Elaine Daly

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Elaine Daly
Kelahiran (1977-01-17) 17 Januari 1977 (umur 45)
Pekerjaan
Tahun aktif1998–kini
PasanganDr. Nick Boden (2014–kini)
Anak-anak
  • Eva Jean Boden
  • Mia Alice Boden

Elaine Daly (lahir 17 Januari 1977) ialah seorang pelakon, pengacara televisyen, peragawati dan peguam Malaysia. Beliau yang berketurunan Serani ini (bapanya seorang Serani, ibunya berketurunan Peranakan Cina) pernah merangkul gelaran naib juara Miss Malaysia World 1998 dan juara Miss Malaysia Universe 2003.

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 17 Januari 1977 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Ketika berusia 19 tahun, Daly mengambil jurusan perundangan sambil menceburi bidang permodelan secara sambilan. Setelah tamat pengajian bersama ijazah di tangannya, beliau berputus untuk memasuki persada hiburan sepenuh masa.

Pada tahun 1998, Daly menjadi jurucakap ZA Cosmetics, dan pada tahun seterusnya, menyertai kursus lakonan di Actors' Studio. Pada tahun 1999 beliau merangkul gelaran naib juara Miss Malaysia World.

Pada tahun 2001, bermulanya kerjaya lakonan Daly di pentas dan kaca televisyen. Beliau memegang peranan watak utama di drama pentas Tea di Instant Café Theatre, serta ditampilkan dalam siri televisyen Getting Together, Private Eye, dan Buddies pada tahun yang sama, diikuti dengan kemunculan di Kopitiam, Menyamar Sutradara, Chicks dan Each Other pada tahun berikutnya.

Tahun 2002 juga menyaksikan beliau mengacara rancangan Money Tree, Awas (TV3) dan Technokids (RTM 2).

Pada tahun 2003, Daly muncul buat julung kali dalam filem melalui judul-judul Di Ambang Syurga dan X-Wave. Pada tahun inilah beliau memakai tiara Miss Malaysia/Universe lalu mewakili Malaysia ke Miss Universe di Panama. Pada tahun 2004 pula, beliau menyertai baris pelakon utama dalam Astana Idaman (Astro RIA). Pada tahun 2006, Daly memutuskan untuk meninggalkan persada hiburan untuk mengejar kerjaya perundangan. Pada 21 Jun 2007, akhirnya beliau dimasukkan ke Badan Peguam melalui satu upacara di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Namun begitu, beliau masih memegang kepentingan dalam bidang hiburan.[1]

Pada tahun 2007, Daly merupakan salah seorang pengacara "The Breakfast Show" di ntv7.

Pada tahun 2010, Daly membintangi drama arahan Bernard Chauly "Apa Dosaku" yang berkisahkan tentang Sybil Kathigasu, seorang pejuang tanahair yang juga merupakan nenek saudara beliau sendiri.

Pada 4 Disember 2014, Daly berkahwin dengan seorang doktor dari Afrika Selatan, Nick Boden pada satu majlis kecil-kecilan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Pasangan itu kemudian disambut dengan keluarga dan rakan-rakan dalam satu majlis di Genting Highlands, Pahang pada hujung minggu. Elaine kelihatan menakjubkan pada hari besar mereka, memakai busana ciptaan Khoon Hooi dan tudung (veil) yang berusia 41 tahun milik ibunya.

Pada awal tahun 2016, Daly telah dilantik sebagai pengarah (National Director) Miss Universe Malaysia Organization yang baru berikutan dengan perletakan jawatan bekas pengarah sebelumnya iaitu Carey Ng. Pada tahun lalu, Carey Ng menerima banyak kritikan yang negatif daripada peminat pertandingan ratu cantik di Malaysia termasuk pakar kecantikan dari Perancis, Inès Ligron, atas kemenangan Miss Universe Malaysia 2015, Vanessa Kumares. Apabila sudah dilantik menjadi National Director, beliau membantu Kiran Jassal (Miss Universe Malaysia 2016) dalam mempersiapkan diri untuk Miss Universe 2016 yang berlangsung di Filipina pada 30 Januari 2017.[2][3]

Sepanjang kariernya sebagai National Director Miss Universe Malaysia dari 2016 sehingga kini beliau sering mendapat kritikan yang negatif daripada pengikut dan pencinta pertandingan ratu cantik bukan sahaja di Malaysia,malah di luar negara kerana tidak membuat sebarang perubahan dan kemajuan terhadap strategi untuk mendapatkan tempat sebagai finalis 20 teratas di pertandingan Miss Universe. Kedegilannya dan sifat ego yang besar amat sukar buat dirinya untuk menerima pandangan dan pendapat dari para pengikut pertandingan ratu cantik,malah beliau juga khabarnya agak sukar menerima pandangan daripada staf-staf di organisasi Miss Universe Malaysia itu sendiri. Hal ini kerana semenjak dari tahun 1971 sehingga kini wakil ratu cantik dari Malaysia masih belum mendapat tempat sebagai finalis 20 teratas di Miss Universe buat yang ke-50 tahun berturut-turut. Sehubungan dengan itu, ramai pengikut pertandingan ratu cantik menggesa beliau untuk menarik diri dari menjadi National Director kerana berasakan kepimpinan beliau sudah tidak lagi relevan dengan ideologi terkini organisasi Miss Universe yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Sikap narsisistik dan acuh tak acuh beliau amat melumpuhkan dan menjejaskan prestasi wakil ratu cantik dari organisasi Miss Universe Malaysia. Hal ini amat membimbangkan industri ratu kecantikan di negara kita kerana Miss Universe adalah pertandingan ratu cantik yang paling berprestij di dunia,tetapi di Malaysia pucuk kepimpinan dan pengurusan organisasi Miss Universe Malaysia ibarat "melepaskan batuk di tangga" dan bagai "telur di hujung tanduk".

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen
  • Tea (2001)
  • Getting Together (2001)
  • Buddies (2001)
  • Kopitiam (2002)
  • Menyamar Sutradara (2002)
  • Money Tree (2002)
  • Awas (2002)
  • Technokids (2002)
  • Chicks (2002)
  • Each Other (2003)
  • 5 Jingga (2008)
  • The Breakfast Show (2009)
  • Bella (2011)
  • What If (2013)
  • Permata Hatiku (2017)
Filem

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

[[Kategori:Orang Peranakan]