Disakarida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sukrosa, contoh umum disakarida

Disakarida ialah sejenis karbohidrat yang mengandungi dua unit monosakarida dan dihubungkan oleh ikatan O-glikosida. Disakarida boleh dikelaskan kepada monodisakarida dan heterodisakarida. Disakarida yang lazim dalam diet harian termasuklah maltosa, laktosa dan sukrosa. Contoh lain disakarida ialah trehalosa dan palatinosa. Disakarida dihidrolisiskan oleh enzim disakaridase.