Pergi ke kandungan

Amirudin Shari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amirudin Shari
أمير الدين شاعري
Potret rasmi pada tahun 2018
Menteri Besar Selangor ke-16
Menyandang jawatan
19 Jun 2018
RajaSultan Sharafuddin Idris Shah
Didahului olehMohamed Azmin Ali
Kawasan pilihan rayaSungai Tua
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Menyandang jawatan
17 Julai 2022
PresidenAnwar Ibrahim
Timbalan PresidenRafizi Ramli (2022–2025)
Nurul Izzah Anwar (sejak 2025)
Didahului olehZuraida Kamaruddin
Pengerusi
Pakatan Harapan Negeri Selangor
Menyandang jawatan
6 Mac 2020
Pengerusi KebangsaanAnwar Ibrahim
Didahului olehMohamed Azmin Ali
Pengerusi
Pakatan Harapan Negeri Pahang
Dalam jawatan
6 September 2022 – 28 Ogos 2024
Pengerusi KebangsaanAnwar Ibrahim
Didahului olehFuziah Salleh
Digantikan olehFuziah Salleh
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Gombak
Menyandang jawatan
19 November 2022
Didahului olehMohamed Azmin Ali
(PHPKR)
Majoriti12,729 (2022)
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Sungai Tua
Menyandang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Majoriti11,374 (2018)
5,185 (2023)
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Batu Caves
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 9 Mei 2018
Didahului olehJagarasah Verasamy
(BNMIC)
Digantikan olehJawatan dibubarkan
Majoriti3,639 (2008)
3,261 (2013)
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
2014–2018Pengerusi Pembangunan Generasi Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan
2018Pengerusi Pembangunan Generasi Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi
Puak yang diwakili dalam Dewan Rakyat
2022−Pakatan Harapan
Puak yang diwakili dalam
Dewan Undangan Negeri Selangor
2008–2018Parti Keadilan Rakyat
2018–Pakatan Harapan
Maklumat peribadi
Lahir
Amirudin bin Shari

(1980-02-08) 8 Februari 1980 (umur 45)
JohorMalaysia Benut, Johor, Malaysia
Kerakyatan Malaysia
Parti politik Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Gabungan politik
lain
Pakatan Rakyat (PR)
(2008–2015)
Pakatan Harapan (PH)
(sejak 2015)
PasanganMasdiana Muhamad
Anak6
Tempat belajarUniversiti Putra Malaysia
PekerjaanAhli politik
Laman webwww.amirudinshari.com

Amirudin bin Shari (Tulisan Jawi: أمير الدين بن شاعري; lahir 8 Februari 1980) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor ke-16 sejak Jun 2018, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Sungai Tua sejak Mei 2018 dan Ahli Parlimen Malaysia (AP) bagi kawasan Gombak sejak November 2022. Beliau pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dalam pentadbiran negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) dan Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar terdahulu Mohamed Azmin Ali dari September 2014 hingga pelantikannya sebagai Menteri Besar pada Jun 2018 serta ADUN bagi Batu Caves dari Mac 2008 hingga Mei 2018. Beliau ialah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam gabungan PH dan dahulu PR.[1][2] Beliau juga telah dilantik sebagai Naib Presiden PKR sejak Julai 2022[3] dan Pengerusi Negeri PH Selangor sejak Mac 2020 serta Pengerusi PH Pahang dari September 2022 hingga Ogos 2024.

Beliau pernah menjadi pengurus pasukan bola sepak Selangor F.C., dan telah membawa pasukan ke dua perlawanan akhir Piala Malaysia berturut-turut, pada tahun 2015 dan 2016.[4] Misi ke-33 yang terkenal untuk menjuarai Piala Malaysia berjaya dilaksanakan pada tahun 2015 di bawah kepimpinannya.[5] Selangor juga muncul juara Sukma 2016 di bawah Amirudin.[6]

Pada awal penglibatannya dalam aktivisme sosial dan politik, Amirudin giat memperjuangkan isu-isu demokrasi, kebudayaan, dan pelajar. Sesi perbincangan terbuka sering diadakan bersama Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT) dengan matlamat memartabatkan seni dan budaya.[4]

