Dadah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Drug)
Lompat ke: pandu arah, cari
Morfine.png
Struktur molekul Morfina

Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau menguba suai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).[perlu rujukan]

Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.


Dadah boleh dibahagi kepada beberapa jenis: