebagai nama pasukan sebagai penghargaan kepada burung rasmi Maryland; ia telah diguna oleh beberapa buah kelab besbol sebelum ini di bandar itu termasuk pasukan pelopor AL lain yang bernama "Baltimore Orioles", yang berpindah ke New York pada 1903 sebelum akhirnya menjadi pasukan Yankees. Nama gelaran pasukan lain termasuklah "O's" dan the "Birds".

Kemunculan sulung di Siri Dunia bagi pasukan ini ialah pada tahun 1944 apabila Browns tewas kepada St.Louis Cardinals. Orioles kemudian melakukan enam kemunculan di Siri Dunia dari tahun 1966 sehingga 1983, memenangi tiga daripadanya iaitu pada tahun 1966, 1970 dan 1983. Era tersebut menyaksikan pasukan ini dibarisi beberapa pemain Dewan Kemahsyuran seperti third baseman Brooks Robinson, outfielder Frank Robinson, starting pitcher Jim Palmer, first baseman Eddie Murray, shortstop Cal Ripken Jr. dan pengurus Earl Weaver. Orioles telah menjuarai sembilan siri divisyen (1969, 1970, 1971, 1973, 1974, 1979, 1983, 1997, 2014), tujuh pennant AL (1944 semasa di St. Louis, 1966, 1969, 1970, 1971, 1979, 1983), dan tiga wild card (1996, 2012, 2016). Pasukan ini merupakan pasukan pelopor AL terakhir yang menjuarai pennant dan pasukan pelopor terakhir yang berjaya memenangi Siri Dunia.

Selepas 14 rekod musim kekalahan berturut-turut antara tahun 1998 dan 2011, pasukan ini akhirnya layak ke postseason sebanyak tiga kali di bawah kendalian pengurus Buck Showalter dan pengurus am Dan Duquette. Kelayakan ke postseason termasuk meraih gelaran divisyen dan layak ke American League Championship Series buat kali pertama dalam masa 17 tahun pada tahun 2014. Pada empat tahun kemudian, Orioles merekodkan 115 kekalahan sebagai kekalahan terbanyak buat sejarah pasukan.[8] Orioles mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Showalter dan Duquette selepas musim itu dan menamatkan khidmatnya bersama Baltimore. Pengurus Orioles kini ialah Brandon Hyde manakala Mike Elias pula menjawat jawatan sebagai pengurus am dan eksekutif naib presiden.

Dari tahun 1901 sehingga penghujung tahun 2021 rekod menang-kalah pasukan ini secara keseluruhannya ialah 8,845–9,873. Sejak berpindah ke Baltimore pada 1954, rekod Orioles ialah 5,466–5,398 sehinggap penghujung tahun 2022.[9]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pasukan awal yang berevolusi menjadi Orioles mula diasaskan pada tahun 1894 sebagai pasukan minor league yang berpusat di Milwaukee, Wisconsin. Pasukan ini dikenali dengan nama Brewers. Brewers kemudian menjad pasukan Major League Baseball pada 1901 apabila liga mereka dinamakan semula sebagai American League dan diangkat ke taraf Major League. Apabila pasukan ini berpindah ke St. Louis, Missouri pada tahun 1902, ia dikenali sebagai Browns. St Louis Browns telah menampilkan pemain Dewan Kemahsyuran iaitu George Sisler dan Bobby Wallace tetapi pasukan ini tidak mengecapi banyak kejayaan apabila hanya mara ke Siri Dunia sekali sahaja (tewas kepada musuh sekota, St. Louis Cardinals pada tahun 1944) dalam jangka masa 52 tahun di St. Louis.

Pada tahun 1954, Brown berpindah ke Baltimore dan mengguna pakai nama samaran tradisi pasukan besbol Baltimore, Orioles. Pada tahun 1955, pasukan ini membawa masuk Brooks Robinson yang kemudiannya menjadi pemain All-Star sebanyak 15 kali. Pasukan ini juga kemudiannya mendatangkan pemain-pemain seperti Boog Powell, Jim Palmer, Frank Robinson dan pengurus Earl Weaver. Pasukan Orioles melangkah ke tempoh pertama kegemilangan dalam sejarah pasukan. Antara tahun 1963 dan 1983, pasukan ini hanya mengalami satu rekod kekalahan musim di samping menjuarai lapan gelaran divisyen, enam kejuaraan pennant AL dan tigi Siri Dunia. Pasukan Orioles turut memperoleh pemain Cal Ripken, Jr. pada tahun 1978. Ripken kemudian meletakkan rekod aksi terbanyak berturut-turut (2,632) dan menjadi pemain paling popular dalam sejarah pasukan.

