Erul Samah
Khairul Najmuddin bin Abu Samah (lahir pada 5 Disember 1991) lebih dikenali sebagai Hyrul Mentor, kemudian Erul AF dan mulai 2015 sebagai Erul Samah.
Langkah beliau dalam arena seni bermula dengan menyertai Mentor 2009 dan membentuk kumpulan duo, EVO bersama Sani, kini lebih dikenali sebagai Hael Husaini. Mereka merupakan protégé kepada Jaclyn Victor. Pada tahun 2011, Erul yang masih menuntut di Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah menyertai Akademi Fantasia 9 dan meraih perhatian umum dengan menampilkan imej dan muzik kpop yang masih asing dalam kalangan penggemar muzik tempatan tetapi mempunyai pengikut tersendiri dalam kalangan golongan remaja.
Erul Samah | |
---|---|
Nama lahir | Khairul Najmuddin Abu Samah |
Juga dikenali sebagai | Erul Samah |
Kelahiran | Kuala Lumpur | 5 Disember 1991
Genre | Kpop, Pop, Ballad, Dance Music |
Tahun aktif | 2011 - Kini |
Syarikat rakaman | Astro Entertainment Sdn. Bhd
Rumpun Records Next Stage Music |
Akademi Fantasia 9[sunting | sunting sumber]
Pada April 2011, Erul berjaya terpilih diantara 12 pelajar yang mengikuti kelas di Akademi Fantasia Musim 9 kali ini. Namun malangnya, perjuangannya terhenti apabila beliau tersingkir di konsert separuh akhir, iaitu pada konsert minggu kesembilan berikutan undian SMS yang tidak memihak kepada beliau. Berikut adalah persembahan beliau dalam akademi;
Konsert | Lagu & Penyanyi asal | Ked. |
---|---|---|
Minggu Tirai | "I'll Be Back" nyanyian 2PM / "Kasih Tercipta" nyanyian Faizal Tahir |
- |
Minggu 1 | "Ganas" nyanyian KRU | 2 |
Minggu 2 | "Cinta Untuk Nabila" nyanyian Melissa | 2 |
Minggu 3 | "Awan Nano" nyanyian Hafiz Suip | 2 |
Minggu 4 | "Wanita Seluruh Dunia" nyanyian Projek Pistol | 4 |
Minggu 5 | "Dance Little Sister" nyanyian Terence Trent D'Arby | 5 |
Minggu 6 | "Janji" nyanyian Akim | 5 |
Minggu 7 | "Antara Hujan dan Airmata" nyanyian Dato' Sudirman | 4 |
Minggu 8 | "Bunga Angkasa" nyanyian Terra Rossa | 4 |
Minggu 9 | "Nadiku" nyanyian Sabhi Saddi | Tersingkir |
Pasca Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]
Erul sempat mengeluarkan satu single bersama Maestro berjudul Legasi Cleopatra. Dia kemudiannya mengacara program TV kanak-kanak berkenaan sains di RTM 2.
Pada tahun 2013, Erul menjadi naib johan pertandingan Kpop Star Hunt musim kedua, rancangan pencarian bakat kpop di negara-negara Jepun, Filipina, Singapura,Thailand.[1]
Selain itu, beliau juga telah membintangi drama melayu Hanbok Untuk Hanis sebagai Sung Jae yang melibatkan 13 episod yang ditayangkan di RTM 1 pada tahun 2013. Diikuti pula drama bersiri 30 episod BIB sebagai watak utama antagonis Azri, yang melibatkan pelakon hebat seperti Raja Afiq, Shah Iskandar, Ben Amir, Manggis, Ika Nabila & ramai lagi.
Pada tahun 2015, Erul telah mengikat perjanjian dengan Syarikat rakaman Rumpun Records dan setahun kemudian, mengeluarkan satu single berjudul Lebih Dari Kata. Dalam tahun yang sama, beliau dan beberapa artis Rumpun Records seperti Jes Ebrahim, Hafiz Zainal, Mohaid, Harris Alif, ROHI, Nik Qistina, Feeya Iskandar & Azeera Azizi, telah berganding bahu dan mengeluarkan single Raya berjudul Raikan Raya. Beliau kemudiannya telah meninggalkan Syarikat rakaman tersebut atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan pada tahun 2017.
Setelah mendiamkan diri selama beberapa tahun, Erul telah membentuk Syarikat rakamannya sendiri, Next Stage Music, pada tahun 2019.
Pada tahun 2020, Erul telah mengeluarkan semula single Manusia Biasa yang pernah menjadi lagu tema untuk drama melayu Hanbok Untuk Hanis yang dibintangi beliau pada tahun 2013.
Diskografi[sunting | sunting sumber]
Album Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]
- Bintang AF9 (2011)
Single[sunting | sunting sumber]
Tahun | Lagu | Album |
---|---|---|
2011 | Legasi Cleopatra | Bintang AF9 |
2015 | Lebih Dari Kata | Single |
2020 | Manusia Biasa | OST Drama Hanbok Untuk Hanis |
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Program Television[sunting | sunting sumber]
- Akademi Fantasia Musim 9 (2011)
Drama[sunting | sunting sumber]
- Hanbok Untuk Hanis (2013)
- BIB
Peribadi[sunting | sunting sumber]
Minat Erul dalam muzik kpop turut disokong oleh abang beliau. Dalam diari AF9, abang dan peminat-peminatnya membuat flash mob di luar rumah kaca tempat peserta AF9 berlatih, dengan dilatari lagu Super Junior.
Mereka juga sempat mengusahakan kedai menjual pakaian dan cenderamata yang berkonsepkan Kpop.
Erul memperlahankan karier seninya kerana kematian bapa tercinta pada 2014.
Kini, nama Erul Samah tiba-tiba menjadi sebutan semula apabila aktif meninggalkan komen di beberapa 'page' di laman Instagram. Erul kini mendapat gelaran 'Raja Komen' .
Oleh kerana populariti yang meningkat naik, muncul pula page 'haters' dikenali sebagai @erulsamahhaters yang tidak senang dengan aktiviti Erul yang aktif meninggalkan komen di Instagram. Walaubagaimanapun, Erul sudah pun memaafkan semua 'haters' tersebut.
Sumber[sunting | sunting sumber]