Eyka Farhana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eyka Farhana
Kelahiran
Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi

(1995-02-03) 3 Februari 1995 (umur 29)
PekerjaanPelakon, pengacara, model, penyanyi
Tahun aktif2010–kini
EjenA Klasse Management Sdn. Bhd. (2015-2017)[1]
Mind Order Sdn. Bhd. (2017-kini)
Ketinggian151 cm (4 ka 11 in)
SaudaraDyba Farhana Wan Sarmizi (adik)
Wan Anis Farhana Wan Sarmizi (kakak; meninggal dunia)

Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi (lahir 3 Februari 1995) atau lebih dikenali sebagai Eyka Farhana merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2010 dan terkenal dengan drama TV lakonan termasuk Juvana, Bunga-Bunga Syurga, Ema Emyliana dan Istikharah Cinta.[2] Selain itu, wajahnya dikatakan agak seiras dengan pelakon Fazura.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi pada 3 Februari 1995 di Ampang, Selangor dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik dan berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[4]

Kakak sulungnya, Wan Anis Farhana yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), meninggal dunia pada 23 Ogos 2017 pada usia 24 tahun.[5] Selain itu, beliau menjadikan pelakon Fazura sebagai idolanya dalam bidang lakonan.[6][7]

Eyka dikejarkan ke hospital pada 15 Mei 2019, dipercayai mengalami kesakitan di bahagian perut. Beliau menerima rawatan di sebuah hospital swasta dan selesai melakukan ujian ultra bunyi.[8] Eyka membuat keputusan untuk menangguhkan pembedahan yang sepatutnya dilakukan bagi mengubati masalah kesihatan dihadapi di bahagian perut. Ia dilakukan atas kebenaran pihak doktor bagi membolehkan beliau menghabiskan penggambaran drama Checklist Mr. Right.[9]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada usia 15 tahun, beliau mula menerjah ke bidang lakonan pada 2010 dengan hasrat untuk membantu keluarganya.[10] Bakat beliau mula dikesan sebaik saja melakonkan watak tambahan dalam drama TV3, Gemilang. Eyka membintangi drama Juvana yang juga bersiaran di TV3, beliau memegang watak sebagai Nadia, seorang pembantu kantin di Sekolah Juvana Wira Bakti. Beliau juga terkenal dengan melakonkan dua watak eponim dalam siri drama Ema Emyliana, selain itu beliau turut berbakat dalam pengacaraan apabila mengacarakan rancangan travelog Pada Suatu Ketika di TV1.[11] Biarpun seringkali dikecam kerana berpenampilan yang terlalu seksi, namun itu tidak menghalang Eyka untuk terus berjaya dalam bidang lakonan.[12][13]

Kerjaya muzik Eyka bermula dengan pelancaran single pertamanya, "Laki-Laki" dikeluarkan pada 28 Jun 2019.[14][15]

Ia telah diumumkan pada September 2019 yang beliau kembali menjayakan filem Polis EVO 3 arahan Syafiq Yusof. Turut kembali beraksi dalam filem itu ialah Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Nora Danish.[16] Pada tahun 2020, Eyka berlakon bersama Yuki Kato, Anya Geraldine, Valerie Thomas dan Shindy Huang dalam Pretty Little Liars yang disiarkan di Viu pada 22 April 2020 dengan memegang watak sebagai Ema.[17] Bagaimanapun, beliau hanya berlakon dalam musim pertama sahaja dan meninggalkan siri itu tidak lama selepas itu.[18][19]

Beliau berlakon di samping Anna Jobling dan Meerqeen dalam Melur Untuk Firdaus musim kedua dengan melakonkan watak sebagai Mawar.[20]

Peranan lain[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2017, Eyka bersama Aiman Hakim Ridza, Maria Farida dan Anne Abdullah dilantik sebagai Duta Habib Jewel Syawal. Beliau bertanggungjawab untuk mempromosikan koleksi barang kemas Habib sempena Hari Raya Aidilfitri.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada September 2017, satu penyebaran rakaman video lucah yang mengaitkan beliau menjadi tular di media sosial.[21] Rakaman video tersebut mendapat lebih daripada 11 ribu tontonan di YouTube, Eyka membuat laporan polis berhubung kes itu.[22][23]

Beliau sekali lagi menjadi subjek kemarahan umum apabila gambarnya bercumbu dengan pelakon Janna Nick menerima kecaman warganet yang menyifatkan mereka seolah-olah mempromosikan LGBT.[24][25]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2015 Jengka Aqish Filem pertama
Polis EVO Yati
Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan[26] Nadia
2016 Juvana 3: Perhitungan Terakhir
2021 Selamat Hari X Jadi Puteri
2022 Autumn in Wales Aira
2023 Polis EVO 3 Yati Pelakon tambahan
2024 Anak Perjanjian Syaitan 2 Azlinda
Jangan Lupa Aku Cinta Padamu
Safari Mall Farah

