Faizal Hussein
Faizal Hussein | |
---|---|
![]() Faizal dalam salah satu adegan filem Bunohan (2012). | |
Kelahiran | Mohd Faizal bin Hussein 31 Mei 1967 |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah aksi[1] |
Tahun aktif | 1972–kini |
Pasangan | Suhaila Sulaiman (k. 2004) |
Anak-anak | 2 |
Ibu | Mahyon Ismail |
Bapa | Hussein Abu Hassan |
Saudara |
|
Mohd Faizal Hussein (lahir 31 Mei 1967) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.[2][3] Beliau begitu menyerlah melalui filem arahannya bapanya, Hussein Abu Hassan, Gila-Gila Remaja sebagai Roy. Ibunya pula ialah Mahyon Ismail.[4] Selain itu, beliau juga ialah sepupu kepada Rosyam Nor. Beliau amat popular dengan gelaran "Roy" melalui sebuah filem yang pernah dibintanginya.[5]
Dilahirkan dan dibesarkan di daerah Gombak, dalam kawasan Lembah Kelang, Selangor (walaupun kampung halamannya adalah di Alor Gajah, Melaka, asal sebelah bapa dan juga Tanjung Karang, daerah Kuala Selangor di bahagian utara Selangor, asal sebelah ibu), seluruh ahli keluarga beliau berkecimpung dalam bidang kesenian. Faizal memegang peranan kecil pada usia 5 tahun dalam filem Darah Panglima (1972) arahan S. Kadarisman, diikuti oleh Penyamun Si Bongkok (1973) arahan M. Amin. Filem-filem terkenal beliau termasuk Gila-Gila Remaja (1986), Bayangan Maut dan Kanta Serigala (1991), MX3 (2003), Pontianak Menjerit (2005) dan Bunohan (2012). Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[6]
Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]
Faizal dilahirkan pada 31 Mei 1967 di Gombak, Selangor dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Ibu bapanya ialah pasangan pelakon veteran 60-an, Allahyarham Hussein Abu Hassan (1937–2007) dan Allahyarhamah Mahyon Ismail (1942–2011).[7] Faizal mempunyai dua orang kakak, iaitu Dilla (lahir 1963) dan Fairuz (lahir 1965). Sepupunya ialah Rosyam Nor, juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Faizal membuat penampilan filem pertamanya menerusi filem Darah Panglima pada tahun 1972.
Memulakan langkah di pentas lakonan sejak 1982 menerusi filem Senja Merah, beliau melonjak naik selepas membintangi Gila-Gila Remaja pada 1986 sebagai Azroy.[8] Diarahkan bapanya, Allahyarham Hussein Abu Hassan, ia memberi impak besar untuk Faizal membuktikan darah seni diwarisi.
Pada tahun 1991, Faizal berlakon dalam dua filem, iaitu Kanta Serigala, memegang watak sebagai Zarul, seorang pemuda yang ingin membalas dendam terhadap kematian adiknya lakonan Melissa Saila dengan menculik seorang penyanyi rock wanita lakonan Didie Alias, ia turut dibintangi oleh sepupunya, Rosyam Nor; dan Bayangan Maut, memegang watak sebagai Eddie.
Selepas itu beliau sering mendapat perhatian ramai dan membintangi beberapa filem yang menampilkan beliau memegang watak protagonis. Selepas hampir 3 tahun tidak muncul dalam filem, beliau akhirnya mendapat tawaran membawa watak antagonis menerusi Leftenan Adnan. Percubaan beliau berhasil, dan membawa kepada pelbagai watak hitam yang beliau bawa dalam filem, mahupun drama.
