Ghost

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ghost
Genre Drama, misteri
Pencipta Ng Ping Ho
Dibangunkan oleh
Popiah Pictures
Pengarah Ng Ping Ho
Dibintangi oleh
Nazrudin Rahman
Cheryl Samad
Carmen Soo
Reefa
Razif Hashim
Lagu pembukaan Masih Jua
oleh Douglas Lim dan Chelsia Ng
Negara asal  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia, Inggeris
Bilangan musim 2
Penerbitan
Penerbit eksekutif Ng Ping Ho
Anne Low
Penerbit Ng Ping Ho
Tempoh siaran 1 jam per episod
Penyiaran
Saluran asal 8TV
Siaran asal 3 Februari 2008

Ghost ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia bertemakan ghaib dan misteri yang mengisahkan pengembaraan seorang wartawan muda membongkar misteri pembunuhan dengan bantuan roh-roh mangsa bunuh berkenaan. Siri drama ini diterbitkan oleh Ng Ping Ho di syarikat Popiah Pictures untuk disiarkan di saluran 8TV.

Siri ini kini mencecah dua musim, iaitu musim pertama yang disiarkan pada 3 Februari hingga 6 April 2008; sementara musim keduanya disiarkan mulai 19 April 2009. Musim pertamanya dicalonkan untuk Kategori Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2008. Musim keduanya pula memenangi anugerah Hadiah Khas Juri (Judges' Special Prize) di temasya Seoul International Drama Awards 2010 di Korea Selatan.[1]

Am[sunting | sunting sumber]

Pada musim pertama siri Ghost, seorang wartawan majalah bernama Eza (Cheryl Samad) dapat melihat roh Zack Imran (Nazrudin Habibur Rahman), seorang pelakon terkenal yang baru terkorban dalam suatu tragedi. Eza membantu Zack merungkai misteri di sebalik kematian Zack yang diselubungi konspirasi. Tanpa pertolongan pihak berkuasa gara-gara hanya Eza sendiri yang mampu melihat roh Zack, Eza bersemuka dengan pelbagai suspek dan saksi, tak kira rakan-rakan sekerja Zack, peminat mahupun seorang Datuk yang berpengaruh, sehingga terpaksa membahayakan nyawa dirinya melalui penculikan dan peras ugut semata-mata untuk membalas kematian Zack, akhirnya menemui penyelesaian yang di luar jangkaan.

Musim keduanya menyaksikan timbulnya satu lagi kes pembunuhan gempar dan seorang lagi insan menjadi hantu yang mendapatkan pertolongan Eza.

Plot[sunting | sunting sumber]

Musim pertama[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ghost (Musim 1)

Seorang bintang terkenal dan kaki perempuan bernama Zack Imran terkorban dalam tragedi lalu tinggal roh dan mayat, dan rohnya bertembung dengan seorang wartawan muda bernama Eza Azmi yang merupakan satu-satu orang yang mampu melihat rupanya. Walaupun dilaporkan terkorban dalam kemalangan jalan raya, namun Zack mendakwa dirinya sebenarnya dibunuh dalam suatu perbuatan konspirasi. Dengan rasa berat hati, Eza membantu roh Zack merungkai misteri ini walaupun terpaksa menggadai nyawa sendiri. Antara ragam-ragam yang disemuka oleh Eza termasuk Jimmy Rozario (Reefa), pengurus Zack yang membantu Eza menjejak seorang suspek; Maria Zainal, seorang peminat taksub Zack yang benci melihat perempuan lain menghampiri Zack; Datuk Zakaria (Radhi Khalid), seorang tokoh korporat yang bengis kerana isterinya (Yasmin Isa) pernah bermesra dengan Zack; tetapi setelah diugut dan diancam oleh suspek-suspek tersebut, tidak tersangka pembunuh sebenar Zack Imran merupakan ahli psikiatri yang bertemankan seorang rakan karib Eza.

Musim ke-2[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ghost (Musim 2)

Alicia Soo (Melissa Campbell), anak emas kepada peguambela tersohor Edmund Soo (Colin Kirton), hilang secara tiba-tiba. Eza menyahut cabaran merungkai misteri, dan dibawa ke sebuah rumah usang di mana dia sekali lagi melihat hantu, iaitu Harum Abdullah (Isma Hanum) yang boleh membantu siasatan. Turut membantu ialah seorang psikik bernama Alam (Anding Indrawani) yang boleh melihat masa silam orang lain dengan menyentuh badan atau barang-barang milik mereka. Sementara itu, seorang pembunuh bersiri menghantar gambar-gambar mangsanya kepada Eza, maka timbulnya hubung kait antara pembunuhan-pembunuhan mangsanya itu, kehilangan Alicia, kematian Harum dan juga Zack Imran.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 5th Annual Seoul International Drama Awards 2010, allkpop, 10 September 2010. Dicapai pada 14 September 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]