Harris Alif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Harris Alif
Kelahiran
Nor Harris Alif bin Nor Rashidi

(1999-09-02) 2 September 1999 (umur 22)
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara, model
Tahun aktif2006–kini
PasanganIntan Ladyana (k. 2021)[1]
Anak1
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Universal Music
Rumpun Records

Nor Harris Alif Nor Rashidi (lahir 2 September 1999) merupakan penyanyi, pengacara dan pelakon Malaysia. Harris adalah juara program Idola Kecil musim 3 pada 2010. Mula berlakon dalam Kelab Idola pada tahun 2010.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mula menceburi bakat dalam program Idola Kecil 3. Selain itu, beliau juga mempromosikan baju hasil daripada Harris Alif by Chemboja.

Single pertama ialah Kisah Yang Terindah dan single kedua ialah Akulah Pelindungmu oleh Rumpun Records. Harris Alif juga antara artis yang mendendangkan lagu Raikan Raya pada tahun 2016.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Februari 2021 beliau telah menamatkan zaman bujangnya dengan menikahi pelakon popular Intan Ladyana. Mereka telah selamat dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Muhammad Alzan Marukum selaku wakil wali yang juga adalah merupakan Penolong Pengarah JAWI dengan majlis akad nikah yang berlangsung mengikuti peraturan SOP yang sangat ketat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada hari jumaat jam 10 pagi. Menurut Harris tarikh sebenar akad nikah mereka sepatutnya adalah 6 Februari 2021 iaitu pada keesokan harinya namun majlis terpaksa diawalkan sehari disebabkan mereka terpaksa mengikuti jadual kerja JAWI pada ketika itu.[2]

Isterinya, Intan mengumumkan telah hamil cahaya mata sulung pada Ogos 2021. Beliau dan isterinya, Intan disahkan positif COVID-19 dan telah menjalani perintah kuarantin kendiri pada Disember 2021.[3][4]

Beliau dikurniakan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 31 Januari 2022.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Kelab Idola TV9
2011 Sunat 21 RTM
Maafkan Kami
2012 Misteri Buluh Lemang
2013 Geng Bas Sekolah (Musim 5) Astro Ceria
Lembayung Kasihmu RTM
2013-2015 Ema Emyliana Joey TV3
2014 Bila Chacha Masuk Asrama
2015 Destinasi G4 Harris TV9
2015-2016 BoBoiBoy (Musim 3) Kapten Kaizo TV3 Suara

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Aku, Kau & Dia
Bola Kampung The Movie Azizul Suara

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Si KIjang Merah Ammar TV3 Penyokong Pasukan Kelantan FA

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
Berita Adik TV9
The V-Squad ntv7
Chichi & Chacha Astro Ceria
4 Teman
Bananana Squad
Generasi Z TV3
2015 Lari: Misi Mr. X Peserta TV9
2020 M-Pop Pengacara TV3
2021 Raya bersama Harris & Intan Astro Ria

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
Kisah Yang Terindah
Akulah Pelindungmu
Pencinta

Kedutaan[sunting | sunting sumber]

  • Steadler Malaysia – Erra Art Club Power of Ten Cent oleh Korea Global Peace
  • Harris Alif by Chemboja

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Juara Bintang Kecil RTM (2009)
  • Juara Idola Kecil 3 TV9 (2010)
  • Tempat ketiga Idola Kecil Ultra TV9 (2015)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (5 Februari 2021). Harris Alif, Intan Ladyana selamat bernikah, tangguh dulu majlis resepsi Harian Metro. Dicapai pada 5 Februari 2021.
  2. ^ Nur Asyikin Mayidin "Intan Ladyana kini sah isteri Harris Alif, akad nikah berlangsung ikut SOP di JAWI." [1] mstar. Dicapai pada 5 Februari 2021
  3. ^ Sudirman Mohd Tahir (23 Disember 2021). "Intan Ladyana positif Covid-19, Harris Aliff kuarantin di rumah". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2022.
  4. ^ Nur Asyikin Mayudin (23 Disember 2021). "Hamil 7 bulan, Intan Ladyana dikejarkan ke hospital selepas positif Covid-19... Suami kuarantin di rumah". mSTAR Online. Dicapai pada 13 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]