S.S.C. Napoli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Napoli
S.S.C. Napoli logo.svg
Nama penuh Società Sportiva Calcio Napoli S.p.A.
Gelaran Partenopei
Gli Azzurri (Biru)
I Ciucciarelli (Keldai Kecil)
Diasaskan 1 Ogos 1926 (1926-08-01) (91 tahun yang lalu)
as Associazione Calcio Napoli
Stadium Stadio San Paolo
(Muatan: 60,240)
Pemilik Filmauro S.r.l.
Presiden Aurelio De Laurentiis
Ketua jurulatih Maurizio Sarri
Liga Serie A
2016–17 Serie A, Ke-3
Tapak sesawang Laman kelab
tuan rumah
tempat lawan
ketiga
Musim terkini

Società Sportiva Calcio Napoli, atau dirujuk sebagai Napoli (disebut [ˈnaːpoli]), merupakan sebuah kelab profesional Itali yang berpangkalan di Naples, Itali. Napoli kini bermain di Serie A. Kelab ini merupakan salah satu kelab cemerlang di Itali di mana ia telah meraih dua kejuaraan Serie A, lima gelaran Coppa Italia dan dua kali merangkul Supercoppa Italiana. Di pentas Eropah, kelab ini memenangi Piala UEFA pada musim 1988–89.

Napoli juga kelab keempat di Itali memiliki peminat tertinggi di belakang Juventus, Internazionale dan Milan selain Napoli satu-satunya kelab paling cemerlang di selatan Itali. Kelab ini berada di kedudukan kelima kelab bola sepak paling berharga di Serie A di belakang Inter, Roma, Milan dan Juventus dalam terma pendapatan kelab iaitu sebanyak €125.5 juta pada tahun 2015.

Napoli salah satu ahli Pertubuhan Kelab Eropah, sebuah organisasi yang menggantikan G-14 yang terdapat kelab bola sepak berprestij di Eropah. Menurut Deloitte Football Money League, sehingga tahun 2014, Napoli merupakan kelab ke-15 terkaya di dunia.[1] Napoli juga di kedudukan ke-8 kelab terbaik di Eropah dan kedua terbaik di Itali jika mengikut kedudukan yang dikeluarkan UEFA pada Januari 2016.[2]

Kelab ini mempunyai salah satu kelab yang mempunyai pendapatan tertinggi dan mempunyai pangkalan peminat terbesar di dunia. Napoli disenaraikan dalam kelab bola sepak paling bernilai oleh Forbes dan Napoli di kedudukan ke-17 dengan berharga 353 juta dolar. Pada tahun 2015, Napoli berada di kedudukan ketujuh daripada 20 kelab paling berharga di dunia. Sehingga 2015, pendatan tahunan Napoli dianggarkan sebanyak $224 juta dan membuatkan Napoli berada di kedudukan ketiga dalam Serie A dan ke-16 kelab memiliki pendapatan tertinggi.

Napoli menjadi terkenal di seluruh dunia apabila pemain legenda 1980an, Diego Maradona bermain untuk kelab ini pada masa itu. Napoli juga mempunyai pemain yang meraih anugerah Ballon d'Or iaitu Fabio Cannavaro yang memulakan kariernya di sini dan ramai pemain Napoli menjadi terkenal dan terkemuka. Menurut Statistik dan Sejarah Bola Sepak Persekutuan (IFFHS), Napoli merupakan kelab ketiga terbaik di dunia pada tahun 2015.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Napoli ditubuhkan dengan nama Naples Foot-Ball & Cricket Club pada tahun 1904 oleh kelasi Inggeris, William Poths dan pembantunya Hector M. Bayon.[4] Orang Napoli di situ seperti Conforti, Catterina dan Amedeo Salsi juga terlibat dalam penubuhan kelab ini. Kit asal kelab ini ialah berwarna biru muda dan baju berjalur biru laut bersama seluar pendek hitam.[5] Perlawanan pertama Napoli ialah menentang krew Inggeris dari bot Arabik dan keputusannya Napoli menang 3-2. Nama kelab ini ditukar kepada Naples Foot-Ball Club pada tahun 1906.[petikan diperlukan]

Pada awal penubuhannya, Kejohanan Bola Sepak Itali dianjurkan terhad hanya untuk kelab di utara Itali namakala kelab di selatan Itali bertanding menentang kelasi.[6] Selain itu, Napoli meraih tiga kejuaraan Lipton Challenge Cup anjuran Thomas Lipton dan ketiga-tiga perlawanan akhir itu antara Napoli dan Palermo FBC. Kontinjen asing di kelab itu berpecah pada tahun 1912 lalu terbentuknya satu kelab lain iaitu Internazionale Napoli[7] dan pertama kali kedua-dua kelab membuat debut dalam Kejohanan Itali pada musim 1912-13. Walaupun kedua-dua pasukan ini menjadi musuh bagi kelab masing-masing, keputusan mereka tidak cemerlang pada era selepas Perang Dunia Pertama dan akhirnya mereka bergabung sebagai Foot-Ball Club Internazionale-Naples atau dikenali sebagai FBC Internaples.[petikan diperlukan]

Associazione Calcio Napoli[sunting | sunting sumber]

Di bawah pimpinan presiden Giorgio Ascarelli, kelab ini mengubah namanya kepada Associazione Calcio Napoli pada 23 Ogos 1926.[8] Selepas permulaan yang lemah dengan hanya mengumpul mata tunggal dalam kejuaraan Itali,[9] Napoli dimasukkan semula ke Serie A oleh Persekutuan Bola Sepak Itali dan prestasi Napoli mula bertambah baik dan berterima kasih kepada pemain kelahiran Paraguay, Attila Sallustro yang menjadi minat buat penyokong Napoli.[10] Beliau juga menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Napoli dan rekod itu masih dipegangnya sehingga ke hari ini.

