David Orok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

David Orok adalah ahli politik Malaysia dari Parti Reformasi Sabah (STAR), Sabah, timur Malaysia. Beliau adalah CEO di PSB Borneo. Isterinya berna,a Jubianis Sutian.

Pada Pilihan Raya Umum 2013 Orok bertanding atas tiket STAR di kawasan Dewan Undangan Negeri N10 Sulaman.Beliau tewas di Sulaman kepada Datuk Hajiji Noor dari BN yang mendapati 13,065 undi ( majoriti 10,441) dalam pertandingan 6 penjuru. Calon lain yang tewas ialah Gulabdin @ Ghulabdin Enjih PKR (2,624) ; Ali Akbar Kawi (Bebas 615) ; David Orok STAR 225 ; Ariffin Harith (Bebas 66).

Didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad[sunting | sunting sumber]

Pada 3 September 2014, David Orok didakwa bawah Akta Hasutan 1948 kerana kenyataan yang dibuatnya dalam laman sosial Facebook yang dianggap menghina Islam dan Nabi Muhammad. Akhbar The Star melaporkan Orok didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu. Seminggu dua ini, pensyarah Azmi sharom 154 ahli Pasukan Peronda Sukarela dan beberapa ahli politik pembangkang didakwa di mahkamah atas tuduhan menghasut.

David Orok mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) (c) Akta Hasutan 1948 itu. Jika terbukti bersalah, boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun.Beliau yang tidak diwakili peguam dibebaskan dengan ikat jamin RM7,000.Mahkamah mengarahkan beliau menyerahkan pasport dan melapor diri ke Balai Polis Tuaran seminggu sekali sehingga tarikh perbicaraannya yang masih belum ditetapkan. Orok didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Roun, Jalan Labuaya, Topokan di Tuaran pada 4 Julai 2014. Kritikan menghina Islam dan Nabi Muhammad dikongsi oleh orang lain secara meluas di Facebook, Twitter dan blog. [1]

Orok kemudiannya memohon maaf kepada umat Islam, dan menyalahkan orang lain kerana mengeluarkan posting yang menyakitkan hati itu.Postingnya itu menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk ahli PAS dan UMNO di Sabah dengan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah Hamid Ismail menggesa tindakan diambil terhadap Orok pada bulan Julai 2014. Pemuda Umno bahagian Sepanggar dan Gabungan Majlis NGO Islam Sabah membuat laporan polis.[2] 10 laporan polis dibuat terhadap David Orok.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ David Orok didakwa di bawah Akta Hasutan kerana hina Islam
  2. ^ "Ahli politik Sabah terbaru didakwa Akta Hasutan kerana menghina Islam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-04. Dicapai pada 2014-09-03.
  3. ^ Polis terima 853 laporan