Pergi ke kandungan

Fahmi Ngah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohammad Fahmi Ngah
محمّد فهمي ڠه
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
(Hal Ehwal Islam, Industri Halal, Infrastruktur Digital & Akulturasi Sains, Teknologi dan Inovasi)[note 1]
Menyandang jawatan
21 Ogos 2023
RajaSultan Sharafuddin Idris Shah
Menteri BesarAmirudin Shari
Didahului olehZawawi Mughni
(Hal Ehwal Islam & Industri Halal)
Portfolio ditubuhkan
(Infrastruktur Digital & Akulturasi Sains, Teknologi dan Inovasi)
Kawasan pilihan rayaSeri Setia
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Seri Setia
Menyandang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehHalimey Abu Bakar
(PHPKR)
Majoriti11,331 (2023)
Maklumat peribadi
Lahir
Mohammad Fahmi bin Ngah
Parti politik Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (PH)
Tempat belajarImperial College London (PhD)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanJurutera

Mohammad Fahmi bin Ngah merupakan seorang rakyat Malaysia yang juga merupakan seorang ahli politik yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar Amirudin Shari dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Seri Setia sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam gabungan PH.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (sejak 2023)

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, gabungan pemerintah Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri Selangor dan berjaya membentuk semula kerajaan. Susulan itu, ADUN Sungai Tua Amirudin daripada PH telah dilantik semula sebagai Menteri Besar. Mohammad Fahmi kemudiannya telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor dan diberikan portfolio merangkumi Hal Ehwal Islam, Industri Halal, Infrastruktur Digital serta Pengakaran Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) oleh Menteri Besar Amirudin masing-masing pada 21 dan 23 Ogos 2023.[1][2]

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Selangor 2023

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Mohammad Fahmi telah membuat penampilan sulung dalam pilihan raya apabila beliau dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi negeri Seri Setia. Fahmi memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Seri Setia untuk penggal pertama selepas menewaskan Mohd Zubir Embong daripada Perikatan Nasional (PN), Dobby Chew daripada MUDA, dan calon bebas Harindran Krishnan dengan majoriti sebanyak 11,331 undi.[3]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Selangor[4]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2023 N32 Seri Setia Mohammad Fahmi Ngah (PKR) 32,367 58.37% Mohd Zubir Embong (PAS) 21,036 37.93% 55,453 11,331 69.00%
Dobby Chew (MUDA) 1,357 2.45%
Harindran Krishnan (BEBAS) 693 1.25%
  1. Memegang portfolio bermula pada 23 Ogos 2023.
  1. "10 sworn in as Selangor state excos, including one from Umno". Malaysiakini. 21 Ogos 2023. Dicapai pada 30 September 2023.
  2. "Selangor MB announces 10 exco portfolios, takes on five". New Straits Times. 23 Ogos 2023. Dicapai pada 30 September 2023.
  3. "Selangor polls: Official Results". New Straits Times. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 30 September 2023.
  4. "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.