Pergi ke kandungan

Carlos Salcido

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Carlos Salcido
Maklumat peribadi
Nama penuh Carlos Arnoldo Salcido Flores
Tarikh lahir (1980-04-02) 2 April 1980 (umur 44)
Tempat lahir Ocotlán, Mexico
Ketinggian 1.76 m (5 ka ​9 516 in)[1]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Guadalajara
Nombor 30
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2001–2006 Guadalajara 105 (2)
2006–2010 PSV 121 (3)
2010–2012 Fulham 23 (0)
2011–2012UANL (pinjaman) 37 (1)
2012–2014 UANL 62 (4)
2014– Guadalajara 14 (0)
Pasukan kebangsaan
2012 Mexico B23 9 (0)
2004–2014 Mexico 124 (10)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 29 Jun 2014

Carlos Arnoldo Salcido Flores (Sebutan Sepanyol: [ˈkarlos salˈsiðo]; lahir 2 April 1980) merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk kelab Guadalajara. Beliau selalunya bermain di posisi pemain tengah bertahan.

Kerjaya kelab

[sunting | sunting sumber]

Guadalajara

[sunting | sunting sumber]

Carlos Salcido memulakan kerjya bola sepaknya di Chivas. Beliau bermain di peringkat remaja sehinggalah beliau dipanggil untuk memasuki pasukan senior pada 2001. Beliau membuat debut untuk pasukannya dalam Primera División de México pada 22 Julai 2001, seri 1–1 menentang La Piedad pada 2001. Salcido bersama Chivas sehingga tahun 2003. Beliau menjaringkan dua gol daripada 105 perlawanan.[2] Salcido membuat kemunculan terakhirnya di Guadalajara ketika perlawanan akhir pada 1 April 2006, menang 3-2 ke atas Pachuca

PSV Eindhoven

[sunting | sunting sumber]

Pada Jun and Julai berikutan Piala Dunia FIFA 2006, terdapat spekulasi mengatakan Salcido dikaitkan dengan kelab di Eropah dan satu laporan mengatakan beliau telah bersetuju menandatangani kelab Arsenal F.C. Walau bagaimanapun, spekulasi itu palsu dan beliau telah menandatangani kelab empat tahun bersama juara Belanda, PSV Eindhoven pada 10 Julai 2006.

Pada 18 November 2006, beliau menjaringkan gol pertamanya di PSV ketika menetang Excelsior Rotterdam dari jarak jauh dan perlawanan berkesudahan 4–0. Salcido juga bermain dalam Liga Juara-Juara UEFA 2006-07. Dalam jumlahnya, Salcido telah bermain 48 perlawanan liga dan Liga Juara-Juara pada musim itu. Dalam musim 2007-08, Salcido diberi jersi nombor 3 yang pernah disarung oleh Michael Reiziger. Beliau juga menjadi naib kapten pasukan di belakang Timmy Simons. Dalam musim keduanya di PSV, Salcido telah bermain 33 perlawanan liga dan enam dalam Liga Juara-Juara. Dalam musim ketiganya di PSV, beliau telah bermain 28 perlawanan liga dan menajringkan dua gol. Pada musim 2009-10, Salcido telah bermain 27 perlawanan liga dan sembilan perlawanan Liga Europa.

Selepas aksi yang baik bersama Mexico di Piala Dunia FIFA 2010, kelab Liverpool dilaporkna ingin menandatangani Salcido.[3]

Pada 26 Ogos 2010, Fulham telah bersetuju bersama PSV untuk menandatangani Salcido dengan harga £1.6 juta. Pemindahan itu akhirnya lengkap pada keesokan harinya. Beliau membuat debut untuk Fulham ketika menentang Blackburn Rovers pada 18 September 2010. Beliau membuat hantaran pada minit ke-56 kepada Clint Dempsey untuk menanduk masuk bola. Beliau meninggalkan kelab pada Ogos 2011 untuk dipinjam ke kelab Mexico, Tigres UANL.[4]

Tigres de la UANL

[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Ogos 2011, Salcido telah berpindah ke Tigres secara pinjaman. Selepas berlaku rompakan di rumahnya di Claygate, London, Salcido meminta keluarganya berpindah ke Mexico kerana berasa risau. requested to be transferred back to Mexico due to his family feeling unsettled.[5] Dalam musim pertamanya di Mexico, Salcido membantu Tigres menjuarai gelaran liga buat kali ketiga dan buat kali pertama dalam tempoh 30 puluh tahun.

Pada 7 Mac 2012, Fulham mengesahkan bahawa Salcido telah sertai Tigres secara tetap.

Kembali ke Guadalajara

[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Mei 2014, Guadalajara dilaporkan telah menandatangani Salcido.[6] Selepas beliau beraksi di Piala Dunia FIFA 2014, Salcido membuat debut untuk Chivas de Guadalajara dalam perlawanan pra-musim pada 9 Julai 2014 menentang Cruz Azul, Guadalajara menang 2-1.[7][8] Salcido membuat penampilan pertama liga bersama Guadalajara pada 20 Julai 2014 menentang Chiapas.