Faizal muncul bersama Saiful Apek dan Zul Yahya dalam filem aksi komedi penyiasatan MX3 arahan Yusof Kelana yang ditayangkan pada 25 November 2003.[9]
Beliau memegang watak tajuk dalam filem Abuya arahan Imran Haji Ismail. Dikeluarkan pada 10 November 2011, ia mengisahkan tentang Abuya yang mengetuai satu kumpulan ajaran sesat.[10] Pada tahun yang sama, beliau berlakon dalam drama Pak Su Man di TV AlHijrah, drama ini turut dibintangi oleh Ezany Nizariff, Yatt Hamzah, Fazren Rafi dan Ieka Zulkifli.[11]
Pada tahun 2012, Faizal berlakon di samping Pekin Ibrahim dan Zahiril Adzim dalam filem arahan Dain Iskandar Said, Bunohan di mana beliau memegang watak sebagai Ilham. Persembahan beliau dalam filem ini melayakkannya memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25[12] dan menerima pencalonan bagi kategori sama di Anugerah Skrin 2012.[13]
Pada tahun 2013, Faizal kembali menjayakan watak sebagai Azroy dalam filem arahan V. Nagaraj, Gila-Gila Remaja 2, kesinambungan dari filem 1985, Gila-Gila Remaja arahan bapanya.[14] Filem ini turut dibintangi oleh Hairul Azreen, Faralyna Idris, Taiyuddin Bakar, Fizz Fairuz dan Bella Dally.
Pada 17 Januari 2015, Faizal memegang watak utama bersama Sari Yanti dalam telefilem Penjara Seorang Isteri yang berkisarkan tentang perkahwinan Salmah dengan Zaid yang berlaku atas dasar suka sama suka dan perkahwinan mereka dikurniakan dua cahayamata. Dalam telefilem ini, yang berdasarkan dari satu kisah benar, Faizal menjayakan watak sebagai Zaid.
Bekerja di bawah arahan Pekin Ibrahim, Faizal menjayakan watak lakonannya sebagai Pit dalam filem Mat Moto yang ditayangkan pada 14 Januari 2016.[15] Beliau meneruskan rentetan kerjasamanya bersama Pekin dalam filem aksi permotoran KL Wangan dengan memegang watak Yudi. Bliau mengakui watak Yudi merupakan sesuatu yang menjadi kehendaknya ketika proses pra-penerbitan filem ini dijalankan. Ini merupakan kali ketiga beliau dan Pekin bekerjasama selepas Bunohan dan Mat Moto.[16]
Pada tahun 2018, Faizal berlakon dalam filem Dukun arahan Dain Iskandar Said yang diilhamkan oleh kes Mona Fandey, filem ini ditayangkan pada 5 April 2018 selepas sedekad disekat dari tayangan. Beliau bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel membintangi telefilem The Hantus arahan bersama Nabil Ahmad dan Helmi Yusof, di mana beliau memegang watak sebagai Pemandu Volkswagen Kuning.[17]
Beliau memegang watak penting dalam siri televisyen British-Amerika, Strike Back yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Malaysia. Beliau memegang watak sebagai seorang pengganas Indonesia yang merancang untuk mengebom pusat beli-belah.[18]
Faizal bersama-sama dengan Nabila Huda memegang watak utama dalam filem seram thriler M4M4 arahan Eyra Rahman.[19] Filem ini turut dibintangi oleh pelakon baru, Bella Dowanna. Penggambaran dijalankan pada Diember 2018, filem ini ditayangkan pada 6 Februari 2020.
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Beliau mempunyai seorang isteri, Suhaila Sulaiman yang juga merupakan pelakon suatu ketika dahulu.[20] Selain, dikurniakan dua orang permata hati Fazryn dan Fazrick. Darah seni beliau juga diperolehi dari kedua ibu bapanya yang juga merupakan seorang pelakon bagi menceritakan kisahnya beliau menerbitkan sebuah buku 'Limelight' yang menceritakan perjalanan suka duka hidupnya sepanjang bergelar anak seni. Pertama kalinya juga beliau menjadi juri bagi konsert Gegar Vaganza 2.