Napoli menyertai era Serie A di bawah pengurusan William Garbutt. Ketika tempohnya selama enam tahun, kelab ini mengalami perubahan dramatik apabila menamatkan musim di bahagian tengah liga.[11] Ini juga termasuk Napoli menduduki tempat ketiga sebanyak dua kali iaitu pda musim 1932-33 dan 1933-34. Pada tahun-tahun menghadapi Perang Dunia Kedua, Napoli kian mundur dan akhirnya Napoli tersingkir ke Serie B pada musim 1939-40.[12]

Napoli berpindah dari Stadio Giorgio Ascarelli ke Stadio Arturo Collana dan kekal di Serie B sehingga perang tamat. Ketika permainan bersambung, Napoli mara ke Serie A namun tersingkir ke Serie B dua musim kemudian kerana terbabit dalam skandal rasuah.[13] Napoli mula ke Serie A semula pada awal 1950an. Napoli berpindah ke gelanggan baru mereka, Stadio San Paolo pada tahun 1959. Tiga tahun kemudian, Napoli menjulang trofi Coppa Italia buat pertama kali seleps menewaskan SPAL, 2-0.[14]

Era Maradona[sunting | sunting sumber]

Peminat Napoli meraikan kejuaraan scudetto pertama Napoli pada Mei 1987.

Kelab ini menukar namanya kepada Società Sportiva Calcio Napoli pada 25 Jun 1964[15] dan Napoli mula bangkit selepas layak ke Serie A pada musim 1965-66 sebelum beraksi di Serie B sebelum ini. Di bawah pengurusan bekas pemain Bruno Pesaola, mereka memenangi Coppa delle Alpi[16] dan menjadi pasukan elit di Serie A.[17] Napoli memberikan tentangan terhadap pendahulu liga, AC Milan pada musim 1967-68 apabila Napoli menamatkan musim di tempat naib juara. Dalam tempoh ini, beberapa pemain ternama muncul antaranya Dino Zoff, José Altafini, Omar Sívori dan Antonio Juliano. Juliano merupakan pemain Napoli membuat kemunculan terbanyak dan sehingga kini, rekod itu masih dipegang olehnya.

Napoli meneruskan rentak cemerlangnya pada era 1970an dengan berada di tempat ketiga liga pada musim 1970–71 dan 1973–74.[18] Di bawah bimibingan bekas pemain Luís Vinício, Napoli layak ke kejohanan Piala UEFA pada musim 1974-75 dan mereka melangkah ke pusingan kalah mati sebelum tewas kepada pasukan Republik Czech, Baník Ostrava 3-1 secara agregat. Pada musim sama, Napoli menduduki tempat naib juara Serie A di belakang pendahulu Juventus.[19]

Selepas menewaskan Southampton 4–1 secara agregat untuk meraih Piala Liga Itali-Inggeris,[20] Napoli layak ke Piala Juara-Juara UEFA pada musim 1976-77, mereka melangkah ke separuh akhir sebelum tewas 2-1 kepada wakil Belgium, Anderlecht.[21] Mereka juga merangkul kejuaraan kedua, Coppa Italia pada 1975–76 dengan menyingkirkan Milan dan Fiorentina sebelum menewaskan Verona 4–0 dalam perlawanan akhir.[22] Dalam liga Itali, prestasi Napoli agak konsisten dan termasuk dalam enam pasukan gergasi Itali pada lewat 1970an.[23] Pada awal 1980an, kelab ini menduduki tempat ketiga pada musim 1980-81. Walau bagaimanapun, kelab ini terselamat daripada zon penyingkiran pada tahun 1983.[24]

Maradona bersama Platini dari Juventus ketika musim 1986-87.

Napoli memecah rekod perpindahan dunia apabila mengikat Diego Maradona dari Barcelona dengan harga 12 juta euro pada 30 Jun 1984.[25] Pasukan Napoli mula bangkit apabila menduduki tempat ketiga untuk musim 1985-86. Pada musim 1986–87 merupakan musim bersejarah bagi pasukan Napoli apabila mereka akhirnya menjulang trofi Serie A dan merangkul kejuaraan Coppa Italia setelah menewaskan Atalanta 4–0. Disebabkan pasukan dari Selatan Itali tidak pernah menjuarai sebarang kejuaraan liga, kali ini Maradona mengubah sosial, budaya dan ikon agama[26] untuk orang-orang Napoli.

