Philadelphia Phillies

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Philadelphia Phillies
Musim 2024 Philadelphia Phillies
Ditubuhkan pada 1883
Fail:Philadelphia Phillies (2019) logo.svg
Logo pasukanLencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Fail:MLB-NLE-PHI-Uniform.png
Nombor tidak digunakan
Warna
  • Merah, putih, biru[1][2]
                  
Nama
  • Philadelphia Phillies (1883–kini)
  • Philadelphia Blue Jays/Phillies (19441949)
  • Philadelphia Quakers/Phillies (18831889)
Gelaran lain
  • Phils
  • The Fightin' Phils
  • The Fightins[3][4]
Ballpark
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (2)
NL Pennant (8)
East Kejuaraan Divisyen (11)
Kemunculan Wild card (1)2022
Pejabat pengurusan
PemilikJohn Middleton[5]
PengurusRob Thomson
Pengurus BesarSam Fuld
Presiden Operasi BesbalDave Dombrowski

Philadelphia Phillies ialah sebuah pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Philadelphia, Amerika Syarikat. Phillies bertanding di saingan Major League Baseball (MLB) dengan menjadi anggota National League (NL) East. Sejak tahun 2004, stadium bagi pasukan ini ialah Citizens Bank Park yang terletak di South Philadelphia Sports Complex.[6][7][8][9]

Phillies berjaya merangkul dua kejuaraan Siri Dunia (menewaskan Kansas City Royals pada 1980 dan Tampa Bay Rays pada 2008, lapan pennant National League (kejuaraan sulung pada 1915) dan melakukan 15 penampilan playoff. Sehingga 6 November 2022, pasukan ini telah beraksi sebanyak 21,209 perlawanan dengan memenangi 10,022 perlawaan dan mencatatkan 11,187 kekalahan.[10]

Sejak kejohanan Siri Dunia mula dilangsungkan pada 1903. Phillies telah beraksi sejak penubuhannya pada 1883. Phillies merupakan antara 16 pasukan pragabungan terakhir yang memenangi Siri Dunia iaitu pada 1980. Sejak era divisyen diperkenalkan pada 1969, Phillies muncul sebagai salah satu pasukan MLB paling berjaya apabila menjuarai sebelas gelaran divisyen (termasuk lima kejuaraan berturut-turut dari tahun 2007 hingga 2011), lapan pennant National League dan dua kejuaraan Siri Dunia.

Pasukan ini telah ditubuhkan di Philadelphia pada 1883 bagi menggantikan pasukan dari Worcester, Massachusetts di National League. Pasukan ini beraksi di beberapa buah stadium bermula di Recreation Park (1883–1886) dan seterusnya di Baker Bowl (1887–1938); Shibe Park (dinamakan semula sebagai Connie Mack Stadium pada 1953 sebagai tanda penghargaan jasa pengurus Philadelphia Athletics, Connie Mack) (1938–1970); Veterans Stadium (1971–2003) dan kini Citizens Bank Park (2004–kini).

Walaupun Phillies memiliki sejarah yang panjang dan penyokong yang membara, Phillies dianggap sebagai pasukan yang diasosiasikan dengan kesia-siaan. Phillies merupakan pasukan sukan yang pertama di Amerika yang mencatatkan 10,000 kekalahan. Pasukan ini juga memegang rekod dunia bagi kekalahan terbanyak dialami sesebuah pasukan dalam bidang sukan profesional. Lagipun biarpun memiliki sejarah yang lama, Phillies tetap menjadi salah satu daripada hanya sembilan pasukan yang meraih 10,000 kemenangan dalam sejarah. Pemain third baseman, Mike Schmidt dianggap sebagai pemain terbaik pasukan sepanjang zaman.[11] Menelusuri sejarah pasukan sejak 1883, seramai 33 orang pemain Phillies telah disenaraikan ke dalam Anugerah Dewan Kemahsyuran Besbol.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Phillies telah ditubuhkan pada 1883 dan secara tidak rasminya dikenali sebagai "Quakers" dan "Phillies" (versi pendek “Philadelphians”) sehinggalah mereka menggunakan nama "Phillies" secara rasmi pada 1890. Pada awalnya, pasukan ini bergelut untuk meraih kejayaan dan hanya layak ke playoff pada 1915 hasil prestasi pelempar terhebat sepanjang zaman, Grover Cleveland Alexander. Philadelphia menjual Alexander selepas musim 1917 dan pasukan ini mula memasuki tempoh kemerosotan yang berlarutan apabila ia menamatkan musim di tempat terakhir atau kedua terakhir di saingan National League (NL) dalam 24 daripada 30 musim berikutnya iaitu dari tahun 1919 sehingga 1947. Pada 1950, bintang outfielder Richie Asburn dan pelempar Robin Roberts membantu pasukan “Whiz Kids” Phillies untuk mara ke penampilan Siri Dunia pertama dalam tempoh 35 tahun sebelum mereka kecundang kepada New York Yankees.

