Dolar Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dolar ialah mata wang Pulau Pinang antara 1786 hingga 1826. Ia diperkenalkan selepas Syarikat Hindia Timur Inggeris memperoleh pulau itu pada 1786. Nilai satu dolar itu sama sahaja dengan nilai satu dolar Sepanyol dan dibahagikan kepada 100 sen (juga dikenali sebagai pice). Antara 1786 dan 1788, duit syilingnya dikeluarkan dalam jenis mata wang 110, ½, dan 1 sen (tembaga), 110, ¼ dan ½ dolar (perak). Duit syiling timah 1 sen yang besar dikeluarkan antara 1800 dan 1809, diikuti oleh duit syiling tembaga ½ dan 1 sen pada 1810.

Pada 1826, rupee India diisytiharkan sebagai wang sah di Pulau Pinang pada nilai 48 pice apabila Negeri-negeri Selat dibentuk. Walaupun demikian, duit syiling tembaga ½, 1, dan 2 sen mash ditempa pada 1826 dan kemudiannya pada 1828. Dolar itu menjadi mata wang Pulau Pinang semula, dengan pengenalan dolar Selat pada 1904.