Zul Ariffin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Zul Ariffin
ZUL ARIFFIN.jpg
Zul semasa gala tayangan perdana J Revolusi pada Januari 2017.
Kelahiran Zulkifli bin Ariffin
(1986-10-25) 25 Oktober 1986 (umur 30)
Taiping, Perak, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon, model, jurucakap produk
Tahun aktif 2008–kini
Terkenal kerana Rindu Awak 200%
Ketinggian 6' 0" 184cm

Zulkifli bin Ariffin[1] (lahir 25 Oktober 1986) atau lebih dikenali sebagai Zul Ariffin ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008 menerusi watak pembantu lakonannya dalam siri drama Astro Ria, Awan Dania dan kemudiannya beralih ke peranan utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran di RTM, Gerak Khas sehingga drama itu direhatkan pada 2011. Beliau membuat kemunculan filem pertamanya menerusi watak Inspektor Zam dalam filem Evolusi KL Drift 2 pada 2010.

Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Ayda Jebat dalam Rindu Awak 200% yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Kejayaan drama ini membawa gandingan kali kedua beliau bersama Ayda menerusi drama M.A.I.D di Astro Ria. Menerusi Festival Filem Malaysia ke-26, beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki menerusi persembahannya dalam filem Penanggal.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Zul Ariffin berdarah kacukan Melayu dan Belanda, dilahirkan pada 25 Oktober 1986 di Taiping, Perak dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Bercita-cita untuk menjadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia tetapi malangnya beliau tidak layak disebabkan kecederaan patah di bahu. Beliau meninggalkan kampung halamannya di Taiping bagi mencari kerja di ibukota Kuala Lumpur dan ditawarkan bekerja sebagai barista di sebuah kafe di ibu negara, pada usia 18 tahun.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bakat beliau dikesan oleh seorang pencari bakat dan mula muncul di iklan-iklan di televisyen. Beliau mendapat peranan lakonan pertamanya pada 2008 menerusi drama Awan Dania lakonan Scha Al-Yahya. Pada 2009, beliau memegang watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam drama Gerak Khas arahan Yusof Haslam, bagaimanapun, 'jodoh' beliau bersama Gerak Khas tidak berkekalan apabila drama itu “diberhentikan” dua tahun kemudian. Zul melangkah ke layar lebar dengan membintangi filem cetera sulung lakonannya, Evolusi KL Drift 2 arahan Syamsul Yusof yang mana beliau memegang watak sebagai Inspektor Zam, bersama Remy Ishak sebagai Inspektor Kamal, filem ini ditayangkan pada 25 Mac 2010 hingga kejayaan popular.

Selepas Gerak Khas "ditamatkan" dengan episod terakhirnya disiarkan pada 22 Julai 2011, beliau membintangi drama Nora Elena bersama pelakon jelita Siti Saleha yang disiarkan di Slot Akasia TV3, beliau dikatakan telah mengalami kesuraman pada 2012, pada ketika beliau mencapai berat badan. Selain itu, beliau tidak menerima tawaran kerja selama setahun setengah. Pada 2013, Zul berlakon dalam satu-satunya drama TV lakonannya pada tahun itu, Luluhnya Sebuah Ikrar bersama Sara Ali dan Ryzal Jaafar.

Bekerja di bawah arahan pelakon senior Ellie Suriati, Zul berlakon dalam filem keduanya – filem seram berjudul Penanggal bersama Fasha Sandha dan diikuti oleh filem ketiga lakonannya, Bikers Kental bersama Awie, Zizan Raja Lawak dan Bront Palarae yang ditayangkan pada 23 Mei 2013. Beliau kembali ke bidang lakonan dan ternyata kemunculan semulanya membuahkan hasil apabila membintangi Rindu Awak 200%[2] bersama pelakon dan penyanyi yang sedang meningkat naik, Ayda Jebat yang melakonkan watak Armell Aisya, dan Zul memegang watak sebagai Zill Faezrul Iqba, drama ini disiarkan di TV3 dari 15 Julai hingga 1 September 2014.[3] Profil Zul sebagai pelakon bertambah teguh apabila beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 menerusi persembahan cemerlangnya dalam filem Penanggal, sekaligus menewaskan pelakon lain termasuk Karl Shafek (Zaiton Ceritaku), Shukri Yahaya (Ular) dan Syazwan Zulkifli (Juvana).

Pada tahun yang sama, beliau memegang peranan sebagai Airil dalam siri televisyen waktu perdana Slot Akasia TV3, Istikharah Cinta bersama heroinnya, Faye Kusairi yang memegang watak sebagai Dina Alia, seterusnya melakonan watak ketua mafia dalam filem aksi Balistik (filem) bersama pelakon utamanya, Rosyam Nor dan Rita Rudaini. Pada 2015, beliau memenangi kategori Pelakon TV Meletop di Anugerah MeleTOP Era 2015 menerusi lakonannya dalam Rindu Awak 200%.