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan |
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1972 | Darah Panglima | Filem pertama, pelakon tambahan | |
Dang Lenggang | |||
1973 | Kelana | ||
Penyamun Si Bongkok | Ladim/Putih (kecil) | ||
1982 | Senja Merah | Anuar (kecil) | |
1985 | Bujang Selamat | Bujang | |
1986 | Gila-Gila Remaja | Azroy @ Roy | |
Mati Hidup Semula | |||
Gila-Gila Si Pikoy | |||
1988 | Tuah | Sultan Anuar Alauddin Shah/Hang Jebat | |
Fighting Madam 2 | Filem Hong Kong | ||
1989 | Tak Kisahlah Beb | Borhan @ Bob | |
Misteri Harta Karun | Ganda | Filem Indonesia | |
1991 | Kanta Serigala | Zarul | |
Bayangan Maut | Eddie | ||
1992 | XX Ray | Anuar | |
1993 | Fantasi | Teruna/Rahmat | |
1994 | Sofia-Jo | Joe | |
1996 | Litar Kasih | Herman | |
Siapa Dia? | Saiful | ||
1997 | Sate | Kadir | |
2000 | Leftenan Adnan | Prebet Ayob | |
2001 | Getaran | Zamri | |
2002 | KL Menjerit | Pit | |
Gerak Khas The Movie II | Frankie | ||
2003 | Janji Diana | Ijoy | |
MX3 | Mamat | ||
2005 | Pontianak Menjerit | Yassin | |
GK3 The Movie | Raymond | ||
2009 | Jalang | Penampilan khas | |
2010 | 2 Alam | ||
2011 | Abuya | Abuya | |
Datin Ghairah | Suffian | ||
2012 | Azura | Bapa Azura | Pelakon undangan |
Bunohan | Ilham | ||
Leftwings | Penampilan khas | ||
2013 | Gila-Gila Remaja 2 | Azroy @ Roy | Pelakon undangan |
Longkai | Bada | ||
Balada Pencinta | Penampilan khas | ||
2014 | Fobia Malam Pertama | Bomoh Urut | |
Manisnya Cinta Di Cappadoccia | Bakhtiar | ||
2015 | Gudang Kubur | Anwar | |
Kapsul | Zohri Ibrahim | ||
2016 | Mat Moto | Pit | Penampilan khas |
Mrs K | Tano | Filem Malaysia–Hong Kong | |
2017 | Tombiruo: Penunggu Rimba | Pondolou | |
KL Wangan | Yudi | ||
2018 | Dukun | Karim | |
Kalla: Hidup Atau Mati | Dr. Ezahar | ||
7ujuh | Inspektor Azmi | ||
2019 | XX Ray III | Anuar | Penampilan kameo |
Geran | Haji Daud | Penampilan khas | |
Pusaka | Mansor | ||
2020 | M4M4 | Inspektor Azahari | |
2021 | Proksi | Mr. Roy | |
2022 | Rajawali | Abang Long | |
Remp-It 2 | Pit | Penampilan khas | |
Daddyku Gangster | Karim | ||
2023 | Harum Malam | Kiai Hassan | |
Imam | Haji Syamsuri | ||
Syaitan Munafik | |||
TBA | Saadiah: Bekal Kasih Merdeka | Pos-produksi | |
Esok Yang Lebih Baik | Pos-produksi |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1994 | Hati Waja | Sharif | TV1 | |
Runtuh | ||||
1999 | Fitrah Khadijah | TV1 | ||
2001 | Madu Empat | Alang | TV3 | |
2004 | Sembilu | Azman | TV2 | |
2006 | Sembilu Kasih | Azman | TV3 | |
2008 | Fajar Kinaboi | Kamal | TV1 | |
Abadi Sebuah Cinta | Faizal | TV3 | ||