Latar belakang peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau dibesarkan di Pontian, Johor.[7] Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Benut, Pontian, sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia dan berjaya menamatkan pengajian dengan ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Sosial.[8] Semasa di kampus, beliau aktif dalam aktivisme pelajar[8] dan dikenali sebagai pendebat yang berbakat.[9]

Selepas tamat pengajian, Amirudin berkhidmat sebagai penyelaras program di Institut Kajian Dasar (IKD), sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pemulihan budaya dan pembinaan masyarakat sivil.

Sepanjang kerjayanya di IKD, Amirudin terlibat dalam penyediaan dan penyeliaan program kesedaran sosial termasuk berkaitan politik. Antara siri program yang dikendalikan beliau ialah Forum Intelektual Awam, Program Tanwiri Islam dan Sekolah Politik – satu inisiatif untuk mendidik anak muda mengenai politik dan demokrasi.

Selain itu, Amirudin turut menjalani latihan khas berkaitan persediaan pilihan raya bertajuk "How to Do a Campaign" anjuran Konrad Adenauer Stiftung yang berlangsung di Berlin dan Munich, Jerman. Pengalaman ini terbukti penting kerana beliau sering diberikan tanggungjawab dalam bidang logistik, komunikasi, dan mobilisasi semasa awal penglibatannya dalam PKR.

Pada Mac 2005, Amirudin berkahwin dengan Masdiana Muhamad. Pasangan ini dikurniakan enam orang anak.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan

[sunting | sunting sumber]

Disebabkan penglibatannya yang aktif dalam sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak tahun 2004, Amirudin telah dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian. Pada 4 Januari 2014, beliau mengumumkan pencalonannya bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam pemilihan parti, bergandingan bersama Afif Bahardin dalam barisan AMK Baru.

Dalam saingan tiga penjuru itu, kem AMK Baru yang diketuai Amirudin dilihat mendominasi proses pengundian parti dengan kemenangan besar di negeri-negeri kuat Keadilan seperti Selangor dan Sabah, serta memperoleh sokongan yang baik di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak. Namun begitu, keputusan akhir menunjukkan bahawa Nik Nazmi Nik Ahmad telah memenangi jawatan Ketua AMK. Pemilihan tersebut menjadi titik hitam dalam sejarah AMK apabila beberapa cabang memohon pengiraan semula undi, mengakibatkan kemenangan awal Amirudin bertukar kepada kekalahan selepas peti undi yang telah dimenangi sebelum ini dikira semula.

Sebagai rekod, dalam pemilihan itu juga, jawatan Timbalan Ketua AMK, ketiga-tiga jawatan Naib Ketua AMK dan 16 daripada 20 jawatan Ahli Jawatankuasa AMK Pusat dimenangi oleh wakil daripada barisan AMK Baru.

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor

[sunting | sunting sumber]

Amirudin memenangi pilihan raya pertamanya dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 sebagai calon muda. Beliau membantu gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menewaskan gabungan Barisan Nasional (BN) buat kali pertama dalam sejarah pilihan raya Selangor. Amirudin berjaya menumbangkan calon pilihan, Mohan Thangarasu daripada Kongres India Malaysia (MIC) dengan majoriti sebanyak 3,639 undi.

Beliau berjaya mengekalkan kedudukannya selepas Pilihan raya umum Malaysia 2013 dengan menewaskan pencabarnya, Rawisandran Narayanan. Pilihan raya tersebut mencatatkan kadar keluar mengundi yang tinggi sebanyak 85.7%, dan Amirudin masih mengekalkan 55.03% undi popular dengan majoriti sebanyak 3,261 undi.

Pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor

[sunting | sunting sumber]

Pada September 2014, dengan pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, Amirudin telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang bertanggungjawab ke atas Pembangunan Belia, Sukan, Budaya dan Keusahawanan, menggantikan Ahmad Yunus Bin Hairi. Sebelum pelantikan rasminya sebagai EXCO Selangor, Amirudin telah pun terlibat secara aktif dalam penggubalan dasar dan program negeri yang berkaitan belia dan sukan. Beliau secara tidak rasmi digelar sebagai Naib Presiden Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bersama Ahmad Yunus Hairi dan Jenice Lee. Mereka bersama-sama menubuhkan inisiatif Penggerak Belia Tempatan (PeBT), yang merangka pelbagai program belia di Selangor. Amirudin juga pernah dilantik sebagai Naib Pengerusi Majlis Sukan Negeri Selangor semasa pentadbiran Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, memegang jawatan tersebut dari tahun 2008 hingga 2010.[4]

Pembangunan Belia

Sebagai wakil belia yang dilantik untuk mewakili Generasi Muda, Amirudin meneruskan usaha memperkasakan golongan tersebut dengan melancarkan Sepuluh Asas Pembangunan Belia Selangor yang mengandungi garis panduan dan hala tuju pembangunan belia secara menyeluruh, dengan penekanan kepada bidang-bidang utama. Beliau juga meneruskan Inisiatif Insentif Perkahwinan Belia yang memberi bantuan kewangan kepada pasangan pengantin baru di Selangor.

Penubuhan Jabatan Pembangunan Belia di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor telah memacu pelaksanaan program Generasi Muda secara lebih tersusun. Penggerak Belia Tempatan (PeBT) telah dikemas kini dan kini menampilkan program yang lebih segar dan melibatkan komuniti yang lebih luas. Program-program yang diperkenalkan oleh Amirudin turut menjadi penanda arah baharu, antaranya Selangor International Cybergames yang dianggap antara terbaik di rantau ini. E-Sukan merupakan salah satu agenda utama beliau dalam membina generasi baharu belia dalam dunia interaktif masa kini.

Amirudin turut melancarkan Kempen Selangor Plus sebagai usaha untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan belia. Sebagai inisiatif awal, Selangor Plus bermula pada tahun 2015 dan berterusan hingga kini untuk mencungkil bakat terbaik belia dalam sukan seperti futsal, bola keranjang, sepak takraw, dan bola jaring.

Menteri Besar Selangor

[sunting | sunting sumber]

Amirudin telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas pelantikan Azmin sebagai menteri persekutuan. Tempoh perkhidmatan Amirudin sebagai Menteri Besar telah menyaksikan beberapa kontroversi. Ini termasuk persoalan yang dibangkitkan mengenai rancangan untuk meroboh dan membina semula Stadium Shah Alam,[10] pemotongan dan pembangunan Hutan Komuniti Shah Alam, serta rancangan untuk melombong sebahagian daripada hutan simpan Bukit Lagong.[11] Isu lain yang turut dibangkitkan adalah di kawasan parlimennya sendiri, di mana beberapa lot tanah telah diberikan daripada rizab Batu Caves.[12]

Ahli Parlimen Gombak

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2022, Amirudin telah dipilih sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Parlimen Gombak selepas menewaskan bekas mentornya, Azmin Ali.

Naib Presiden PKR

[sunting | sunting sumber]