Pada 2017, filem terbaru lakonannya, J Revolusi ditayangkan di pawagam pada 2 Mac, beliau memegang watak sebagai Jay Zulkarnain, seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK).[4] Zul dilaporkan telah membeli motosikal jenama Ducati Hypermotard untuk digunakan dalam beberapa babak aksi dalam filem berkenaan.[5][6] Beliau berlakon bersama Nur Fathia menerusi drama Menanti Februari yang disiarkan di TV3, mengisahkan tentang tiga rakan karib iaitu Arie, Fiza dan Edi bersama-sama menaruh hati terhadap Fiza.[7]

Peranan lain[sunting | sunting sumber]

Populariti Zul Ariffin dalam bidang lakonan juga mendapat perhatian pelbagai produk berjenama di mana beliau berkhidmat sebagai duta dan jurucakapnya. Antara produk yang pernah diendorskan oleh beliau ialah Fisherman’s Friend, Nescafe (bersama Maya Karin) dan Senheng. Beliau kini dilantik sebagai duta bagi syarikat automotif negara, PROTON.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan peribadi beliau banyak diperkatakan oleh media kerana sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan pelakon seangkatannya dalam Gerak Khas, Abby Abadi ketika pelakon itu terjejas dengan perceraiannya dengan Norman Hakim pada 2009, bagaimanapun hubungan mereka berakhir pada 2012 dan masing-masing membawa haluan. Beliau dikaitkan pula dengan Gayatri Su-Lin Pillai, seorang penerbit filem terkenal dan bos syarikat Tayangan Unggul dan dikatakan sering berhubungan dengan penerbit filem itu dan hubungan mereka juga tidak kesampaian, Zul memilih untuk memutuskan perhubungannya dengan Gayatri yang masih membujang dan belum berkahwin.[8]

Pada 2015, beliau dikhabarkan menjalin hubungan dengan pelakon baru Zahirah MacWilson. Walau bagaimanapun beliau lebih suka tidak bercerita berkenaan hal peribadinya berbanding dengan karier seninya.[9][10][11]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian
2008 Awan Dania Astro Ria
2009-11 Gerak Khas Inspektor Ashraf TV2
2011 Nora Elena TV3
Hilang TV3
2012 Luluhnya Sebuah Ikrar TV9
2013 Kasih Bersulam Daun Palas ASTRO
Debunga Lalang TV3
Janji Adam TV3
Aira Airil TV1
Sangkar TV9
2014 Jodoh Itu Milik Kita ASTRO
Rindu Awak 200% TV3
Istikharah Cinta TV3
2015 M.A.I.D. Astro Ria
Mr. London Ms. Langkawi Aidid Sensasi
2016 Uda & Dara ASTRO
2017 Menanti Februari[12] Daniel Azrie TV3 :Slot Samarinda

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian
2010 Evolusi KL Drift 2 Inspektor Zam Skop Productions, Grand Brilliance
2012 Penanggal Tayangan Unggul
2013 Bikers Kental Astro Shaw
2014 Balistik Ketua mafia
2017 Permata Hati (filem televisyen) Aizuddin Nusantara Gems Sdn. Bhd
J Revolusi Jay Zulkarnain Infinitus Production, Grand Brilliance
Tombiruo - Penunggu Rimba Tombiruo Ideate Media, Astro Shaw, Layar Sunan, Karangkraf

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian
2011 Mendongak ke Langit
Hatiku Di Kinabalu Anuar
Sayang Abah Along Astro Prima
2013 Mr. Feminin Fahmi TV9
Kabin Di Tepi Tasik ASTRO
Mimpi Fara TV9
2014 Panik Astro First
Kemaafan Terindah TV1
Hati Untuk Siapa Astro Prima
Habibah vs Baby TV9
2015 Rindu Awak 200% Raya Zill Faezrul Iqba TV3
Cik Paris Diva Kampung Rahim ASTRO
Lokum Untuk Mama TV9
Lilinkah Aku Cameo TV9
2016 M.A.I.D Pun Nak Raya ASTRO
Lara Hadi TV2

Endorsmen[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Menang
Anugerah Skrin 2014 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) Dicalonkan
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Pelakon TV MeleTOP Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Pelakon Filem Lelaki Popular Dicalonkan
Pelakon TV Lelaki Popular Menang
Gandingan Serasi Di Layar (bersama Ayda Jebat) Menang
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 Pelakon Drama Lelaki Pilihan Menang
Hero & Heroin Pilihan (bersama Ayda Jebat) Dicalonkan
2016 Anugerah Telenovela 2016 Pelakon Lelaki Popular Dicalonkan
Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Menang
2017 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 Pelakon Filem Lelaki Popular Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]