Kelab ini tidak terlalu cemerlang dalam peringkat Piala Eropah pada musim berikutnya dan sekadar naib juara di Serie A. Walau bagaimanapun Napoli menjadi juara Piala UEFA 1988-89 dan merangkul kejuaraan Eropah pertama. Napoli menambah lagi gelaran Serie A pada musim 1989-90 selepas perbezaan dua mata dengan Milan.

Ketika Piala Dunia FIFA 1990, San Paolo satu-satunya stadium yang tidak mengejek lagu kebangsaan Argentina ketika berlangsung dan Maradona tunduk kepada penyokong Napoli dan akhirnya negara Maradona layak ke perlawanan akhir. Walau bagaimanapun, selepas perlawanan akhir, Persekutuan Bola Sepak Itali memaksa Maradona melakukan ujian doping dan keputusannya beliau didapati negatif kerana mengambil kokain. Kemudian, Maradona berkata bahawa ia adalah satu plot untuk membalas dendam untuk acara-acara di Piala Dunia. Maradona digantung 15 bulan dan dilarang untuk bermain bersama Napoli lagi. Kelab ni menjuarai Supercoppa Italiana pada tahun yang sama selepas melakar kemenangan 5-1 ke atas Juventus dan ini merupakan trofi terakhir buat Napoli dalam masa 22 tahun. Pada saingan Piala Eropah, mereka tersingkir di pusingan kedua.

Kemerosotan dan kebangkitan[sunting | sunting sumber]

Napoli menamatkan musim 1991-92 di tempat keempat dan Napoli beransur-ansur menjadi merosot selepas musim itu. Pemain-pemain seperti Gianfranco Zola, Daniel Fonseca, Ciro Ferrara dan Careca meninggalkan Napoli pada tahun 1994. Napoli tidak berjaya ke Piala UEFA 1994-95 kerana tersingkir dalam pusingan kelayakan. Namun, Napoli mara ke perlawanan akhir Coppa Italia 1996-97 namun tewas 3-1 kepada Vicenza. Prestasi Napoli di Serie A amat mengecewakan dan akhirnya Napoli tersingkir ke Serie B pada penghujung musim 1997-98 selepas hanya mencatat tiga kemenangan sepanjang musim.

Kelab ini kebali ke Serie A selepas musim 1999-2000 dan namun, kelab ini sekali lagi tersingkir ke divisyen kedua pada musim berikutnya. Di Serie B, mereka gagal untuk mendapat tempat di Serie A pada musim depan. Mereka gagal untuk merebut tempat ke Serie A apabila beraksi di Serie B untuk musim 2001-02. Untuk memulihkan keadaan bola sepak di Naples, pembikin filem Aurelio De Laurentiis menukarkan nama kelab ini kepada Napoli Soccer. Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) meletakkan Napoli dalam Serie C1 dan mereka juga gagal merebut tempat untuk kenaikan liga pada musim Serie C1 2004-05.

Disebabkan Napoli bermain di divisyen tercorot, purata kehadiran penontonnya mengalahkan kelab dari Serie A dengan memecah rekod kehadiran Serie C sebanyak 51,000 penonton pada satu perlawanan. Pada musim berikutnya, mereka akhirnya kembali ke Serie B dan De Laurentiis memperbaharui nama kelab ini kepada Società Sportiva Calcio Napoli pada Mei 2006. Mereka berjaya menerima kenaikan liga pada musim 2006-07 selepas mengalahkan Genoa pada perlawanan akhir musim. Napoli menamatkan kempen di Serie A bagi musim 2007-08 di tempat ketujuh liga dan memberikannya tempat di pusingan kelayakan Piala Intertoto UEFA.

Pada musim 2007-08, Napoli disaksikan layak ke Piala UEFA 2007-08 melalui Piala Intertoto 2008. Namun, pasukan ini tersingkir pada pusingan pertama oleh Benfica. Pada peringkat domestik, Napoli bermua dengan menarik apabila menduduki tempat di Liga Juara-Juara namun apabila di pertengahan musim, Napoli jatuh ke tangga 11 liga dan kesannya jurulatih Edy Reja dipecat pada Mac 2009 dan bekas jurulatih pasukan kebangsaan Itali, Roberto Donadoni dilantik bagi menggantikannya.

Napoli memulakan musim 2009-10 di Serie A dengan beberapa keputusan yang tidak memuaskan. Selepas tewas 2-1 kepada Roma pada Oktober 2009, Donadoni melepaskan tugasnya dan digantikan oleh Walter Mazzarri. Di bawah bimbingan Mazzarri, Napoli melonjak ke tangga enam liga dan menempah tempat ke Liga Europa. Napoli membeli beberapa pemain terkenal antaranya Edinson Cavani untuk menghadapi musim 2010-11. Akhirnya, Napoli menduduki tempat ketiga liga dan layak ke Liga Juara-Juara untuk musim hadapan.

Barisan pemain Napoli pada tahun 2015

Pada musim 2011-12, Napoli menamatkan musim kelima di Serie A tetapi berjaya mengalahkan juara liga, Juventus di Stadio Olimpico untuk menjulang Coppa Italia buat kali keempat dalam sejarah kelab selepas 25 tahun penantiannya. Napoli juga melalui musim cemerlang dalam Liga Juara-Juara selepas penyertaan pertamanya pada musim 1990-91. Napoli menduduki tempat kedua kumpulan di belakang kelab gergasi Jerman, Bayern Munich dan memintas Manchester City, akhirnya layak ke pusingan 16 sebelum disingkirkan oleh Chelsea.