2009 | Senja Permai | Hairi | Astro Prima | |
2009–2010 | Cuci Cuci Services | TV2 | ||
2011 | Gerak Khas (Musim 13) | Joe | Episod: "Buru" | |
Seharum Kenanga | Omar | |||
Pak Su Man | Tarmizi | TV AlHijrah | ||
2012 | Puaka Bunga Tanjung | Andaman | TV9 | |
Metro Skuad (Musim 1) | Joe | TV2 | Episod: "Jerat Awang Hitam" | |
Lara Hati | Roslin | TV9 | Pelakon undangan | |
Ameera | Jai | TV3 | ||
Dalam Hati Ada Taman | Tuan Zul | Astro Ria | ||
2013 | Metro Skuad (Musim 2) | Rambo | TV2 | Episod: "Jalan Pintas" |
Dahlia | Fuad | Astro Mustika HD | ||
2014 | Beret Hijau (Musim 2) | TV1 | ||
Oh My English! (Musim 3) | Homeless | Astro TVIQ | Episod: "Ramadan" | |
Jiwa | Alif Rizal | TV3 | ||
Azam Ramadan Su | Luqman | |||
2015 | Papa Chef | Chef Zikri | TV1 | |
2016 | Cinta Macarons | Jefri | TV2 | |
Si Kolot Suamiku | Tengku Ahmad Ehsan | Astro Ria | ||
2017 | Cerita Dari Mastika | Hamid | Astro Prima | Episod: "Kereta Rosak" |
2018 | KOPI | Gelandangan | Tonton | Episod: "Kopi Jantan Kaw" |
2019 | Devoted | Musa | Viu | |
Strike Back: Revolution | Hassan Ahmed | Cinemax | 2 episod | |
2020 | Dua Takdir Cinta | Tuan Ismail | Astro Prima | |
Jaman Tori | Sultan Sulaiman | Awesome TV | ||
2021 | Kisah Rumah Tangga | Kalif | Astro Ria | Episod: "Azan Rumah Abah" |
i-Tanggang | Rahmat | Astro Citra | ||
Dak Dan Ofis | Awesome TV | |||
Oh My Hantaran | Bujas | TV9 | Pelakon undangan | |
2022 | Epilog 3 Naga | Azroy | Awesome TV | |
One Cent Thief | Shah Karim | Astro Ria | ||
TBA | One Cent Thief (Musim 2) | |||
i-Tanggang: Mother of All Lies (Musim 2) | Rahmat | Astro Citra |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1992 | Cari-Cari Jodoh | Zainal | |
1993 | Sebuah Pelayaran | VCD | |
Antara Dua Bayang | TV3 | ||
1994 | Hello | Kekasih Haz | |
Pengantin Popular | |||
1995 | Diari Hati Julia | ||
1996 | Prelude | ||
1997 | Wasiat Untuk Natili | TV3 | |
Maaf Kami Tak Sengaja | |||
1999 | Impian Suraya | ||
2003 | Kordi & Konah | ||
2007 | Sebuah Ijtihad | Ehsan Ali | |
Lahad | TV2 | ||
2008 | Kalam Cinta Rabiah | Zakuan | TV3 |
2009 | Wira Malam Bisikan Naga | Wira Legend | Astro Ria |
2010 | Kasut Emas | Otai | TV2 |
2011 | Bertemu Kasih | Syukri | TV1 |
Anak | Amir | Astro Prima | |
Maafkan Aku Papa | Salim | TV2 | |
Kenapa Aku Mencuri ? | Pejal | Astro Prima | |
Aku bin Abdullah | |||
Kerana Aku Seorang Anak | Hisham | TV9 | |
2012 | Aku Bukan Buaya | ntv7 | |
Kasihnya Qaseh | Rizman | TV1 | |
Puteri Pulau Tuba | TV2 | ||
Diba Benci Abah | Borhan | Astro Prima | |
Ke Pintu Bahagia | Azmin | TV3 | |
Fatihah Untuk Abah | Dollah | ||