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Habil & Qabil Maria (15 tahun) TV3 Drama pertama
2011 Gemilang Pelakon tambahan
Juvana Nadia
Ramadhan Terakhir Anna
2012 Naik Lif Turun Tangga Suhaila
Bunga-Bunga Syurga Emilia
Mencari Atirah TV1
Citra Juwita Juwita TV9
2013–2015 Ema Emyliana Ema / Emyliana TV3
2013 Rumah Kedai Siti Saleha
Asmara Luna Rania
2014 Istikharah Cinta Atikah
Papa Chef Aina TV1
2016 Uda Dan Dara Nija Astro Prima
Bodyguard Yasmin TV3
Cinta Macarons Alin TV2
Ketupat Palas Mr. Handsome Umi TV3
Atok VS Opah Nak Raya Mila TV1
2017 Sumpah Ibu Suraya TV9
Bahagia Kasihmu Tasnim TV3
Kisah Yang Hilang Suri Bakawali
Red Velvet Kila Astro Ria
2018 Halalkan Hati Yang Ku Curi Eyka TV3
Air Mata Di Bumi Matador Paloma TV2
Banteras Astro Ria
2019 Disisimu Aku Nurin Saqeena Salam HD
Sara Kirana Elly TV1
Bukan Cinta Aku Nida TV3
Nota Buat Cempaka Cempaka Elina TV1
Dia Adelia Adelia TV Okey
Cerita Hantu Asrama Tasha Astro Prima
2020 Budak Tebing Munira @ Ira TV3
2021 Budak Tebing 2
Hello, Jangan Tapau Cintaku Ann Dayana
Checklist Mr. Right Nina Suraya
Serikan Hatimu (Musim 3) Eyka
2021–2022 Dukun Diva Lola (Norlela Hashim) Astro Citra
2022 Bila Hati Memilih Dia Adra Zulaikha TV3
Melodi Raya: MELO'DRAMA'DI Raya Yasmin Undangan khas
Dak Dak Ofis Afifah Farhana Awesome TV
Budak Tebing 3 Munira @ Ira TV3
2023 Melur Untuk Firdaus 2 Mawar

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Sejadah Kaabah Izah TV3
Nur Ain Ain
2012 Jatuh Cinta Tasha
Puteri Pulau Tuba Ain TV2
Diba Benci Abah Diba Astro Ria
Miang Buluh Keladi Birah Fara TV3
2013 Laksam Girl Dahlia Astro Ceria
Anak Lorong Watie TV3
Akhirnya Kisah Perempuan Elina TV2
Super Gameboy Raihana Astro Ceria
Pengancam Perkahwinan Ariana (remaja) Astro Ria
2014 Aising Dan Ceri TV1
Dia Ayahku TV AlHijrah
Kakak Yanti TV3
Aki Bangku TVi
2015 Mahar Cinta Alia Natasha TV3
Aku Mahu ke New York 1 Fazura Astro Ceria
Aku Mahu ke New York 2
2016 Menanti Pelangi Intan TV1
Bujang Terlajak Senang Mastura TV9
Minit Terakhir Syakila
Ustaz Korea Sebelah Rumah Natrah Astro Ria
Qaseh Leyla Leyla TV2
Sepatu Tinggi Medina Medina HyppTV
2017 Tesis Cinta Untuk B Baby TV2
2018 Roni World Cup Wani Astro Warna
Romeo vs Juliet Julie NTV7
Kembalikan Sinarnya Julia TV3
Pengantin Lari Culik Artis Shanie Astro Citra
2019 Kau Selalu Dihatiku Lina TV1
Batik Zakiah Zakiah (muda) TV3
Terkoyak Langit Cinta Julia
Suka Dia Ya Suka Dia Tak Dani
Kerana Husna TV2
2020 #SOKAMPUNG Khalisha TV3
Romeo Gagap Ina TV1
2021 Maulidur Rasul Datang Lagi Felora TV3
2022 Hantu Balik Pagi Rose/Mas Astro Citra

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Pada Suatu Ketika Pengacara TV1
2016 Dalang Prank Artis jemputan Astro Warna
2017 Jalan-Jalan Bazaar Ramadan TV1 Episod 1
2020 Sepahtu Reunion Live Hawa Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Penghujung Rindu"
2021 Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom Artis jemputan TV1
2023 Melodi TV3

Web Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2018 Ghaib Jessica Tonton
2020 Pretty Little Liars Indonesia Siti Halima @ Ema Viu

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk
2019
"Laki-Laki"

