Pergi ke kandungan

Uda & Dara (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Drama Uda & Dara)

Uda & Dara adalah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 diarahkan oleh Ejump Zahir dan Feroz Kader, dibintangi Zul Ariffin dan Siti Saleha. Siri drama ini mula ditayangkan di Slot Tiara, Astro Prima bermula 24 Februari 2016 menggantikan Memori Cinta Suraya.

Uda & Dara
GenreDrama
Cinta
Konflik
Berdasarkan daripada
Uda & Dara
karya Aisya Sofea
PengarahEjump Zahir
Feroz Kader
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Terimaku Seadanya" oleh Hafiz Suip & Misha Omar
Lagu penutup"Terimaku Seadanya" oleh Hafiz Suip & Misha Omar
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod30
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Zetty Adilla Dato' Ramly
  • Zetty Alia Dato' Ramly
PenerbitDatin Zaiton Muhd Jiwa
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Astro Maya HD
Siaran asal24 Februari 2016 – 6 Mac 2016
Kronologi
MengikutiMemori Cinta Suraya
Diikuti olehAkadku Yang Terakhir

Siri ini diadaptasi daripada novel Uda & Dara karya Aisya Sofea terbitan Alaf 21 Publication.

Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, Mak Cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.[1]

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Drama Uda Dan Dara mCentralMY