Ghazali Sumantri
Ghazali Sumantri | |
---|---|
![]() Ghazali Sumantri semasa zaman mudanya | |
Kelahiran | Ghazali bin Ramli 1930 |
Meninggal dunia | 1 Januari 2001 (berumur 70–71) Hospital Seberang Jaya, Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia |
Sebab kematian | Sakit jantung, radang sendi, angin ahmar |
Pekerjaan | Pelakon, penolong pengarah |
Tahun aktif | 1952–1992 |
Anak-anak | 5 |
Ghazali bin Ramli atau lebih terkenal sebagai Ghazali Sumantri (1930 - 1 Januari 2001)[1] merupakan seorang pelakon filem Melayu era hitam putih, yang paling dikenali dengan memainkan watak sultan dengan memainkan watak raja dalam trilogi Aladdin bersama Ali Rahman, Mariam, Jaafar Shah dan M. Amin.
Pernah bekerja sebagai seorang anak kapal sebelumnya. Selepas menceburkan diri ke dalam bidang lakonan, beliau telah berlakon dalam 70 buah filem sepanjang kerjayanya. Ghazali telah meminati bidang seni sejak zaman kanak-kanaknya lagi, sebelum bekerja sebagai anak kapal. Sungguhpun begitu, minatnya dalam bidang seni membuatkan beliau sering berulang-alik ke Studio Cathay-Keris Film Productions apabila berehat antara pelayaran sebagai anak kapal. Di sana, perwatakan dan gayanya telah menarik minat pihak studio dan dia telah mendapat peluang untuk berlakon, dan sejak dari itu, dia tidak lagi menoleh ke belakang.
Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]
Ghazali bin Ramli telah berjinak dalam bidang seni sejak remaja lagi, bila mana dia melibatkan diri dalam pertunjukan bangsawan yang diadakan di Kedah, tempat asalnya. Bagaimanapun minatnya itu terpaksa dipendamkan apabila beliau mula bekerja sebagai anak kapal dan sering dalam perlayaran untuk tempoh yang panjang. Bagaimanapun, beliau masih menyimpan minat dalam bidang seni dan beliau sering berulang-alik ke Studio Cathay Kris untuk bertemu dengan pelakon pujaannya.
Ketika beliau berada di sana, Kasim Kamil, adik kepada Salleh Kamil telah tertarik dengan bakat dan perwatakan yang ada padanya, dan telah menawarkan peluang kepadanya untuk menjadi pelakon pada awal 60-an.
Kerjaya dan Anugerah[sunting | sunting sumber]
Ghazali bin Ramli pertama sekali berlakon dalam filem Aladin arahan B.S. Rajhan sebelum muncul sebagai hero menerusi filem Darahku. Kemunculannya dalam kebanyakan filem menampilkan Ghazali sebagai pelakon utama atau sebagai pelakon pembantu yang semuanya mendapat sambutan menggalakkan daripada para penonton.
Selain itu, beliau turut berlakon dalam filem Hang Jebat, dan seterusnya filem lain-lain yang melonjakkan namanya ialah filem Kalong Kenangan pada tahun 1964, Cempaka Biru, Bunga Tanjung, Pontianak Gua Musang, Dang Anum, Mata Syaitan, Raja Bersiong, Tun Fatimah, Nasib Do Re Mi dan Yatim Mustapha.
Selepas berada di Singapura selama 15 tahun, termasuk 12 tahun menjadi pelakon filem, allahyarham telah meninggalkan Studio Cathay Kris pada tahun 1969 dan kembali ke Kuala Lumpur. Beliau berhenti berlakon ketika berada di Kuala Lumpur.
Semasa di Kuala Lumpur, Allahyarham menjadi kakitangan sambilan TV Malaysia dan bertugas di unit pengalihan suara.
Tidak lama kemudian, Allahyarham terus menerima undangan daripada rakan lamanya, pelawak Mat Sentul untuk kembali ke dunia perfileman sebagai penolong pengarah dalam filem Penagih Dadah dan kemudiannya dalam filem Mat Tenggek pada tahun 1979.
Bertolak dari situ, Allahyarham terus diberi kepercayaan untuk menjadi penolong pengarah untuk filem Ribut Di Hujung Senja arahan Ed Osmera dan Pagar-Pagar Cinta arahan A.R Badol.
Meninggal Dunia[sunting | sunting sumber]
Ghazali telah menghembus nafas terakhir pada sambutan Tahun Baru 1 Januari 2001 pada usia 71 tahun, pukul 8.30 malam, di rumah saudaranya di Bandar Baru Kulim, Kedah, kerana sakit jantung, radang sendi (ghaut) dan angin ahmar. [2]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Sebagai pelakon[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1952 | Aladdin | Filem pertama | |
1960 | Hantu Rimau | ||
1961 | Singapura Dilanggar Todak | Konco 1 | |
Yatim Mustapha | Ahmad Maulana | ||
Siti Zubaidah | Menteri | ||
Hang Jebat | Hang Kasturi | ||
Jalak Lenteng | Dusun | ||
1962 | Tun Fatimah | Raja Zainol | |
Mata Syaitan[3] | |||
Laila Majnun | Putera Raja | ||
Dang Anom | Utusan Majapahit | ||
1963 | Cempaka Biru | Ipoh | |
Darahku | |||
Bunga Tanjung | |||
1964 | Kalong Kenangan | Rabu | |
Pontianak Gua Musang | Nordin | ||
1965 | Cinta Kasih Sayang | Jamal | |
Tiga Botak | Ali | ||
Ikan Emas | Sultan | ||
1966 | Nasib Do Re Mi | Lokman | |
1967 | Lampong Karam | ||
1968 | Amok Tok Nading | ||
Raja Bersiong | Pendekar Gerbang | ||
1983 | Mat Salleh Pahlawan Sabah | ||
1986 | Pagar-Pagar Cinta | Ghazali | |
1992 | Konstabel Mamat | Mat Menthol | Filem terakhir |
Sebagai penolong pengarah[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk |
---|---|
1979 | Penagih Dadah |
Mat Tenggek | |
1982 | Ribut Di Hujung Senja |
1986 | Pagar-Pagar Cinta |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Ghazali sinonim dengan watak raja". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-16. Dicapai pada 2015-09-11.
- ^ PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI.
- ^ Di Akhir Hayat Seniman Ghazali Sumantri.