Pergi ke kandungan

Fairuz Hussein

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fairuz Hussein
Kelahiran
Fairuz binti Hussein

(1965-10-12) 12 Oktober 1965 (umur 60)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
PasanganZul Nadzar
Anak-anakSyarifudin Amin Zulkifli
IbuAllahyarhamah Mahyon Ismail
BapaAllahyarham Hussein Abu Hassan
Saudara
  • Dilla Hussein (kakak)
    • Natrah Hussein (anak saudara)
  • Faizal Hussein (adik)
  • Ibrahim Abu Hassan (bapa saudara sebelah bapa, abang kepada bapa nya)
  • Allahyarham Shamsuddin Mohd Yusof (bapa saudara sepupu sebelah bapanya)
Kerjaya muzik
Alat muzikVokal

Fairuz Hussein (lahir 12 Oktober 1965) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia yang terkenal dengan lagu-lagu berentak Jazz dan R&B. Dikenali sebagai 'Malaysia's Queen Of Soul'. Beliau merupakan anak kedua kepada pasangan pelakon veteran Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail. Beliau merupakan kakak kepada pelakon terkenal, Faizal Hussein.

Semasa menyanyi di Holiday Inn, bakat beliau telah ditemui oleh komposer dan penerbit rakaman pemenang anugerah Adnan Abu Hassan dan kemudian telah ditawarkan untuk menandatangani kontrak rakaman dengan label antarabangsa Sony (CBS) pada tahun 1988. Beliau merupakan artis Malaysia pertama yang akan dimasukkan ke cd[1][2] dan dikenali dengan hits beliau seperti Kali Pertama, Lembayung Sepi, Ku Menyintai, kedewasaan Cinta, Coba Lagi, Sambaria, Curiga, Lets Dance dan lain-lain. Beliau merakamkan album pertama pada tahun 1988 dan rakaman dijalankan di Kuala Lumpur dan Jakarta. Album keduanya diikuti pada tahun 1990. Beliau mempunyai keistimewaan untuk bekerjasama dengan komposer dan penulis lagu seperti Harry Sabar, Elfa Seciora, Johan Nawawi, Zul Nadzar, James F. Sundah, Billy J Budiardjo, Fariz RM dan banyak lagi.

Beliau juga dikenali sebagai guru vokal rancangan realiti TV Studio Bintang Kecil dan menjelajah Malaysia dengan Akademi Fantasia (musim 8) sebagai juri profesional pada tahun 2010. Beliau juga adalah pencipta untuk rancangan TV realiti dan penerbit untuk Geng Bakat (RTM) pada 2012 dan sitkom/artshow Eco Pintar dibintangi Erul AF, Intan Farhani Fadzil dan lain-lain pada tahun 2013.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Fairuz mempunyai seorang anak lelaki, Syarifudin Amin bersama suaminya Zulkifli Nadzar, seorang penerbit.[3] Walaupun beliau sangat aktif dalam kerjaya muziknya, beliau lebih cenderung melukis. Karya lukisannya telah dijual di Galeri seni di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Fairuz dan suaminya yang dikenali bukan sahaja sebagai artis tetapi juga sebagai aktivis muzik. Beliau telah bercakap menentang politik kotor dalam industri muzik Malaysia dan juga memboikot AIM.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • 1988 - Kali Pertama
  • 1989 - Fairuz Hussein
  • 2004 - Anugerah

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Awie is first Malaysian artiste featured on video compact disc". The Straits Times. December 27, 1995.
  2. ^ Zainal Alam Kadir (October 29, 2001). "A sensational affair". New Straits Times.
  3. ^ "Fairuz finds her forte". Business Times. September 24, 1999.