Pergi ke kandungan

Peranakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peranakan
ڤرانقن
Etnik Peranakan
Kawasan ramai penduduk
Malaysia (Melaka(asal) , Penang , Kelantan , Terengganu) ,Singapura, Thailand (Phuket dan Ranong) , Indonesia (Kepulauan Riau , Bangka Belitung , Medan , Tangerang dan Batavia) dan Borneo (Brunei ,Sabah , Sarawak , Kalimantan)
Bahasa
Bahasa Melayu Baba , Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia , Bahasa Sabah , Bahasa Melayu Sarawak ,Bahasa Melayu Brunei , Bahasa Inggeris , Bahasa Arab , Bahasa Kristang , Bahasa Indonesia, Bahasa Jawa, Bahasa Betawi, Bahasa Siam , Bahasa Thai Selatan
Agama
Buddha Mahayana, Kristian, Konfusianisme, Taoisme, Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Peranakan Cina, Peranakan India, Baba Nyonya, Chetty , orang Kristang , Jawi Peranakan , Peranakan Arab, Peranakan Samsam , Peranakan Tatana , Peranakan Sino , Baba Yaya , Kiau Seng , Cina Malaysia , Cina Thai, Cina Singapura, Tionghoa Indonesia

Peranakan

[sunting | sunting sumber]

Peranakan ialah istilah yang digunakan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 untuk merujuk kepada golongan pendatang asing, terutamanya pedagang dan pelawat, yang memilih untuk menetap di Nusantara dan berasimilasi sepenuhnya dengan budaya Melayu. Istilah ini berasal daripada perkataan Tamil pira naakan, yang bermaksud "orang yang bercakap dalam bahasa asing", dan secara khusus menggambarkan individu yang lahir di tempatan tetapi bukan daripada etnik asli bumiputera.[1]

Peranakan mewakili hasil daripada perpaduan budaya antara pendatang dengan masyarakat tempatan, menghasilkan komuniti hibrid yang unik dan berpengaruh dalam sejarah perdagangan maritim Asia Tenggara. Hari ini, istilah "Peranakan" digunakan secara umum untuk merujuk kepada kumpulan seperti Baba Nyonya (Peranakan Cina), Chetti (Peranakan India), Mamak (India Muslim-Melayu), dan Kristang (Portugis-Melayu).[2]

Pada abad ke-15, Kesultanan Melayu Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang menarik pedagang dari China, India, Arab, dan Eropah.[3] Ramai pedagang memilih untuk kekal menetap di Melaka, berkahwin dengan wanita tempatan dan mengamalkan adat Melayu. Dari sinilah istilah "Peranakan" mula digunakan untuk membezakan mereka daripada pendatang sementara.[4]

Puteri Hang Li Po

[sunting | sunting sumber]

Menurut catatan dalam Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin, kisah Hang Li Po dianggap sebagai salah satu peristiwa penting dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah (memerintah sekitar 1459–1477). Baginda dikatakan telah menghantar Tun Perpatih Putih sebagai utusan ke istana Maharaja China untuk menjalin hubungan diplomatik. Sebagai tanda persahabatan antara dua kerajaan besar itu, Maharaja China telah menghadiahkan seorang puteri bernama Li Po untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah.[5][6]

Menurut versi Sejarah Melayu, Puteri Li Po tiba di Melaka bersama kira-kira 500 orang pengiringnya, terdiri daripada dayang, pengawal, dan pegawai istana China yang kemudian diberikan penempatan tetap di kawasan yang kini dikenali sebagai Bukit Cina, Melaka.[7] Di kawasan itu juga dibina sebuah perigi khas untuk kegunaan sang puteri dan pengiringnya yang kemudian dikenali sebagai Perigi Hang Li Po, yang masih wujud hingga hari ini sebagai salah satu tapak bersejarah utama di Melaka.[8]

Dalam tradisi tempatan, nama “Hang” diberikan kepada Puteri Li Po setelah beliau tiba di Melaka dan diterima ke dalam keluarga diraja, menjadikannya dikenali sebagai Hang Li Po.[9] Hubungan perkahwinan ini melambangkan persahabatan diplomatik antara Melaka dan China, serta menjadi lambang awal kepada hubungan budaya dan perkahwinan campuran yang kemudiannya melahirkan komuniti Baba Nyonya di Melaka.[10]

Kisah ini juga menjadi sebahagian penting daripada identiti sejarah negeri Melaka. Tapak-tapak seperti Bukit Cina dan Perigi Hang Li Po sering dikunjungi pelancong serta dianggap warisan yang menandakan hubungan awal antara tamadun Melayu dan China.[11]

Peranakan Cina (Baba dan Nyonya)

[sunting | sunting sumber]

