Derek Jeter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Derek Jeter
A man in a grey baseball uniform with a navy helmet prepares to swing at a pitch
Jeter pada 2017
Shortstop
Dilahirkan: (1974-06-26) 26 Jun 1974 (umur 49)
Pequannock Township, New Jersey, A.S.
Pukulan: Kanan Balingan: Kanan
MLB debut
29 Mei, 1995, untuk New York Yankees
Penampilan MLB terakhir
28 September, 2014, untuk New York Yankees
Statistik MLB
Purata pukulan.310
Pukulan3,465
Home run260
RBI1,311
Pasukan
Kerjaya cemerlang dan anugerah
Ahli National
Baseball Hall of Fame
Pelantikan2020
Undian99.75% (undian pertama)

Derek Sanderson Jeter (/ˈtər/ JEE-tər; lahir 26 Jun 1974) ialah bekas pemain besbol, ahli perniagaan dan eksekutif besbol yang berasal dari Amerika Syarikat. Sebagai pemain besbol, beliau telah menghabiskan kariernya selama 20 tahun bersama pasukan New York Yankees di Major League Baseball (MLB). Beliau telah terpilih ke dalam Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan pada tahun 2020 apabila beliau meraih 396 daripada 397 undian (99.75%), menjadikannya peratus kedua tertinggi dalam sejarah MLB (di belakang bekas rakan sepasukan, Mariano Rivera). Beliau merupakan ketua pengarah eksekutif (CEO) dan sebahagian pemilik pasukan Miami Marlins dari September 2017 sehingga Februari 2022.

Sebagai pemain yang memenangi lima gelaran Siri Dunia bersama Yankees, Jeter dianggap sebagai penyumbang utama kepada dinasti pasukan Yankees pada lewat 1990-an dan awal 2000-an yang didorong oleh kemahiran pukulan, posisi dan kepimpinan beliau di atas padang. Beliau menduduki tempat teratas sebagai pemain Yankees yang membuat pukulan terbanyak (3,465), memperoleh doubles (544), penampilan terbanyak (2,747), stolen base (358), times on base (4,716), plate appearance (12,602) dan masa pukulan (11,195).[1] Pencapaian beliau lain termasuklah pemilihan 14 kali All-Star, lima Anugerah Sarung Tangan Emas, lima Silver Slugger Award, dua Anugerah Hank Aaron dan meraih satu Anugerah Roberto Clemente. Jeter menjadi pemain ke-28 dalam sejarah yang mencapai 3,000 pukulan dan menamatkan kariernya sebagai pemain shortstop pertama dalam sejarah MLB yang meraih pencapaian tersebut. Pada tahun 2017, pasukan Yankees telah menghentikan pemakaian jersi seragam nombor 2 sebagai tanda penghargaan karier beliau.

Yankees telah mendaftar Yankees dari sekolah tinggi pada tahun 1992 dan melakukan penampilan sulungnya di MLB pada tahun 1995 semasa beliau berusia 20 tahun. Pada tahun berikutnya, beliau menjadi tonggak shortstop Yankees dengan meraih Anugerah Rookie Terbaik dan membantu pasukannya menjuarai Siri Dunia 1996 dengan menewaskan pasukan Atlanta Braves. Jeter meneruskan rentak cemerlangnya bersama Yankees sepanjang musim 1998 sehingga 2000 apabila beliau diundi di tempat ketiga sebagai Anugerah Pemain Terbaik (MVP) American League (AL) pada tahun 1998. Seterusnya, beliau meraih pencapaian karier utama pada 1999 sebelum memenangi MVP Perlawanan All-Star dan MVP Siri Dunia pada tahun 2000. Beliau secara konsistennya mendahului kiraan pukulan dan larian di AL dalam sebahagian besar kariernya dan berperanan sebagai kapten Yankees dari tahun 2003 sehingga persaraannya pada 2014. Sepanjang kariernya, beliau banyak menyumbang kepada kejayaan pasukan. Beliau telah memegang pelbagai rekod postseason dan mencatatkan purata pukulan pada kadar .321  di Siri Dunia. Jeter juga memperoleh nama samaran "Captain Clutch" dan "Mr. November" kerana terserlah persembahan memukau beliau pada aksi postseason.

Jeter merupakan salah seorang atlet terkenal dalam kalangan generasinya dan terlibat dalam pelbagai pengendorsan produk. Sebagai selebriti, kehidupan peribadi dan hubungan beliau bersama selebriti lain telah menarik perhatian media.[2]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Derek Jeter Statistics and History". Baseball-Reference.com. Sports Reference. Dicapai pada September 11, 2008.
  2. ^ Bryant, Howard (May 7, 2013). "New York Yankees shortstop Derek Jeter's greatness goes beyond the numbers". ESPN The Magazine. ESPN. Dicapai pada August 19, 2014.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]