Pada tahun 1992, pasukan Orioles mula beraksi di gelanggang baru mereka di Oriole Park at Camden Yards. Fasiliti yang bertumpu kepada besbol sahaja mula menjadi ikutan di MLB apabila ia berbeza dengan tadium pelbagai guna dan stadium yang terletak di pusat bandar. Stadium baru ini menimbulkan idiosinkrasi tersendiri dan menyumbag kepada rekod kedatangan penonton dalam perlawanan-perlawanan besbol menjelang abad ke-21. Hasil populariti Camden Yards yang menggalakkan kepada pendapatan pasukan, Orioles kembali ke arena persaingan pada pertengahan 1990-an tetapi berikutan beberapa perubahan anggota yang agak menjadi pertikaian, pasukan ini merosot dari puncak kedudukan besbol pada tahun 1998. Pasukan ini kemudiannya tidak dapat menduduki posisi lebih tinggi daripada tempat ketiga di divisyen mereka pada dekad pertama 2000-an. Pada tahun 1999, Orioles berkunjung ke Cuba sekali gus menjadi pasukan besbol Amerika pertama dalam masa 40 tahun untuk beraksi di sana dan menewaskan pasukan kebangsaan Cuba.

Setelah menduduki tempat terakhir di divisyen AL East buat empat musim berturut-turut (2008–2011), Orioles mencatatkan peningkatan mendadak pada tahun 2012 dengan meraih 24 kemenangan lebih dan membuka peluang cerah untuk kemaraan ke penampilan playoff sulung pasukan dalam masa 15 tahun. Walaupun Orioles tewas dalam Division Series, Baltimore akhirnya menjuarai gelaran divisyen sulung mereka sejak tahun 1997 pada dua tahun kemudian. Orioles seterusnya mara ke AL Championship Series dan tewas kepada pasukan Kansas City Royals. Kebangkitan pasukan tidak bertahan lama apabila pada tahun 2018, Orioles mencatatkan rekod kekalahan terburuk pasukan iaitu sebanyak 115 perlawanan. Orioles terus bergelut pada musim-musim berikutnya dengan mencatatkan 110 kekalahan pula pada musim 2021.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Orioles announce uniform changes for 2012". Orioles.com (Siaran akhbar). MLB Advanced Media. November 15, 2011. Dicapai pada March 19, 2017. The club's new home cap will feature the cartoon bird on a white front panel with a black back and orange bill and button.
  2. ^ "Orioles Logos & Mascots". Orioles.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada June 16, 2018.
  3. ^ Trezza, Joe (December 21, 2020). "How the oriole became a baseball bird". Orioles.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada December 21, 2020. To this day, the club has made minimal changes to the orange-and-black color scheme that makes the Baltimore Orioles – and Baltimore orioles – distinctive.
  4. ^ Klingaman, Mike (September 26, 2019). "Why Not?; Remembering the 1989 Orioles' remarkable turnaround 30 years later". The Baltimore Sun. Dicapai pada May 15, 2019.
  5. ^ punkrawka (January 28, 2013). "The 2012 Orioles: the DVD". Camden Chat.
  6. ^ Kamin, Blair. "Camden Yards paved a retro revolution — and influenced Wrigley Field's renovations". Chicago Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada April 18, 2019. Dicapai pada April 15, 2019.
  7. ^ Weigel, Brandon. "A More Complex Legacy: Oriole Park is known as "the ballpark that forever changed baseball", and its impact may well extend to local governing". Baltimore City Paper. Diarkibkan daripada yang asal pada April 18, 2019. Dicapai pada April 15, 2019.
  8. ^ Meoli, Jon (December 31, 2018). "Orioles rated as worst team in all of sports in 2018". The Baltimore Sun. Dicapai pada May 6, 2019.
  9. ^ "Baltimore Orioloes Team History & Encyclopedia". Baseball Reference. Sports Reference LLC. Dicapai pada 2020-08-11.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]