Pontianak Gua Musang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pontianak Gua Musang
PengarahB.N. Rao
Dihasilkan oleh
  • Ho Ah Loke
  • Loke Wan Tho
Dibintangi
SinematografiHitam-putih
Diedarkan olehCathay-Keris Film Productions
Tarikh tayangan
1964
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Pontianak Gua Musang merupakan sebuah filem Melayu genre seram yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1964. Filem Pontianak Gua Musang diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Pontianak Gua Musang diarah oleh pengarah B.N. Rao pada 1964.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Rohani dan Halimah adalah saudara sepupu yang mencintai dengan lelaki yang sama, Amran, yang akhirnya memilih untuk bersama Rohani.

Kerana sifat cemburu, Halimah merancang untuk membunuh Rohani yang sarat mengandung dan akhirnya mati setelah melahirkan seorang bayi perempuan.

Bayi itu, Chomel, membesar dengan memiliki raut wajah yang mirip dengan ibunya. Ini menyebabkan Halimah mempercayai bahawa Chomel adalah jelmaan dari Rohani yang ingin membalas dendam.

Berdasarkan cerita dongeng dari Asia Tenggara, Pontianak adalah jelmaan hantu dari perempuan yang mati beranak. Hantu ini boleh menyerupai perempuan cantik yang memikat mangsanya sebelum bertukar menjadi mahluk seram dan membunuh mereka.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]