Baba Nyonya ialah komuniti keturunan pedagang Cina dari wilayah selatan China (terutamanya Fujian) yang menetap di Melaka sejak abad ke-15 dan ke-16. Lelaki dipanggil Baba dan wanita Nyonya.[12]

Mereka menggabungkan adat dan bahasa Melayu dengan tradisi Cina, menghasilkan bahasa unik yang disebut sebagai Bahasa Melayu Baba.[13] Budaya Baba Nyonya terkenal dengan pakaian kebaya nyonya, rumah warisan bercorak campuran Melayu-Cina, serta masakan Nyonya seperti ayam pongteh, laksa nyonya, dan otak-otak.[14]

Banyak artifak dan rumah tradisional mereka kini dilindungi sebagai warisan dunia, seperti di Muzium Warisan Baba Nyonya, Melaka yang diiktiraf UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 2008.[15]

Peranakan India (Chetti Melaka)

[sunting | sunting sumber]

Chetti ialah komuniti keturunan pedagang Tamil dari India Selatan yang menetap di Melaka semasa zaman Kesultanan Melaka.[16] Mereka mengamalkan agama Hindu tetapi banyak adat Melayu diadaptasi, termasuk bahasa campuran Bahasa Kreol Chetti yang menggabungkan elemen Tamil, Melayu dan Cina.[17]

Kebanyakan mereka menetap di Kampung Chetti, Gajah Berang, Melaka, yang masih kekal sehingga kini.[18] Mereka mengekalkan tradisi seperti perkahwinan 12 hari, upacara Bhogi, dan sambutan perayaan Hindu dengan pengaruh tempatan.[19]

Warisan Budaya

[sunting | sunting sumber]

Budaya Peranakan menonjolkan gabungan harmoni antara Timur dan Barat. Seni bina rumah, masakan, bahasa, serta adat perkahwinan mereka mencerminkan kesinambungan antara budaya Melayu dan budaya lain.[20] Di Melaka dan Pulau Pinang, festival warisan Baba Nyonya serta muzium khas memainkan peranan penting dalam mengekalkan identiti ini.[21]

Namun, cabaran utama kini ialah kehilangan bahasa dan tradisi akibat pengaruh barat melalui liberalisme dan sekularisme yang kian menghakis.[22]

Jenis etnik Peranakan

[sunting | sunting sumber]
Nama Keturunan Bahasa Hidangan terkenal Tempat !
Baba Nyonya (Cina Peranakan) Cina Bahasa Melayu, Bahasa Baba Ayam kapitan & Laksa nyonya Melaka(asli), Penang, Terengganu, Kelantan , Sarawak & Singapura
Chetty (India Peranakan)&(Cina Peranakan) India , Cina Bahasa Malaysia, Bahasa Baba, Bahasa Chetty Pulut tartal Melaka(asli) & Singapura
orang Kristang (Serani/Papia Kristang) Portugis , Belanda , Cina , India , Melayu Bahasa Malaysia, Bahasa Kristang & Bahasa Inggeris Ikan Bakar Portugis dan pindang serani Melaka(asli), Kuala Lumpur, Penang & Singapura
Cino Kampong (Cina Peranakan Kelantan/Cino Kelate) Cina & Siam Bahasa Melayu Kelantan , Bahasa Malaysia & Bahasa Siam Kelantan
Cheng Mua Lang (Cina Peranakan Terengganu) Cina Bahasa Melayu Terengganu & Bahasa Malaysia Terengganu
Arab Peranakan (Arab-Parsi-Hadrami) Arab , Melayu Bahasa Malaysia, Bahasa Arab Nasi Penang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Melaka, Johor & Singapura
Jawi Peranakan (India Muslim dan Melayu) India , Melayu , Cina Bahasa Melayu Nasi kandar Penang(asli) & Singapura
Peranakan Samsam (Peranakan Siam-Melayu) Siam , Melayu , Cina Bahasa Melayu & Bahasa Siam Perlis , Kedah & Kuala Lumpur
Peranakan Sino (Peranakan pribumi Sabah) Cina , Kadazan , Dusun , Rungus , Sungei , Bisaya , Murut , Iban Bahasa Sabah Hinava Sabah & Brunei
Tatana Peranakan Cina , Kadazan , Dusun Bahasa Sabah Pinatung Beaufort & Kuala Penyu (Sabah)
Baba Yaya (Peranakan Selatan Thai) Cina , Siam , Melayu Selatan Thai Bahasa Siam , Bahasa Cina , Padkrapao Phuket(asli), Selatan Thailand
Kiau Seng (Peranakan Tionghoa Indo/Tionghoa selat) Tionghoa , Jawa , Orang Indo Bahasa Jawa , Bahasa Melayu , Bahasa Indonesia Jenis Soto Medan, Kepulauan Riau, Bangka Belitung, Batavia & Tangerang, Kalimantan (Indonesia)