Pierluigi Gollini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pierluigi Gollini
Maklumat peribadi
Nama penuh Pierluigi Gollini[1]
Tarikh lahir (1995-03-18) 18 Mac 1995 (umur 29)
Tempat lahir Bologna, Itali
Ketinggian 1.94 m (6 ka 4 in)[2]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Napoli (dipinjam dari Atalanta)
Kerjaya remaja
2010–2012 Fiorentina
2012–2014 Manchester United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2016 Hellas Verona 29 (0)
2016–2018 Aston Villa 20 (0)
2017–2018Atalanta (pinjam) 11 (0)
2018– Atalanta 78 (0)
2021–2022Tottenham Hotspur (pinjam) 0 (0)
2022–2023Fiorentina (pinjam) 3 (0)
2023–Napoli (pinjam) 4 (0)
Pasukan kebangsaan
2012–2013 Itali B18 7 (0)
2013–2014 Itali B19 8 (0)
2015 Itali B20 2 (0)
2016–2017 Itali B21 3 (0)
2019– Itali 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 Mei 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 November 2019

Pierluigi Gollini (lahir 18 Mac 1995) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Serie A, Napoli secara pinjaman dari Atalanta dan pasukan kebangsaan Itali.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Gollini telah menyertai kelab Hellas Verona dari Manchester United pada tahun 2014. Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A pada 24 September 2014 dalam aksi terikat seri 2-2 bertemu Genoa.[3]

Selepas menghabiskan dua musim d Verona, Gollini melakukan perpindahan ke kelab Liga Kejuaraan, Aston Villa pada 8 Julai 2016.[4] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Aston Villa dalam perlawanan persahabatan membelasah kelab Austria, Grazer AK 8-0 pada hari berikutnya.[5]

Pada 13 Januari 2017, Gollini berpindah ke Atalanta secara pinjaman selama 18 bulan. Pada 10 Jun 2018, Gollini dibawa masuk secara tetap ke Atalanta dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan.[6] Beliau menghabiskan masa selama setahun setengah sebagai penjaga gol kedua kepada Etrit Berisha. Namun, beliau berjaya merebut sebagai penjaga gol utama Atalanta pada separuh kedua musim. Berisha telah berpindah sebagai pemain pinjaman pada musim panas berikutnya lalu membolehkan Gollini meraih tempat sebagai penjaga gol pertama.[7] Gollini beraksi dalam setiap aksi sulung Atalanta di Liga Juara-Juara UEFA yang menyaksikan pasukannya menduduki tangga kedua peringkat kumpulan sekali gus melayakkan diri ke peringkat kalah-mati.[8]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Gollini melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Itali pada 2 Jun 2016 dalam aksi yang berakhir dengan kekalahan 0-1 kepada Perancis.[9]

Beliau melakukan penampilan pertamanya bersama skuad senior ketika di bawah kendalian pengurus Roberto Mancini pada 15 November 2019. Beliau beraksi sebagai pemain gantian pada lewat permainan menggantikan Gianluigi Donnarumma dalam aksi menumpaskan Bosnia dan Herzegovina 3-0 pada perlawanan kelayakan UEFA Euro 2020.[10]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 1 Mac 2020.[11]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Hellas Verona 2014–15 3 0 0 0 3 0
2015–16 26 0 1 0 27 0
Jumlah 29 0 1 0 30 0
England Aston Villa 2016–17 20 0 0 0 20 0
Itali Atalanta 2016–17 4 0 0 0 4 0
2017–18 7 0 1 0 0 0 8 0
2018–19 20 0 3 0 4[a] 0 27 0
2019–20 22 0 1 0 7[b] 0 30 0
Jumlah 53 0 5 0 11 0 69 0
Jumlah kerjaya 112 0 6 0 11 0 129 0
  1. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.
  2. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 15 November 2019.[12]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2019 1 0
Jumlah 1 0

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Club list of registered players: As at 19th May 2018: Aston Villa" (PDF). English Football League. m/s. 2. Dicapai pada 16 June 2018.
  2. ^ https://www.atalanta.it/personaggi/pierluigi-gollini
  3. ^ "Hellas Verona vs. Genoa - 24 September 2014 - Soccerway". soccerway.com. Dicapai pada 28 September 2014.
  4. ^ "Pierluigi Gollini: Aston Villa sign Hellas Verona goalkeeper". BBC Sport (British Broadcasting Corporation). 8 July 2016. Dicapai pada 8 July 2016.
  5. ^ "Match report: GAK Graz 0-8 Villa". Aston Villa FC. 9 July 2016. Dicapai pada 10 July 2016.
  6. ^ "Pierluigi Gollini: Aston Villa sell goalkeeper to Atalanta after loan spell". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 10 June 2018. Dicapai pada 10 June 2018.
  7. ^ "SPAL acquires Berisha on loan from Atalanta". gianlucadimarzio.com (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 12 December 2019.
  8. ^ "Shakhtar Donetsk 0-3 Atalanta: Italian side reach Champions League last 16" (dalam bahasa Inggeris). 11 December 2019. Dicapai pada 12 December 2019.
  9. ^ "Under 21, Italia-Francia 0-1: Cornet firma il primo k.o. del bienno di Di Biagio". La Gazzetta dello Sport. 2 June 2016. Dicapai pada 6 August 2016.
  10. ^ "Italy: Dominant display in Bosnia". Football Italia. 15 November 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-15. Dicapai pada 15 November 2019.
  11. ^ Biodata Pierluigi Gollini di Soccerway
  12. ^ Templat:NFT

Pautan luar[sunting | sunting sumber]