Diego Antonio Reyes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Diego Reyes
Maklumat peribadi
Nama penuh Diego Antonio Reyes Rosales[1]
Tarikh lahir (1992-09-19) 19 September 1992 (umur 31)
Tempat lahir Mexico City, Mexico
Ketinggian 1.89 m (6 ka ​2 38 in)[2]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Porto
Nombor 23
Kerjaya remaja
2006–2009 América
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2013 América 68 (2)
2013–2015 Porto B 25 (0)
2013– Porto 9 (0)
2015–2016Real Sociedad (pinjam) 27 (2)
2016–2017Espanyol (pinjam) 34 (1)
Pasukan kebangsaan
2008–2009 Mexico B17 6 (0)
2010–2011 Mexico B20 5 (0)
2011–2012 Mexico B23 12 (1)
2011– Mexico 50 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22 September 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 6 Oktober2017

Diego Antonio Reyes Rosales (Sebutan Sepanyol: [ˈdjeɣo anˈtonjo ˈreʝes]; lahir 19 September 1992) merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk kelab FC Porto dan pasukan kebangsaan Mexico. Beliau bermain di posisi pertahanan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

América[sunting | sunting sumber]

Diego Reyes membuat debut untuk América pada 25 April 2010 menentang Santos Laguna semasa beliau baru berusia 17 tahun. Beliau menggantikan Ángel Reyna pada minit ke-86 yang menjaringkan gol tunggal perlawanan. Reyes menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Estudiantes Tecos dalam kejohanan Clausura 2011.

Reyes bermain dalam perlawanan terakhirnya bersama América pada 26 Mei 2013 menentang Cruz Azul dalam perlawanan terakhir Clausura dan beliau hanya bermain selama 26 pada perlawanan itu.

Porto[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Disember 2012, Reyes dilaporkan telah berpindah ke kelab Portugal, FC Porto pada 1 Julai 2013 dengan bayaran €7 juta.

Diego Reyes membuat debut untuk Porto pada 13 Julai dalam perlawanan terakhir Valais Cup menentang Olympique de Marseille. Pada perlawanan itu, beliau bersama rakan senegara, Héctor Herrera membuat debut untuk Porto pada perlawanan yang sama dengan keputusan berkesudahan Porto menang 3-0.[3]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Diego Reyes membuat debut untuk pasukan kebangsaan Mexico pada kejohanan Copa América 2011 tetapi Mexico menggunakan skuad bawah-22 tahun pada kejohanan itu. Beliau membuat debut penuh pada 25 Mac 2013 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Amerika Syarikat. Reyes juga mengambil bahagian dalam Piala Konfederasi FIFA 2013. Beliau hanya bermain pada perlawanan menentang Jepun di mana pasukannya menang 2-1.

Reyes menjadi kapten pasukan Mexico buat pertama kali ketika menentang Korea Selatan pada 29 Januari 2014. Beliau memberikan armbandnya kepada Rafael Márquez selepas dikeluarkan pada separuh masa kedua, Mexico menang 4-0.

Beliau bermain untuk Mexico ketika menentang Belanda pada pusingan 16 Piala Dunia 2014. Beliau menggantikan Hector Moreno yang dikeluarkan akibat tackle bersama Arjen Robben.

Sehingga 18 November 2014
Pasukan kebangsaan Mexico
Tahun Kmcln Gol
2011 3 0
2012 0 0
2013 7 0
2014 7 0
Jumlah 17 0

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 10 Mei 2014
Kelab Musim Liga Piala Benua Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
América 2009–10 1 0 0 0 0 0 1 0
2010–11 16 1 0 0 4 0 20 1
2011–12 24 0 0 0 0 0 24 0
2012–13 27 1 6 0 0 0 33 1
Jumlah 68 2 6 0 4 0 78 2
Porto 2013–14 5 0 5 0 4 0 14 0
Jumlah 5 0 5 0 4 0 14 0
Jumlah kerjaya 73 2 11 0 8 0 92 2

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

América

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Mexico B23

Rujukan[sunting | sunting sumber]