Guillermo Ochoa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Guillermo Ochoa
Maklumat peribadi
Nama penuhFrancisco Guillermo Ochoa Magaña
Tarikh lahir (1985-07-13) 13 Julai 1985 (umur 33)
Tempat lahirGuadalajara, Mexico
Ketinggian1.85 m (6 ka +1316 in)
Posisi permainanPenjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkiniMálaga
Nombor13
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2004–2011América211(0)
2011–2014Ajaccio112(0)
2014–Málaga0(0)
Pasukan kebangsaan
2004–2008Mexico B236(0)
2005–Mexico66(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 17 Mei 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 12 November 2014

Francisco Guillermo Ochoa Magaña (lahir 13 Julai 1985), ataupun dirujuk sebagai Memo,[1] merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk kelab Málaga dan pasukan kebangsaan Mexico. Beliau bermain sebagai penjaga gol.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

América[sunting | sunting sumber]

Guillermo Ochoa membuat debut untuk América ketika kejohanan Clausura 2004 menentang Monterrey. Pada masa itu, beliau baru berusia 18 tahun dan dipanggil oleh jurulatih Leo Beenhakker. Ochoa menjadi penjaga gol muda untuk menggantikan pemain veteran yang cedera, Adolfo Ríos.

Ketika bermulanya kejohanan Apertura 2004, Ochoa menggantikan Ríos yang telah bersara. Walau bagainamapun, jurulatih baru, Oscar Ruggeri membeli seorang penjaga gol baru yang berasal dari Argentina, Sebastián Saja. Jurulatih Ruggeri bersama kelab itu penuh dengan kontroversi dan telah dipecat selepas enam perlawanan musim. Ochoa kemudian menjadi penjaga gol pertama oleh jurulatih baru, Mario Carrillo. Sejak itu, Ochoa bermain setiap perlawanan untuk Club América. Di bawah jurulatih Carrillo, Ochoa menjuarai kejohanan pertamanya bersama América iaitu musim Clausura 2005.

Ochoa memulakan musim 2008 dengan aksi hebat, membantu América menjuarai InterLiga. Dalam perlawanan peringkat kumpulan, beliau berjaya menyelamat tendangan penalti oleh pasukan Monarcas Morelia pada lewat perlawanan dan América menang 1–0.

Pada musim sejuk 2010, banyak spekulasi mengatakan Ochoa akan berpindah ke England pada musim 2010–11. Akhbar Inggeris, Metro melaporkan bahawa Manchester United menandatangani Ochoa.[2] Ini juga dilaporkan oleh The Daily Mail bahawa Ochoa telah berbicara dengan kelab Fulham.[3] Laporan ini kemudian dinafikan oleh Fulham dan América.

Musim terakhir Ochoa bersama América dalam Clausura 2011 apabila berakhir dengan kekalahan kepada Monarcas Morelia dalam suku akhir.

Ajaccio[sunting | sunting sumber]

Musim 2011–12[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Julai 2011, Ochoa menandatangani kontrak tiga tahun bersama Ajaccio. Ochoa bermain bersama Ajaccio dalam dua perlawanan persahabatan menentang Bordeaux dan Real Sociedad.

Beliau membuat penampilan rasmi kelab pada 5 Ogos 2011 menentang Toulouse, pasukannya kalah 2–0.[4] Pada 18 dan 21 Disember, Ajaccio menang dua kali berturut-turut dan Ochoa mengekalkan rekod tanpa bolos. Dalam perlawanan terakhir musim, Ajaccio perlu menang untuk mengelakkan penyingkiran ke atas Toulouse. Ochoa bermain 90 minit dan membantu Ajaccio menang 2-0 dan kekal berada di Ligue 1. Ochoa menghabiskan musim pertamanya bersama Ajaccio dengan 8 rekod tanpa bolos, 43 penyelamatan dan 151 tahanan. Beliau juga menghabiskan musim Ligue 1 dengan melepaskan 59 gol membuatkan beliau bersama penjaga gol Alexis Thébaux, penjaga gol banyak dibolos musim.[5]

Musim 2012–13[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Ogos, Ochoa mula bermain menentang Nice, menang 1–0 untuk perlawanan pertamanya pada musim ini. Pada 19 Ogos, Ochoa menjadi watak penting Ajaccio yang berjaya terikat seri 0–0 dengan kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain. Ochoa menghabiskan musim dengan 12 rekod tanpa bolos.