Pada musim 2012-13, Napoli menduduki tempat kedua Serie A dan ini adalah kedudukan terbaik Napoli sejak memenangi scudetto pada musim 1989-90. Edinson Cavani menjadi penjaring terbanyak liga dengan menjaringkan 29 gol sebelum beliau dijual ke Paris Saint-Germain untuk menjadi rekod perpindahan tertinggi kelab sebanyak 57 juta paun sterling.

Untuk menghadapi musim seterusnya, Walter Mazzarri meninggalkan Napoli untuk menjadi jurulatih Internazionale dan digantikan oleh pengurus dari Sepanyol, Rafael Benítez, ini membuatkan beliau menjadi jurulatih asing membiming Napoli sejak Zdeněk Zeman dari Republik Czech pada tahun 2000.[27] Hasil penjualan Cavani, Napoli membeli tiga pemain Real Madrid iaitu Gonzalo Higuaín, Raúl Albiol dan José Callejón selain Dries Mertens dan Pepe Reina. Mereka menamatkan musim ini dengan menjuarai Coppa Italia selepas mengalahkan Fiorentina, 3-1 dan menjadikan trofi kelima buat Napoli. Selain itu, Napoli juga menduduki tempat ketiga di Serie A dan membolehkannya untuk beraksi di Liga Juara-Juara pada musim hadapan. Menurut Statistik dan Sejarah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS), Napoli dipilih sebagai kelab ketiga terbaik dunia pada tahun 2015 walaupun gagal layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA 2014-15.

Pada 1 Disember 2015, selepas mengalahkan Inter Milan, 2-1 di halaman sendiri, Napoli gah di tangga teratas Serie A buat pertama kali dalam masa 25 tahun. Pada 10 Januari 2016, kemenangan 5-1 ke atas Frosinone di tempat lawan membolehkan Napoli juara liga buat separuh musim dan berterima kasih kepada Sassuolo yang menang tipis 1-0 ke atas Inter di San Siro.

Imej[sunting | sunting sumber]

Naples merupakan sebuah kota yang didirikan di tepi pantai dan warna-warna kelab ini diambil daripada laut Teluk Naples. Asalnya, warna-warna ini disertakan dengan nama kelab Napoli FBC. Sejak 1920an hanya warna biru sahaja digunakan untuk memaparkan warna azure (biru) supaya mereka berkongsi nama samaran azzurri bersama pasukan kebangsaan Itali.

Salah satu nama samaran Napoli ialah I ciucciarelli yang membawa maksud "keldai kecil" dalam dialek tempatan dan mereka diberi gelaran ini apabila Napoli beraksi hambar ketika musim 1926–27. Ia pada membawa erti penghinaan, namun Napoli tetap menggunakan keldai sebagai maskot yang digelar 'O Ciuccio, memaparkan dengan bangganya.[28]

Lambang kelab Napoli sangat terkenal dengan huruf "N" yang tertera dalam satu bulatan. Lambang ini dapat dijejak ke kelab Internazionale Napoli, juga menggunakan lambang yang hampir sama pada pakaiannya. Sejak Napoli secara rasminya memakai lambang "N", Napoli telah mengubah sedikit demi sedikit pada masa-masa tertentu; kadang-kadang ia meletakkan nama kelab di keliling lambang tetapi kadang-kadang tidak. Manakala huruf "N" yang tertera di lambang kebiasannya berwarna putih tetapi kadang-kadang diletakkan warna emas.

Partenopei merupakan nama samaran popular untuk orang dan kelab dari kota Naples pada amnya. Ia berdasarkan mitologi Yunani di mana Siren Parthenópē cuba untuk memikat Odysseus dari atas kapalnya untuk ke Capri. Akhirnya, Parthenope tidak mampu hidup apabila cintanya ditolak oleh Odysseus lalu beliau terjun dan mayatnya naik ke permukaan air di pesisiran Naples.

Peminat dan pesaing[sunting | sunting sumber]

Ultras Napoli di Stadio San Paolo

Napoli merupakan kelab keempat memiliki peminat teramai di Itali dan sekitar 13% peratus peminatnya di seluruh Itali. Sama seperti kelab-kelab Itali terkenal lain, terdapat kira-kira 6 juta peminat Napoli di seluruh dunia. Napoli juga menjai terkenal kerana purata kehadiran ke stadium tuan rumah antara tertinggi di Eropah.

Penyokong atau peminat Napoli selalunya mempunyai hubungan panas terutamanya ke atas pasukan-pasukan dari utara Itali. Salah satu persaingan bersejarah ialah bersama kelab Hellas Verona dan kemudian pada lewat 1980an, Napoli mempunyai persaingan ketat dengan Internazionale, Juventus dan AC Milan. Selain itu, Napoli juga mempunyai permusuhan dengan beberapa kelab Itali yang lain seperti Sampdoria, Reggina, Atalanta, Avellino, Bari, Bologna, Brescia, Cagliari, Lecce, Salernitana, Vicenza dan Udinese.

