Diana Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Diana Johor
Kelahiran
Nordiana Johor binti Zainal Abidin

(1980-11-22) 22 November 1980 (umur 43)
PendidikanEkonomi dan Kewangan
Pusat pendidikanUniversiti Curtin, Perth, Australia
PekerjaanPelakon, model, penerbit, usahawan
Tahun aktif1994–kini
PasanganHazman Thobrani
SaudaraLina Johor (kembar)

Nordiana Johor Zainal Abidin ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2]

Diana mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada usia 14 tahun menerusi drama Mas Maria. Beliau juga bergiat aktif di belakang tabir sebagai pengasas bersama syarikat penerbitan Unique Twins dimiliki bersama saudara kembarnya, Lina Johor yang mengkhusukan dalam penerbitan televisyen dan filem.[3][4][5] Selain itu, beliau turut menguruskan Hotel Pelangi milik keluarganya.[6]

Beliau kembali berhijab pada 2019 selepas dikaitkan dengan isu dirinya membuka tudung pada 2015 yang mencetuskan kontroversi di Malaysia.[7][8][9]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 Sembilu 2005 Diana Filem pertama
2013 Tokak Linda
2014 Love, Supermoon Nora
2017 Peransang Rentap Juga sebagai penerbit

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002–2007, 2015 Gerak Khas Pelbagai TV2 Pelakon undangan
2006–2007 Sembilu Kasih TV3
2012 Mana Hilangnya Juwita Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Hana Hani Coklat Strawberi Astro Ria
2011 Puteri Kayangan TV3 Penerbit
2012 Melodi Cinta Sarikei TVi

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2010 Gamat[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ramlah Zainal (2 Ogos 2016). "Tiada istilah merajuk". Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2016.
  2. ^ Zaidi Mohamad (29 Mei 2015). "Mengapa Diana Johor ambil ubat atasi kemurungan". Berita Harian. Dicapai pada 27 September 2015.
  3. ^ Fatin Farhana Ariffin (11 September 2020). "Serik kisah peribadi jadi kontroversi". Berita Harian. Dicapai pada 29 September 2020 – melalui MSN News.
  4. ^ Izzati Ramli (6 Mei 2018). "Mungkin ada yang tak tahu sebenarnya 5 artis ini punyai pasangan kembar". Media Hiburan. Dicapai pada 29 September 2018.
  5. ^ Ramlah Zainal (5 September 2017). "Tak patah semangat". Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2017.
  6. ^ Ashraff Nasser (3 Ogos 2016). "Diana Johor selesa berlakon dalam produksi sendiri". Cinema Online. Dicapai pada 27 September 2016.
  7. ^ Ramlah Zainal (5 September 2019). "Diana Johor kembali berhijab". Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2019.
  8. ^ "Diana Johor ambil keputusan buka tudung kerana belum bersedia". My News Hub. 17 Jun 2015. Dicapai pada 27 September 2015.
  9. ^ "Diana Johor akui buka tudung kerana belum sedia". Rotikaya. 17 Jun 2015. Dicapai pada 27 September 2015.
  10. ^ "Ziana, Misha, Diana Johor muka baru muzikal Gamat". mStar Online. 12 Februari 2010. Dicapai pada 27 September 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]