Mati Hidup Semula | Ayah Lan | Astro Oasis | |
2013 | Bungkusan Leman | Sham | TV2 |
Delusi | Dato' Hanif | TV9 | |
Mencari Syifa | Hakimi | TV AlHijrah | |
Lukisan | Deraman | Astro Mustika HD | |
Qarina | Azimal | TV3 | |
Karma Abah | Nasir | ||
2014 | Titisan Keinsafan | Azzul | |
Nasi Air | Pak Rahman | ||
2015 | Penjara Seorang Isteri | Zaid | Astro Oasis |
Pendua | Izwan | TV2 | |
Detik | Rauzan | TV3 | |
Aku Kaya Raya Ni | Sudin | Astro Prima | |
Lorong Kecil Ke Syurga | Azmi | TV9 | |
Jalan Singkat Ke Syurga | Fadil | Astro Oasis | |
Wan Embong | Omar | TV3 | |
2016 | Che Pah Penari Hadrah Terakhir | Che Pah | Astro First Eksklusif |
Dia Untukku | Adam Mukriz | TV AlHijrah | |
Ayah Mentuaku | Tuan Haji Abu Zahar | TV9 | |
Dari Asar Ke Isyak | Syukri | TV2 | |
Buku Cinta Abah | Amar | TV3 | |
Syawal Yang Hilang | Pak Ayob | HyppTV | |
Munajat Suci | Muiz | Astro Prima | |
Liga Masjid | Pak Tham | Astro Ria | |
2017 | Petanda | Ramlan | TV9 |
Papa Sayang | Yusuf | HyppTV | |
Cerita Seram Paya Hitam | Hassan | Astro Ria | |
Anak Kerak | Hussein | Astro Citra | |
2018 | The Hantus | Abang Volkswagen Kuning | Astro First Eksklusif |
Kelir | Rahman | TV1 | |
Qalbu | Kamal | TV3 | |
2019 | Samad Tedung | Samad | |
Sesalan Terakhir | Tarmizi | ||
Dah Mati Pun Cantik | Dr. Malik | Astro Citra | |
2020 | Berdua | Al | TV1 |
7 Langkah | TV Okey | ||
Nurul Najwa | Tuan Sulaiman | TV1 | |
Takbir Dari Belantara | Tobias | ||
2022 | Orang Minyak Kampung Lenggong | Amir | Astro Citra |
Aroma Cinta | Orang Asing | TV1 | |
2023 | Demi Masa | Musa | TV3 |
Televisyen[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2015 | Gegar Vaganza (musim 2) | Juri jemputan | Astro Ria |
2018 | It's Alif | Tetamu undangan | ntv7 |
2019 | Malaysia Hari Ini: Retro Mania | Artis undangan | TV3 |
Iklan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Untuk | Gandingan |
---|---|---|---|---|
2017 | Ikhlas | Ayah | Pelaburan MARA | Umie Aida |
2019 | Baju Cantik | Jakel | Suhaila Sulaiman | |
2021 | Ayah & Ibu | Along | Little Joe Perfume | Zul Huzaimy, Mior Hashim Manap |
2023 | Manih-Manih Podeh | Abah Ilham | Saji | Fimie Don |
Kapital Rahmah | Rahman | Malaysia Madani | Mak Wan & Kamarulzaman Taib 'Chekem' |
Videografi[sunting | sunting sumber]
Muzik video[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk lagu | Watak | Artis undangan | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | "Cinta Takkan Berakhir" | Doktor Pakar Bedah | Anuar Zain | Penampilan khas |
Lagu tema[sunting | sunting sumber]
Lagu tema beliau adalah Memburu Impian nyanyian Kazar.