Tidak seperti bandar-bandar Itali lain seperti Genoa, Milan, Rom dan Turin, Napoli adalah satu-satunya kelab bola sepak terbesar di Naples dan tiada istilah "pertembungan" (derby) di Napoli. Walau bagaimanapun, terdapat dua pertembungan yang dinanti-nantikan oleh semua penyokong Napoli iaitu:

Derby della Campania amnya merujuk kepada kelab dari Campania iaitu Avellino dan Salernitana. Walau bagaimanapun, kedua-dua pasukan ini kebanyakannya bermain di divisyen bawahan dan pertemuan ini biasanya sering daidakan di Coppa Italia.

Pertembungan Matahari (juga disebut Pertembungan Selatan), di antara Napoli dan Roma.

Persahabatan antara penyokong-penyokong Napoli dan Genoa adalah yang tertua dalam bola sepak Itali dan dapat diimbas kembali pada 16 Mei 1982 berikutan seri 2-2 di Napoli antara dua-dua pasukan pada hari terakhir musim 1981-82 di Serie A. Keputusannya Genoa berjaya melepasi zon penyingkiran manakala AC Milan tersingkir buat kali kedua dari Serie A ke Serie B dalam sejarahnya. Hubungan kedua-dua penyokong pasukan ini semakin kukuh apabila pada hari terakhir musim 2006-07 di Serie B, kedua-dua pasukan berkesudahan seri 0-0 di Genoa dan kedua-dua pasukan layak ke Serie A untuk musim berikutnya. Ultrs Genoa dapat dilihan memegang spanduk yang tertulis "Benvenuto fratello napoletano", bermaksud "Selamat datang, abang Napoli".

Pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad semasa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 30 Ogos 2017
No. Posisi Pemain
1 Brazil GK Rafael Cabral
5 Brazil MF Allan
6 Portugal DF Mário Rui (dipinjam dari Roma)
7 Sepanyol FW José Callejón
8 Itali MF Jorginho
11 Itali DF Christian Maggio
14 Belgium FW Dries Mertens
15 Itali MF Emanuele Giaccherini
17 Slovakia MF Marek Hamšík (kapten)
18 Brazil FW Leandrinho
19 Serbia DF Nikola Maksimović
20 Poland MF Piotr Zieliński
21 Romania DF Vlad Chiricheș
No. Posisi Pemain
22 Itali GK Luigi Sepe
23 Albania DF Elseid Hysaj
24 Itali FW Lorenzo Insigne
25 Sepanyol GK Pepe Reina
26 Senegal DF Kalidou Koulibaly
27 Itali FW Alessio Zerbin
30 Croatia MF Marko Rog
31 Algeria DF Faouzi Ghoulam
33 Sepanyol DF Raúl Albiol
37 Algeria MF Adam Ounas
42 Guinea MF Amadou Diawara
62 Itali DF Lorenzo Tonelli
99 Poland FW Arkadiusz Milik

Dipinjam[sunting | sunting sumber]

Sehingga 27 Ogos 2016
No. Posisi Pemain
Itali GK Nikita Contini Baranovsky (di Pontedera hingga 30 Jun 2018)
Itali DF Daniele Celiento (diViterbese hingga 30 Jun 2018)
Itali DF Luigi D'Ignazio (diCuneo hingga 30 Jun 2018)
Poland DF Igor Łasicki (diWisła Płock hingga 30 Jun 2018)
Itali DF Sebastiano Luperto (diEmpoli hingga 30 Jun 2018)
Itali MF Diego Acunzo (diFermana hingga 30 Jun 2018)
Itali MF Armando Anastasio (diCarpi hingga 30 Jun 2018)
Itali MF Alfredo Bifulco (diPro Vercelli hingga 30 Jun 2018)
Itali MF Jacopo Dezi (di Parma hingga 30 Jun 2018)
Itali MF Alberto Grassi (di SPAL hingga 30 Jun 2018)
No. Posisi Pemain
Itali MF Luca Palmiero (di Cosenza hingga 30 Jun 2018)
Itali MF Mario Prezioso (di Carpi hingga 30 Jun 2018)
Itali MF Antonio Romano (di Carpi hingga 30 Jun 2018)
Itali FW Roberto Inglese (di Chievo hingga 30 Jun 2018)
Itali FW Roberto Insigne (di Parma hingga 30 Jun 2018)
Itali FW Luigi Liguori (di Cosenza hingga 30 Jun 2018)
Itali FW Antonio Negro (di Paganese hingga 30 Jun 2018)
Itali FW Leonardo Pavoletti (di Cagliari hingga 30 Jun 2018)
Itali FW Gennaro Tutino (di Cosenza hingga 30 Jun 2018)
Colombia FW Duván Zapata (di Sampdoria hingga 30 Jun 2018)

Nombor disimpan[sunting | sunting sumber]