Musim 2013–14[sunting | sunting sumber]

Ochoa memulakan perlawanan pertama bersama Ajaccio pada musim baharu pada 11 Ogos 2013 menentang Saint-Etienne. Ajaccio tewas 1–0. Pada 18 Ogos, Ochoa bermain 90 minit apabila menentang Paris Saint-German di mana Ajaccio telah mendahului 1-0, namun jaringan Edinson Cavani pada minit ke-86 dapat meranapkan harapan Ajaccio untuk mendapat tiga mata penuh dan keputusannya seri 1-1. Pada perlawanan itu, Ochoa telah membuat 12 penyelamatan daripada tendangan PSG.

Pada 18 Januari 2014, Ochoa bermain dalam perlawanan ke-100nya di Eropah tetapi Ajaccio tewas 2-0 kepada Nice. Berikutan tewas 2-1 kepada Bastia pada 20 April, Ajaccio kemudian tersingkir ke Ligue 2 selepas menghabiskan masa tiga tahun di liga teratas.[6] Ochoa bermain dalam perlawanan terakhirnya bersama kelab pada 17 Mei, 3-1 tewas kepada Saint-Etienne.

Málaga[sunting | sunting sumber]

Selepas aksinya di Piala Dunia FIFA 2014, Ochoa menandatangani kelab La Liga, Málaga pada 1 Ogos 2014. Pada 3 Disember, Ochoa membuat debut untuk Malaga dalam saingan Copa del Rey, seri 1-1 menentang Deportivo de La Coruña.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Ketika baru berusia 20 tahun, Guillermo Ochoa telah dipanggil oleh bekas pengurus Mexico, Ricardo La Volpe untuk Piala Dunia FIFA 2006 sebagai pilihan ketiga penjaga gol. Ochoa kemudian mengambil bahagian dalam Piala Emas CONCACAF 2007 dan Copa América 2007. Beliau membuat penampilan pertama di kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 pada 28 Mac 2009 menentang Costa Rica. Ochoa termasuk dalam senarai akhir 23 pemain yang ke Piala Dunia FIFA 2010.

Ochoa (jersi biru) ketika perlawanan Piala Dunia 2014 menentang Brazil.

Pada 9 Mei 2014, Ochoa termasuk dalam 23 pemain Mexico yang beraksi di Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Beliau bermain untuk Mexico dalam perlawanan pembukaan menentang Cameroon pada 13 Jun, 1-0 kemenangan berpihak kepada Mexico. Pada 17 Jun, dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang tuan rumah, Brazil, Ochoa membuat empat penyelamatan termasuk satu tandukan hebat dari Neymar seperti mengulang sejarah Piala Dunia FIFA 1970 apabila penjaga gol Gordon Banks berjaya menampan bola dari Pelé, membantu Mexico seri 0–0 dan Ochoa dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan. Aksi beliau banyak dipuju daripada banyak pihak termasuk jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari. Ochoa dibolos satu gol dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Croatia, pasukannya menang 3-1 dan layak ke peringkat kalah mati bertemu dengan Belanda. Dalam aksi menentang Belanda, Mexico terlebih dahulu selesa 1-0, walau bagaimanapun, sepakan voli oleh Wesley Sneijder tidak dapat ditampan oleh Ochoa membantu Belanda menyamakan kedudukan 1-1. Namun, selepas kapten pasukan, Rafael Márquez menjatuhkan Arjen Robben di dalam kotak penalti, Belanda berjaya mendapatkan gol kemenangan hasil daripada tendangan Klaas Jan-Huntelaar dan Mexico tersingkir. Walaupun Mexico tewas, Ochoa diberi sekali lagi penghargaan pemain terbaik perlawanan buat kali kedua.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Memo Ochoa, Mexico's No1". FIFA.com. Dicapai 21 January 2008. 
  2. ^ "Guillermo Ochoa faces Manchester United transfer choice". Metro.uk. Retrieved December 3, 2010.
  3. ^ "Fulham hand trial to Guillermo Ochoa as Manchester United are linked with £10 million-rated goalkeeper. Daily Mail. Retrieved December 10, 2010.
  4. ^ "Ochoa debuta en la liga francesa con Ajaccio" ESPNDeportes. Retrieved 5 August 2011.
  5. ^ "AC Ajaccio Squad Stats (French Ligue 1) – 2011–12". Espnfc.com. Dicapai 2014-06-23. 
  6. ^ "Berbatov leads Monaco, Ajaccio relegated". FIFA.com. Dicapai 20 April 2014. 

Templat:Skuad Málaga CF