Dalam pemilihan parti tahun 2022, beliau telah bertanding dan berjaya dipilih sebagai salah seorang Naib Presiden PKR selepas memperoleh 46,075 undi, sekali gus menjadikannya Naib Presiden dengan undian tertinggi dan menduduki kedudukan ketiga tertinggi dalam parti.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Selangor[13][14][15][16][17][18][19][20]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2008 N16 Batu Caves Amirudin Shari (PKR) 11,015 57.47% Mohan Thangarasu (MIC) 7,376 38.49% 19,165 3,639 74.51%
Azmi Hussain (BEBAS) 379 1.98%
2013 Amirudin Shari (PKR) 14,552 55.03% Rawisandran Narayanan (MIC) 11,291 42.70% 26,443 3,261 85.70%
Suman Gopal (BEBAS) 182 0.69%
2018 N16 Sungai Tua Amirudin Shari (PKR) 17,446 61.61% Rawisandran Narayanan (MIC) 6,072 21.44% 28,721 11,374 84.00%
Ustaz Mad China (PAS) 4,530 16.00%
Badrul Acong (BEBAS) 268 0.95%
2023 Amirudin Shari (PKR) 19,678 56.87% Muhammad Hanif Jamaludin (PAS) 14,493 41.89% 34,791 5,185 70.92%
Suman Gopal (BEBAS) 430 1.24%
Parlimen Malaysia[21]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2022 P098 Gombak Amirudin Shari (PKR) 72,267 43.69% Mohamed Azmin Ali (BERSATU) 59,538 35.99% 206,757 12,729 80.01%
Megat Zulkarnain Omardin (UMNO) 30,723 18.57%
Aziz Jamaludin Mohd Tahir (PEJUANG) 2,223 1.34%
Zulkifli Ahmad (BEBAS) 675 0.41%
  1. ^ "Amirudin Shari arrives at Selangor Palace". The Star (Malaysia). 19 June 2018. Dicapai pada 26 July 2019.
  2. ^ Harits Asyraf Hasnan (19 Jun 2018). "Akhirnya terjawab: Amirudin Menteri Besar Selangor baharu". Astro Awani. Dicapai pada 26 Julai 2019.
  3. ^ "Muka baharu terajui PKR, kehendak ahli mahu pembaharuan: Aminuddin". Sinar Harian. 1 Jun 2022. Dicapai pada 29 Jun 2022.
  4. ^ a b c Ashiqin Rosselly (19 Jun 2018). "5 fakta tentang Menteri besar Selangor Amirudin Shari yang anda mungkin belum tahu". says.com. Dicapai pada 26 Julai 2019.
  5. ^ "Amirudin the new manager of the Selangor football team". Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2015. Dicapai pada 2015-02-20.
  6. ^ "Selangor juara Sukma 2016 namun Hafiz Jantan akan diingati". Astro Awani. 31 Julai 2016. Dicapai pada 26 Julai 2019.
  7. ^ "Why The Young and Capable Amiruddin Shari Is The Better Choice For Selangor Chief Minister Than The "Remote-Controlled Older Idris Ahmad?". The Coverage. Jun 10, 2018. Dicapai pada Jun 10, 2018.
  8. ^ a b "Profil". YAB DATO’ SERI AMIRUDIN SHARI. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Ogos 2021. Dicapai pada 7 Ogos 2021.
  9. ^ "Wujudkan budaya debat dalam kalangan pelajar - MB Selangor". BH Online. 15 April 2019. Dicapai pada 7 Ogos 2021.
  10. ^ IDRIS, ABDUL RAZAK (2022-07-14). "Amirudin tidak faham peruntukan khusus Stadium Shah Alam- Noh Omar". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-03-07.
  11. ^ Chyuan, Low Choon (2022-09-27). "27 quarries to open up in Bukit Lagong Forest, Selangor GLCs involved". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-03-07.
  12. ^ Reporters, F. M. T. (2021-09-10). "Explain land grants within Batu Caves reserve, NGOs tell Selangor". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-12.
  13. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2008. Dicapai pada 10 Januari 2010. Termasuk 2004 pilihan raya. Keputusan daripada pilihan raya terdahulu tidak tersedia.
  14. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 19 Jun 2010. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  15. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Keputusan hanya tersedia daripada pilihan raya 2004.
  16. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2021. Dicapai pada 24 Mac 2017.Keputusan hanya tersedia untuk pilihan raya 2013.
  17. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  18. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2018. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
  19. ^ "Semakan Keputusan Pilihan Raya Umum Ke – 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  20. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  21. ^ "Pilihan Raya Umum Ke-15 | Kedudukan Kerusi bagi PARLIMEN: P.098 GOMBAK". Dashboard SPR. 20 November 2022.
  22. ^ Bernama (11 December 2019). "Selangor MB heads list of state award recipients". Malaysiakini. Dicapai pada 11 December 2019.
Jawatan politik
Didahului oleh
Mohamed Azmin Ali
Menteri Besar Selangor
2018 - kini
Pemegang jawatan kini