Pada musim panas 2000, Napoli menyimpan jersi nombor 10 sebagai penghormatan kepada bekas legenda kelab, Diego Armando Maradona yang bermain untuk kelab ini dari tahun 1984 hingga 1991. Pemain terakhir yang memakai jersi nombor 10 ialah Fausto Pizzi (1995–1996), Beto (pada 1996–1997), Igor Protti merupakan pemain terakhir yang bermain dan menjaringkan gol dengan memakai jersi nombor 10 pada perlawanan Serie A musim 1997–1998 dan Claudio Bellucci pula pada 1998–1999 dan 1999–2000 di Serie B. Ketika Napoli menempuhi musim-musim hambar, nombor 10 digunakan semula dari tahun 2004 hingga 2006 apabila Napoli bermain di Serie C1 dan kejuaraan ini menyuruh pemain-pemain menggunakan nombor 1 hingga 11. Pemain terakhir yang menjaringkan gol menggunakan jersi ini ialah Mariano Bogliacino pada 18 Mei 2006 menentang Spezia pada perlawanan terakhir Supercoppa di Lega Serie C1; ia sebagai penampilan terakhir beliau pada kejuaaan itu. Roberto Sosa menjadi pemain terakhir menyarung jersi nombor 10 di San Paolo dan pada masa yang sama, beliau menjaringkan gol menentang Frosinone pada 30 April 2006.

Kakitangan pasukan[sunting | sunting sumber]

Posisi
Ketua jurulatih Maurizio Sarri
Pembantu jurulatih Francesco Calzona
Jurulatih kecergasan Francesco Sinatti
Jurulatih kecergasan Corrado Saccone
Jurulatih penjaga gol Alessandro Nista
Penganalisa taktik Simone Bonomi
Pembantu teknikal Giandomenico Costi
Direktor kesihatan Dr. Alfonso De Nicola
Pakar terapi fizikal Enrico D'Andrea
Doktor sukan Dr. Raffaele Canonico
Rehabilitator Rosario D'Onofrio
Pakar terapi fizikal Giovanni D'Avino
Pakar terapi fizikal Agostino Santaniello
Tukang urut Marco Di Lullo
Posisi
Presiden Aurelio De Laurentiis
Naib-presiden Jacqueline Marie Baudit
Naib-presiden Edoardo De Laurentiis
Ahli lembaga Andrea Chiavelli
Ketua Operasi, Penjualan dan Pemasaran Alessandro Formisano
Pengurus pentadbiran Laura Belli
Pengurus am sukan Cristiano Giuntoli
Pengurus komunikasi Nicola Lombardo
Pengurus pematuhan dan pentadbiran Antonio Saracino
Setiausaha Alberto Vallefuoco
Pengurus pasukan Giovanni Paolo De Matteis
Kerani persidangan Guido Baldari

Senarai presiden[sunting | sunting sumber]

 
Nama Tahun
Giorgio Ascarelli 1926–27
Gustavo Zinzaro 1927–28
Giovanni Maresca 1928–29
Giorgio Ascarelli 1929–30
Giovanni Maresca
Eugenio Coppola
1930–32
Vincenzo Savarese 1932–36
Achille Lauro 1936–40
Gaetano Del Pezzo 1941
Tommaso Leonetti 1942–43
Luigi Piscitelli 1941–43
Annibale Fienga 1943–45
Vincenzo Savarese 1945–46
 
Nama Tahun
Pasquale Russo 1946–48
Egidio Musollino 1948–51
Alfonso Cuomo 1951–52
Achille Lauro 1952–54
Alfonso Cuomo 1954–63
Luigi Scuotto 1963–64
Roberto Fiore 1964–67
Gioacchino Lauro 1967–68
Antonio Corcione 1968–69
Corrado Ferlaino 1969–71
Ettore Sacchi 1971–72
Corrado Ferlaino 1972–83
Marino Brancaccio 1983
 
Nama Tahun
Corrado Ferlaino 1983–93
Ellenio F. Gallo 1993–95
Vincenzo Schiano di Colella
(presiden kehormat)
1995–96
Gian Marco Innocenti
(presiden kehormat)
1997–98
Federico Scalingi
(presiden kehormat)
1999–00
Giorgio Corbelli 2000–02
Salvatore Naldi 2002–04
Aurelio De Laurentiis 2004–

Senarai pengurus[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Domestik[sunting | sunting sumber]

Eropah[sunting | sunting sumber]

Kejuaraan lain[sunting | sunting sumber]

  • Juara (1): 1976
  • Juara (1): 1966

Rekod dan statistik kelab[sunting | sunting sumber]

Gonzalo Higuaín, menjadi pemain termahal dijual Napoli ketika beliau melakukan perpindahan ke Juventus.

Giuseppe Bruscolotti memegang rekod kemunculan terbanyak Napoli iaitu 511 penampilan selama 16 tahun dari 1972 until 1988. Antonio Juliano memegang rekod sebagai kemunculan liga terbanyak iaitu 394 kemunculan (355 di Serie A) apabila beliau bermain di Napoli selama 16 tahun dari 1962 hingga 1978.[29]

Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Napoli iaitu Diego Armando Maradona telah menjaringkan 115 gol liga. Beliau menamatkan musim sebagai capocannoniere pada musim 1987–88 dengan 15 gol.[30] Rekod untuk gol terbanyak dalam liga record for most goals in the league (termasuk Divisione Nazionale) jatuh kepada Attila Sallustro dengan 106 gol dihasilkan olehnya manakala penjaring terbanyak Napoli di Serie A ialah Antonio Vojak bersama 102 gol Gonzalo Higuaín pula menjadi pemain menjaringkan jumlah gol terbanyak pada satu musim iaitu 36 gol ketika musim 2015-16.

