Danell Lee Chieh Hun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Danell Lee
李桀漢
Danell Lee Chieh Hun
Latar belakang
Nama lahir Daniel Lee Chee Hun
Juga dikenali sebagai Danell
Berasal dari Changlun, Kedah
Genre Pop
Pekerjaan Penyanyi
Label Sony BMG
Laman web Laman web rasmi Daniel Lee

Danell Lee Chieh Hun (Cina Ringkas: 李桀汉, Cina Tradisional: 李桀漢, pinyin: lǐ jiéhàn; nama asal waktu kelahiran ialah Daniel Lee Chee Hun/李吉汉/李吉漢/lǐ jíhàn), dilahirkan pada 1 Julai 1982, ialah penyanyi Malaysia yang paling terkenal kerana memenangi kejuaraan dalam Malaysian Idol musim kedua, iaitu satu rancangan realiti TV. Beliau adalah pelajar muzik dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.


Malaysian Idol[sunting | sunting sumber]

Lebih dikenali sebagai Danell di sepanjang pertunjukan, Lee menewaskan melebihi 9,000 orang calon untuk bertanding dalam Malaysian Idol dan merupakan dua orang peserta pusingan terakhir, bersama-sama Norhanita Hamzah.

Dalm episod dan pertunjukan pusingan terakhir yang diadakan di Arena Bintang Genting masing-masing pada 23 dan 24 September 2005, Lee memperoleh lebih kurang 1.2 juta antara 1.67 juta undi (68%) yang diterima melalui SMS serta panggilan telefon. Pertunjukan finale ini disiarkan secara langsung oleh TV3 dan 8TV.

Selepas pertandingan Malaysia Idol[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Oktober 2005, Lee menerbitkan rekod single pertamannya, Mimpi, yang mencapai jualan sebanyak 5,000 salinan dalam tempoh lima hari. Album pertamanya yang dijudulkan atas nama sendiri diterbitkan pada 22 November 2005 dan menjual melebihi 10,000 salinan dalam tempoh tiga minggu pertama. Ia mengandungi 10 buah lagu yang termasuk Mimpi (dalam versi bahasa Melayu dan bahasa Mandarin), dan Heaven Knows (bahasa Inggeris), serta tujuh buah lagu yang lain dalam bahasa Mandarin. Salah satu daripada lagu-lagu tersebut digubahnya. Album itu mencapai status platinum dalam tempoh enam bulan dari tarikh penerbitan, dengan jualan melebihi 25,000 salinan. Lee adalah di bawah pengurusan The 8 Unit.

Terdapat percanggahan pendapat yang utama terhadap kemenangan Lee sebagai Malaysian Idol kerana sesetengah penonton mendakwa bahawa wajahnya memberikan kemenangannya, dengan kebanyakan undi yang dihantar melalui SMS datangnya daripada para remaja wanita. Tekaan bahawa sebilangan mereka mengundi melebihi satu kali menjelaskan jumlah 1.2 juta undi yang menyebabkan kemenangannya. Kebenaran bahawa Lee telah menonjolkan bakatnya dalam permainan berbagai-bagai alat muzik seperti biola, gitar, dan piano masih diperdebatkan pada hari ini.

Lee telah dibandingkan dengan Mawi, pemenang Akademi Fantasia musim ketiga, dari segi kejayaan yang cemerlang serta perbalahan yang menyelubungi kejayaan mereka.

Persembahan dalam Malaysian Idol[sunting | sunting sumber]