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Karya tercalon Keputusan
2019 Anugerah Skrin 2019 Pelakon Wanita Terbaik Drama Dirinya sendiri Batik Zakiah Tercalon
2020 Asian Academy Creative Awards 2020 Pelakon Utama Wanita Terbaik Pretty Little Liars Indonesia Menang
2023 Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 Pelakon Wanita Popular Bila Hati Memilih Dia Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaidi Mohamad (23 September 2015). "Artis ternama sertai pengurusan A Klasse". Berita Harian. Dicapai pada 2015-10-01.
  2. ^ "Biodata Eyka Farhana, Artis Remaja Tercantik Malaysia". Azhan.co. 17 Mei 2016. Dicapai pada 1 Jun 2016.
  3. ^ Siti Athirah Dzulkifly (10 Mei 2015). "Saya pernah buat silap - Eyka Farhana". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2015-05-10.
  4. ^ Mohamad Azrul Mohd Radi (9 September 2016). "Dulu tak mesra". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2016-09-10.
  5. ^ Wani Arifin (29 Ogos 2017). "Kakak Eyka Farhana meninggal dunia". Media Hiburan. Dicapai pada 2017-09-10.
  6. ^ Norhayati Nordin (29 Julai 2017). "Eyka jadikan Fazura idola". Harian Metro. Dicapai pada 29 Julai 2017.
  7. ^ Norhayati Nordin (13 Ogos 2017). "Eyka mahu contohi Fazura". Harian Metro. Dicapai pada 13 Ogos 2017.
  8. ^ Rudy Imran Shamsudin (15 Mei 2019). "Eyka Farhana dikejarkan ke hospital". Harian Metro. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  9. ^ Rudy Imran Shamsudin (27 Mei 2019). "Eyka tangguh pembedahan". Harian Metro. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  10. ^ Norhadiani Baharom (27 Mac 2012). "Eyka usaha bantu keluarga". Rentak Artis Popular (RAP). Harian Metro. Dicapai pada 17 Mei 2020.
  11. ^ Budiey (25 Disember 2015). "Eyka Farhana cabar diri jadi hos Pada Suatu Ketika". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2016-01-01.
  12. ^ Arina Azlan (14 September 2016). "Garis matang Eyka Farhana". Kosmo!. Dicapai pada 2016-09-15.
  13. ^ "Eyka Farhana komited bina portfolio". Kosmo!. 20 Disember 2014. Dicapai pada 25 Disember 2014.
  14. ^ Sudirman Mohd Tahir (3 Julai 2019). Tampil sisi berbeza - Eyka Farhana Harian Metro. Dicapai pada 18 Ogos 2019.
  15. ^ Feride Hikmet Atak (4 November 2019). "Bimbang nyanyian dikecam, Eyka Farhana masuk kelas vokal". Berita Harian. Dicapai pada 24 Mac 2020.
  16. ^ Rudy Imran Shamsudin (3 Disember 2019). "Tidak letak harapan tinggi". Harian Metro. Dicapai pada 7 Disember 2019.
  17. ^ Fatin Farhana Ariffin (3 Jun 2020). "Eyka makin popular di Indonesia". Berita Harian. Dicapai pada 17 Mei 2021.
  18. ^ Syafil Syazwan Jefri (15 Jun 2021). "Eyka Farhana terpaksa lepaskan 'Ema'..." Harian Metro. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  19. ^ "Eyka Farhana lepaskan tawaran berlakon di Indonesia". Kosmo!. 16 Jun 2021. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  20. ^ Afiqah Azizan (3 Mac 2023). "Eyka Farhana Jayakan Watak Baharu Dalam 'Melur Untuk Firdaus 2'". XTRA. Dicapai pada 17 Mac 2023.
  21. ^ Syahirah Mokhtazar (29 September 2017). "Actress Eyka Farhana is falsely scandalised in a sex video". New Straits Times. Dicapai pada 2016-09-10.
  22. ^ Rudy Imran Shamsudin (7 Oktober 2017). "Eyka Farhana serius pertahan maruah". Harian Metro. Dicapai pada 25 Oktober 2017.
  23. ^ Syahirah Mokhtazar (3 Oktober 2017). "Actress Eyka Farhana files police report over alleged sex video". New Straits Times. Dicapai pada 25 Oktober 2017.
  24. ^ Annie May (30 Oktober 2018). "Photo of Janna Nick & Eyka Farhana Sparked Controversy, Said To Promote LGBT". Hype Malaysia. Dicapai pada 7 November 2018.
  25. ^ "Eyka Farhana, Janna Nick dikecam gara-gara sekeping gambar". Sinar Harian. 1 November 2018. Dicapai pada 7 November 2018.
  26. ^ Angelin Yeoh (25 November 2015). "Eyka Farhana, the accidental actress of Juvana 2". Star2. Dicapai pada 1 Disember 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]