Kemenangan terbesar direkodkan ialah 8-1 ketika menentang Pro Patria pada musim 1955–56 di Serie A.[31] Kekalahan terbesar Napoli ialah pada musim 1927–28 menentang juara liga, Torino dengan skor 11 berbalas kosong.[32]

Pada 26 Julai 2016, pemain Napoli Gonzalo Higuaín menjadi pemain ketiga termahal sepanjang zaman dan perpindahan tertinggi melibatkan kelab Itali[33] apabila beliau diikat 90 juta euro oleh Juventus.[34]

S.S.C. Napoli sebagai sebuah syarikat[sunting | sunting sumber]

S.S.C. Napoli telah jauh dari divisyen utama pada 2004. Berterima kasih kepada Article 52 of N.O.I.F., nama kelab diubah ke Napoli Soccer (kemudian Napoli) pada masa yang sama, manakala Napoli yang lama dibubarkan. Ketika Napoli di ambang bankrup, kelab ini terhumban ke masalah kewangan untuk mencapai pendapatan operasi positif. Pada masa itu, kelab ini menggunakan bayaran tunai termasuklah pertukaran pemain untuk meningkatkan keuntungan jangka pendek (€28,329,090 in 2000–01; €17,721,534 pada musim 2001–02 season), tetapi ia juga menambahkan kos jangka panjang (pelunasan) melalui pembelian pemain. Pada dua musim terakhir sebelum bakrup, kelab ini diselamatkan oleh pelunasan perakaunan tidak-standard. Ia dibantu oleh Silvio Berlusconi, pemilik Milan dan Perdana Menteri Itali ketika itu yang melaksanakan Undang-undang Itali 91/1981, Artikel 18B. Napoli mengurangkan pelunasan dengan mendadaknya dari 33,437,075 euro hingga 1,659,088 euro + €4,660,123, kerana kontrak pemain ditangguhkan untuk melunaskan secara ansuran selama 10 tahun, dan bukannya yang berbeza-beza dari 1 hingga 5 tahun tempoh kontrak pemain. Walau bagaimanapun, pengamalan ini tidak mampu menyelamatkan kelab ini terlepas dari masalah kewangan dan akhirna pemilik kelab ini berundur.

Sejak ditubuhkan semula pada 2004, S.S.C. Napoli S.p.A. mempunyai strategi pengurusan yang mampan. Kelab ini mempunyai satu daripada kumpulan penyokong terbesar di Itali di mana sumber pendapatan diperoleh melalui pendappatan stadium dan hak TV. Kecuali pada musim pertama, Napoli mencatat keuntungan agregat dalam dua musm berturut-turut: pada 2004–05 dan 2005–06 mereka kerugian €7,061,463 dan €9,088,780. Pada musim 2006-07 di Serie B, Napoli mencatat keuntungan pertama iaitu €1,416,976. Musim pertama Napoli di Serie A membuatkan Napoli mencatatkan keuntungan bersih €11,911,041. Ia diikuti oleh keuntungan sebanyak €10,934,520 oleh kerana pendapatan dari perlawanan-perlawanan Eropah yang dibimbangi dapat menambah kos. Pada musim 2009–10, Napoli banyak melabur pemain-pemain dan menyebabkan mereka hanya mencatatkan keuntungan hanya €343,686. Pada musim Serie A 2010–11, Napoli kembali mencatat semul keuntungan di peringkat baik iaitu €4,197,829. Jumlah penambahan ini kerana hak TV baru untuk siaran Serie A selain mereka layak ke Liga Europa UEFA 2010-11. Pemegang saham ekuiti Napoli pada 30 Jun 2005 ialah negatif €261,466, yang mana kelab ini bermula dengan pendapatan modal €3 juta dan modal semula sebanyak €3.8 juta ketika Serie C1 2004–05.

S.S.C. Napoli S.p.A.
penyata kewangan yang berasingan (source)
Tahun Perolehan Keputusan Jumlah aset Keuntungan aset Pemodalan semula
S.S.C. Napoli S.p.A. (P.I. 03486600632) kadar pertukaran €1 = L1936.27
Serie B 1999–2000[35] €25,120,308*# €203,378*[36] €111,556,811* €5,952,921*
Serie A 2000–01[37] €54,966,464*# (€2,036,451)* €154,624,699* €3,896,132* €0
Serie B 2001–02[38] €21,183,736*# (€28,856,093)* €92,721,662* (€2,166,997)* ~€22.8 juta
Serie B 2002–03[39] €20,428,522*# (€13,754,506) €67,994,171*¶ (€966,735) ~€15 juta
Serie B 2003–04 Tiada kerana bankrup
S.S.C. Napoli S.p.A. (P.I. 04855461218) permulaan modal: €3 juta**
Serie C1 2004–05[40] €11,174,000 (€7,061,463) €37,117,126 (€261,466) €3,800,000
Serie C1 2005–06 [41] €12,068,630 (€9,088,780) €37,299,498 €211,220 €9,561,466
Serie B 2006–07[42] €41,411,837 €1,419,976 €47,917,274 €1,916,975 €288,780
Serie A 2007–08[43] €88,428,490 €11,911,041 €86,244,038 €13,829,015 €1,000
Serie A 2008–09[44] €108,211,134 €10,934,520 €81,199,725 €24,763,537 €0
Serie A 2009–10[45] €110,849,458 €343,686 €117,237,581 €25,107,223 €0
€131,476,940 €4,197,829 €110,053,332 €29,305,052
Serie A 2011–12 €155,929,550 €14,720,757 €138,168,981 €44,025,810
Serie A 2012–13 €151,922,436 €8,073,447 €136,748,114 €52,099,258
Serie A 2013–14 €237,034,664 €20,217,304 €215,764,185 €72,316,563
Serie A 2014–15
Agregat
Purata