  • Tempat 24 teratas: Special Kind Of Something oleh Kavana
  • Tempat 11 teratas: True oleh Ryan Cabrera
  • Tempat 9 teratas: Somewhere Over The Rainbow oleh Judy Garland
  • Tempat 8 teratas: Obsession (No Es Amor) oleh Frankie J
  • Tempat 7 teratas: Kini Bebas oleh Camelia & Anuar Zain
  • Tempat 6 teratas: In The Shadows oleh The Rasmus
  • Tempat 5 teratas: Save The Last Dance For Me oleh The Drifters
  • Tempat 5 teratas: Angin Malam oleh Broery Marantika
  • Tempat 4 teratas: Heaven Knows oleh Rick Price
  • Tempat 4 teratas: Mungkin Nanti oleh PeterPan
  • Tempat 3 teratas: Oh La! La! oleh KRU
  • Tempat 3 teratas: Can You Feel The Love Tonight? oleh Elton John
  • Pusingan Terakhir: Mimpi
  • Pusingan Terakhir: Angin Malam oleh Broery Marantika
  • Pusingan Terakhir: Heaven Knows oleh Rick Price

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Susunan Malaysian Idol 2
  • Mimpi
  • Daniel (Sony & Hiburan Muzik BMG) yang terjual 25,000 unit selepas tiga bulan di pasaran
  • Edisi Perayaan Daniel (di pasaran sejak 27 Mac 2006)

Sebelum Pertandingan Malaysian Idol[sunting | sunting sumber]

Sebelum menyertai pertandingan Malaysian Idol, Lee adalah pelajar kursus muzik tahun pertama di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sebelum menyertai Pertandingan Malaysian Idol, beliau juga bekerja sebagai penyanyi sambilan di kafe-kafe yang ahli muzik rocknya membuat persembahan hanya dengan alat-alat muzik akustik.

Lee juga bekerja sebagai pekerja sambilan di sebuah kedai komputer [1] di Kawasan Membeli-belah Prangin, Pulau Pinang. Sebagai peminat muzik dan jurugambar yang gigih, beliau merupakan peminat iLife Komputer Apple bagi aplikasi-aplikasi GarageBand, iTunes, dan iPhoto & iDVD. Lee bertujuan untuk meneruskan pendidikan universitinya selepas bertugas dalam industri perakaman selama setahun.

Dunia Pinkies[sunting | sunting sumber]

Dunia Pinkies ialah kelab peminat rasmi untuk Daniel Lee. Nama "Pinkies" berasal daripada tabiat Daniel untuk memakai kemeja-T yang berwarna merah jambu (suatu hadiah daripada salah seorang peminatnya) pada sepanjang pertandingan Malaysian Idol itu. Warna merah jambu telah disimpulkan sebagai warna kesayangan Lee dan oleh itu, kelab peminatnya dinamai sedemikian.

Yu Xie Jiang 2006[sunting | sunting sumber]

Lee memenangi enam buah anugerah dalam upacara penyampaian Anugerah Yu Xie Jiang (juga dikenali sebagai "1111 buah Anugerah") yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 11 November 2006:

  1. Johan Artis Tempatan Baru Kesayangan
  2. Johan Artis Tempatan Kesayangan
  3. Johan Artis Lagu Asli Kesayangan (Kategori Tempatan)
  4. Johan Artis Yang Paling Ketara
  5. Johan Lagu Asli Tempat 10 Teratas (Kategori Tempatan)
  6. Pemenang Perak untuk Artis Baru Yang Terbaik.

Ini merupakan pencapaian Lee yang amat besar kerana beliau hanya menyertai industri muzik selama 14 bulan sebelum upacara penyampaian anugerah ini sejak menyertai pertandingan Malaysian Idol musim ke-2 pada 24 September 2005.

Antara anugerah Lee yang lain termasuk anugerah-anugerah untuk Wo Men Sa, lagu setia negara untuk Malaysia. Lee menjadi johan dalam kesemua tiga kategori:

  1. paling disayangi
  2. paling disarankan
  3. paling kreatif.

Pemenang lagu kesetiaan negara dipilih oleh orang ramai Malaysia melalui undi.

Danell pada hari ini (2007)[sunting | sunting sumber]

Danell menyertai pengiraan detik pelancaran Sungei Wang 2007 sebagai salah seorang artis bersama-sama artis antarabangsa dari Hong Kong dan Taiwan untuk menghibur orang ramai. Melebihi 100,000 orang penonton datang untuk meraikan pengiraan detik pelancaran tahun 2007 yang terbesar di Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]