Diskografi[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk Lagu | Penyanyi undangan |
---|---|---|
2017 | "KL Wangan" | Altimet & Pekin Ibrahim |
Bibliografi[sunting | sunting sumber]
- Faizal Hussein (2012). Limelight. Merpati Jingga. ISBN 9789671118511
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1997 | Anugerah Bintang Bintang Popular | Menang | |
2003 | Anugerah Skrin | Pembantu Lelaki Terbaik (Gerak Khas The Movie II") | Menang |
2012 | Festival Filem Malaysia ke-25 | Pelakon Lelaki Terbaik (Bunohan) | Menang |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Tercalon |
Anugerah Skrin 2018 | Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Dukun) | Tercalon | |
2019 | Anugerah Skrin 2019 | Pelakon Lelaki Terbaik Drama (Samad Tedung) | Menang |
2020 | Tellygeram Awards 2020 | Cameo Terbaik (XX-Ray 3) | Tercalon |
Cameo Terbaik (Geran) | Menang |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Amerul Haswendy Ashari (23 Oktober 2018). Faizal Hussein nak jadi pengarah aksi Harian Metro. Dicapai pada 4 Februari 2019.
- ^ Nadia Azam (13 Disember 2018). Faizal buktikan kehebatan pelakon Malaysia Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2019.
- ^ Tahir Alhamzah (22 Mac 2018). #Showbiz: Acting gives me satisfaction New Straits Times. Dicapai pada 13 April 2018.
- ^ Faizal Hussein Mohon Maaf, Tidak Niat Menyindir Dalam Buku mStar Online (28 Jun 2012). Dicapai pada 4 Februari 2013.
- ^ (Inggeris)Anderson, John (11 September 2011). "Review: 'Bunohan'". Variety. Dicapai pada 2016-01-06.
- ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ Hanisah Selamat (11 Oktober 2018). Faizal pegang amanat arwah orang tua Berita Harian. Dicapai pada 3 Februari 2019.
- ^ Amerul Haswendy Ashari (22 Februari 2015). Faizal kekok watak romantis Harian Metro. Dicapai pada 1 Julai 2015.
- ^ "Sembilan hari tayangan - Mampukah MX3 balik modal?". Utusan Malaysia. 3 November 2003. Dicapai pada 3 Februari 2018.
- ^ Review filem Abuya Rollo De Pelicula (10 November 2011). Dicapai pada 7 Februari 2013.
- ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (9 Januari 2011). Kisah Pak Su Man dalam AlHijrah Berita Minggu. Diperoleh pada 7 Februari 2011.
- ^ Teoh El Sen (19 February 2013). "Bunohan, Songlap and 29 Februari competing for FFM25 titles". Astro Awani. Dicapai pada 10 June 2016.
- ^ Nur Aqidah Azizi (10 November 2012). "'Bunohan' Wins Best Film Award". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2012.
- ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (23 Mac 2013). Gila-Gila Remaja 2 ala Bollywood Sinar Harian. Diperoleh pada 10 April 2018.
- ^ Ardini Sophia Sina (13 Disember 2015). "Mat Moto bukan cerita rempit". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-18. Dicapai pada 13 Januari 2016.
- ^ "KL Wangan: Yudi watak idaman Faizal Hussein". Youth Bernama. 8 Disember 2017. Dicapai pada 22 Disember 2017.
- ^ Nadia Azam (14 Jun 2018). Rindu Faizal terubat dengan The Hantus Malaysiakini. Dicapai pada 24 November 2018.
- ^ Aref Omar (20 Januari 2019). #Showbiz: Faizal Hussein stars in US/UK action series Strike Back New Straits Times. Dicapai pada 4 Februari 2019.
- ^ Faria Fuad (13 Disember 2018). "Gandingan mantap Nabila Huda dan Faizal Hussein dalam M4M4". XTRA. Dicapai pada 1 Jun 2019.
- ^ Mohamad Hussin (6 Julai 2004). "Spekulasi cinta Faizal berakhir". Berita Harian. Dicapai pada 9 Januari 2020.