Pengeluar jersi dan penaja[sunting | sunting sumber]

Tempoh Pengeluar Penaja
1978–80 Puma Tiada
1980–81 NR (Ennerre)
1981–82 Snaidero
1982–83 Cirio
1983–84 Latte Berna
1984–85 Linea Time Cirio
1985–88 NR (Ennerre) Buitoni
1988–91 Mars
1991–94 Umbro Voiello
1994–96 Lotto Record Cucine
1996–97 Centrale del Latte di Napoli
1997–99 Nike Polenghi
1999–00 Peroni
2000–03 Diadora
2003–04 Legea Russo di Cicciano
2004–06 Kappa Sky Captain / Christmas in Love / Manuale d'amore / Mandi
2005–06 Lete
2006–09 Diadora
2009–11 Macron
2011–14 Lete-MSC (Lete hanya Liga Juara-Juara dan Liga Europa)
2014–15 Lete-Pasta Garofalo (Lete hanya Liga Juara-Juara dan Liga Europa)
2015– Kappa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Deloitte Football Money League 2014". Deloitte. Dicapai pada 9 October 2014. 
  2. ^ "Member associations - UEFA rankings - Season club coefficients –". Uefa.com. 2016-03-18. Dicapai pada 2016-04-05. 
  3. ^ "Napoli was rated the third best Club in the World in 2015 according to the IFFHS". www.sscnapoli.it. Dicapai pada 2016-01-11. 
  4. ^ "Willy Garbutt, The Italian Trailblazer". British Council. 23 June 2007. Diarkibkan daripada original pada 30 March 2008. 
  5. ^ "La Storia – Periodo 1904–1926". Napolissimo. 23 June 2007. 
  6. ^ name="earlyhistory"
  7. ^ name="earlyhistory"
  8. ^ "A short history of Napoli's roots: The Spark of Life". 'O Ciuccio. 24 June 2007. 
  9. ^ name="league">Modena, Panini Edizioni (2005). Almanacco Illustrato del Calcio – La Storia 1898–2004. 
  10. ^ "Il primo, e ancora indimenticato idolo, dei tifosi partenope". Cronologia. 26 June 2007. 
  11. ^ name="league"
  12. ^ name="league"
  13. ^ "Italy 1947/48". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. 
  14. ^ "Italy – Coppa Italia History". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. 26 June 2007. 
  15. ^ name="calcionap"
  16. ^ name="calcionap"
  17. ^ name="league"
  18. ^ name="league"
  19. ^ name="league"
  20. ^ "Anglo-Italian League Cup". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. 24 June 2007. 
  21. ^ "UEFA Cup Winners' Cup". UEFA. 26 June 2007. Diarkibkan daripada original pada 11 January 2008. 
  22. ^ name="calcionap"
  23. ^ name="league"
  24. ^ name="league"
  25. ^ "Finals Countdown: Argentina". U4 The Game. 26 June 2007. 
  26. ^ name="d10s">"People's champion". Channel 4. 26 June 2007. Diarkibkan daripada original pada 29 May 2010. 
  27. ^ "Rafa Benitez Is Napoli Manager". BBC. Dicapai pada 27 May 2013. 
  28. ^ "A short history of Napoli's roots". 'O Ciuccio. 24 June 2007. 
  29. ^ name="playerrecord"
  30. ^ "Italy – Serie A Top Scorers". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada August 2007. 
  31. ^ name="league"
  32. ^ name="league"
  33. ^ "Gonzalo Higuain's £75m Juventus move – its place in history and what it means for football". eurosport.com. 26 July 2016. Dicapai pada 26 July 2016. 
  34. ^ "Higuain joins Juventus". juventus.com. 26 July 2016. Dicapai pada 26 July 2016. 
  35. ^ name=Napoli2001bilancio
  36. ^ excluding 10% profit contribution to youth sectors, by article 10 of Italian Law 91/1981
  37. ^ name=Napoli2001bilancio
  38. ^ name=Napoli2002bilancio
  39. ^ name=Napoli2003bilancio
  40. ^ name=Napoli2005bilancio
  41. ^ name=Napoli2006bilancio
  42. ^ name=Napoli2007bilancio
  43. ^ name=Napoli2008bilancio
  44. ^ name=Napoli2009bilancio
  45. ^ name=Napoli2010bilancio

Pautan luar[sunting | sunting sumber]