Phillies berdepan dengan kemarau aksi di playoff selepas 1950. Dalam tempoh ini juga, Dick Allen yang merupakan pemain panas baran telah menjadikan pasukan ini lebih menarik. Pasukan ini mencapai titik pusingannya pada 1972 apabila bakal pemain Dewan Kemahsyuran iaitu Mike Schmidt dan Steve Carlton melakukan kemunculan sulung mereka bersama Phillies. Dengan bantuan pelempar unggul Carlton dan pukulan padu Schmidt, Phillies menempuh era paling cemerlang dalam sejarah pasukan apabila mereka meraih enam gelaran NL East antara tahun 1976 dan 1983. Pasukan ini juga mara ke Siri Dunia sebanyak dua kali pada tempoh ini dengan merangkul kejuaraan dunia pertama pada 1980. Pada tahun 1993, Phillies kembali ke Siri Dunia tetapi tewas kepada pasukan Toronto Blue Jays hasil pukulan home run dramatik oleh Joe Carter pada aksi keenam.

Phillies meninggalkan rekod yang tidak boleh dilupakan pada 2007 apabila mereka menjadi pasukan pertama dalam sejarah sukan untuk meraih 10,000 kekalahan. Tahun 2007 juga meninggalkan kenangan terindah apabila Phillies meraih gelaran NL East pertama dalam tempoh 14 tahun. Phillies mengulangi kejayaan tersebut pada 2008 dan mara ke Siri Dunia sambil pasukan tersebut dibarisi pelempar dominan seperti Cole Hamels dan Brad Lidge. Mereka menewaskan Tampa Bay Rays dalam lima aksi permainan untuk merangkul kejuaraan dunia kedua. Pada tahun 2009, Phillies memenangi pennant NL kedua berturut-turut tetapi mereka tewas kepada New York Yankees dalam Siri Dunia. Di antara tahun 2009 dan permulaan kempen 2011, pasukan ini memperoleh pelempar All-Star seperti Roy Halladay, Roy Oswalt dan Cliff Lee. Mereka bertiga berganding dengan Hamels membentuk barisan pelempar uggul telah membantu Phillies merekodkan 102 kemenangan pada 2011. Walau bagaimanapun, Philadelphia dikecewakan oleh pasukan St. Louis Cardinals dalam aksi pembukaan playoff.

Krisis kecederaan dan pemain yang meningkat usia telah memberi kesan kepada pasukan pada musim-musim berikutnya apabila Phillies terlepas aksi playoff pada tempoh berkenaan. Philadelphia kemudian membawa masuk outfielder Bryce Harper pada 2019 tetapi Phillies hanya menamatkan kempen dengan hanya rekod .500 semasa musim pertamanya bersama pasukan dan mereka sekali lagi gagal ke playoff. Phillies juga terlepas aksi postseason pada 2020 dan 2021. Namun begitu, pada tahun 2022, Philadelphia mara ke pusingan playoff sebagai pasukan Wild Card dan mengejutkan pasukan lawan sehingga mereka mampu ke Siri Dunia sebelum akur akan kekalahan kepada Houston Astros dalam enam perlawanan.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Going Red! New Phillies Alternate Jersey to Debut April 14 at Citizens Bank Park". MLB.com (Siaran akhbar). MLB Advanced Media. February 1, 2018. Dicapai pada December 17, 2018. The Phillies will also debut a new-look batting practice cap for the regular season, New Era's lightweight, performance based Diamond Era 59FIFTY cap featuring a red crown, blue bill and an embossed National League logo on the wearer's right side.
  2. ^ "Dell Technologies Suite Level". Phillies.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada April 12, 2022. Red, white and blue balloons can be placed in the suite for any special occasion that you may be celebrating. Please contact the suite sales office to make arrangements.
  3. ^ "Nearly traded to the Phillies seven years ago, Saunders 'excited to put on the red pinstripes'". phillyvoice.com. 2017-01-25. Dicapai pada 2017-01-25.
  4. ^ "Philadelphia Phillies: A Winning 2017 Or?". Fox Sports. January 27, 2017. Dicapai pada January 27, 2017.
  5. ^ Zolecki, Todd (November 17, 2016). "Middleton named Phillies' control person". MLB.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada July 7, 2023.
  6. ^ "Experience baseball in the city of brotherly love", MLB.com, retrieved October 3, 2022
  7. ^ "Philadelphia Phillies History" Baseball Almanac, retrieved October 3, 2022
  8. ^ "Timeline 1800s", MLB.com, retrieved October 3, 2022
  9. ^ "Reds vs. Phillies prediction", Patriot News, August 25, 2022
  10. ^ "Philadelphia Phillies Team History & Encyclopedia". Baseball-Reference.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-06.
  11. ^ "Why Mike Schmidt is the Greatest Phillie of All-Time". NBC Sports Philadelphia. 2018-11-03. Dicapai pada 2020-03-19.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]