Akadku Yang Terakhir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Akadku Yang Terakhir ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Amie Maziah terbitan Global Station Sdn Bhd.Drama ini turut dibintangi oleh Amar Baharin, Tiz Zaqyah , Nina Nadira , Fikhree Bakar , dan ramai lagi. Siri ini diadaptasi dari novel tajuk yang sama hasil tulisan Acik Lana .Siri ini memulakan tayangan perdana di Astro Prima bermula 6 April 2016 bagi menggantikan Uda dan Dara. .

Akadku Yang Terakhir
GenreCinta
Drama
Konflik
PengarahAmie Maziah
Dibintangi oleh
Amar Baharin
Tiz Zaqyah
Nina Nadira
Fikhree Bakar
Lagu pembukaan"Setia" by Faizal Tahir
Lagu penutup"Setia" by Faizal Tahir
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod43
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Adilla Dato' Ramly
Zetty Alia Dato' Ramly
PenerbitDatin Zaiton Muhd Jiwa
Tempoh siaranIsnin - Jumaat, 6 petang.
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima (Slot Tiara)
Siaran asal6 April 2016 – 3 Jun 2016
Kronologi
MengikutiUda & Dara
Diikuti olehCinta 11 Syarat

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Setelah mengalami kegagalan perkahwinan sebanyak tiga kali, Irham Zahri dipaksa oleh bapanya untuk mendapatkan rawatan terapi bersama pakar psikoterapi. Lalu menemukan dia dengan seorang Pakar Psikoterapi bernama Rania Baheera. Irham yang tidak dapat menerima Rania sebagai doktor rawatannya, enggan memberi kerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur. Malah dia cuba merasuah Rania untuk memalsukan laporan dan membuat rancangan untuk mengenakan Rania.[1]

Hari demi hari hubungan mereka semakin rapat lebih-lebih lagi bila Rania mengambil keputusan untuk mengikut Irham ke. Melaka selepas kecewa dengan berita perkahwinan kakak kesayangannya dengan Fazriq, abang angkat yang dicintainya dalam diam.

Irham mula ada perasaan cinta pada Rania namun dia cuba menindakkannya apabila Rania berbohong mengatakan bahawa dia sudah berkahwin. Suatu hari pembohongan Rania terbongkar. Lalu Irham terus berusaha untuk memikat hati Rania. Akhirnya, Rania yang mula jatuh cinta menerima lamaran Irham. Sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir.

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq yang membuat Irham cemburu. Irham mula berkasar dengan Rania. Keluarga mereka pula mula campur tangan mengusutkan lagi keadaan.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]