Kerjaya antabangsa

[sunting | sunting sumber]
Salcido bermain untuk Mexico dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2010 menentang Afrika Selatan.

Salcido membuat debut untuk pasukan kebangsaan Mexico pada 8 September 2004 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2006 menentang Trinidad dan Tobago. Pada 2005, beliau bermain dalam Piala Konfederasi FIFA 2005 di Jerman, membantu Mexico menduduiki tempat keempat. Ketika perlawanan suku akhir menentang Argentina, beliau menjaringkan gol pada masa tambahan.

Salcido termasuk dalam 24 pemain Mexico oleh ketua jurulatih Ricardo Lavolpe pada 2 April 2006 untuk bermain di Piala Dunia FIFA 20056. Salcido bermain kesemua perlawanan Mexico di Piala Dunia.

Salcido bermain kesemua perlawanan Mexico di Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.[9]

Pasukan kebangsaan Mexico
Tahun Kmncln Gol
2004 5 0
2005 22 2
2006 9 0
2007 13 1
2008 11 2
2009 8 1
2010 13 0
2011 15 1
2012 9 3
2013 14 0
2014 4 0
Jumlah 124 10

Gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
# Tarikh Tempat Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 26 Jun 2005 Hanover, Jerman  Argentina 1–0 5–6 (p.s.o.) Piala Konfederasi FIFA 2005
2 26 Oktober 2005 Guadalajara, Mexico  Uruguay 1–0 3–1 Persahabatan
3 13 Jun 2007 Houston, Amerika Syarikat  Panama 1–0 1–0 Piala Emas CONCACAF 2007
4 26 Mac 2008 London, England  Ghana 1–1 2–1 Persahabatan
5 15 Oktober 2008 Edmonton, Kanada  Kanada 1–1 2–2 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
6 14 Oktober 2009 Port of Spain, Trinidad dan Tobago  Trinidad dan Tobago 2–2 2–2 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
7 11 November 2011 Santiago de Querétaro, Mexico  Serbia 1–0 2–0 Persahabatan
8 25 Januari 2012 Houston, Amerika Syarikat  Venezuela 1–1 3–1 Persahabatan
9 8 Jun 2012 Mexico City, Mexico  Guyana 1–0 3–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
10 7 September 2012 San José, Costa Rica  Costa Rica 1–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014

Statistik kerjaya

[sunting | sunting sumber]
Penampilan kelab Liga Piala Piala liga Benua Jumlah
Musim Kelab Liga Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Mexico Liga Piala Piala liga Amerika Utara Jumlah
200102 Guadalajara Primera División 1 0 1 0
200203 0 0 0 0
200304 42 1 42 1
200405 33 1 33 1
200506 29 0 4 0 33 0
Belanda Liga Piala KNVB Piala liga Eropah Jumlah
2006–07 PSV Eindhoven Eredivisie 33 1 9 0 42 1
2007–08 33 0 12 0 45 0
2008–09 28 2 6 0 34 2
2009–10 27 0 9 0 36 0
2010–111 0 0 0 0 0 0
England Liga Piala FA Inggeris Piala liga Eropah Jumlah
2010–11 Fulham Liga Perdana Inggeris 23 0 2 0 1 0 26 0
Mexico Liga Copa MX Piala liga Amerika Utara Jumlah
2011-12 Tigres UANL Liga MX 37 1 - 37 1
2012–13 30 2 - 30 2
2013–14 32 2 6 1 38 2
Mexico Liga Copa MX SuperCopa MX Amerika Utara Jumlah
2014-15 Guadalajara Liga MX 5 0 - 5 0
Jumlah Mexico Mexico 209 7 6 1 4 0 219 8
Belanda Belanda 121 3 0 0 0 0 36 0 157 3
England England 23 0 2 0 1 0 26 0
Jumlah Kelab 286 6 2 0 1 0 40 0 329 6

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
PSV
UANL

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Mexico
  1. ^ "Premier League Player Profile". Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-22. Dicapai pada 11 December 2013.
  2. ^ Deportes2.univision.com
  3. ^ "Liverpool join race for PSV defender Carlos Salcido". Goal.com. Retrieved 25 July 2010.
  4. ^ name = "departs">"Salcido Departs". Fulham FC. Dicapai pada 11 December 2013.
  5. ^ "Fulham's Carlos Salcido joins Tigres on season-long loan". British Broadcasting Corporation (BBC). Retrieved 17 August 2011.
  6. ^ http://www.chivasdecorazon.com.mx/noticias/22149/comunicado-de-prensa-carlos-salcido#.U30o_fldV3E
  7. ^ http://www.chivasdecorazon.com.mx/noticias/22435/victoria-de-chivas-contra-cruz-azul#.U8Ns615B_wI
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-25. Dicapai pada 2014-12-22.
  9. ^ "Fulham and PSV agree Carlos Salcido deal". BBC Sport. 27 August 2010. Dicapai pada 26 August 2010.

Templat:Skuad C.D. Guadalajara