Radhi Khalid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Radhi Khalid
RadhiKhalid02.jpg
KelahiranMuhammad Radhieddeen bin Abd Khalid
(1964-02-04) 4 Februari 1964 (umur 55)
Bukit Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pelawak, personaliti televisyen
Tahun aktif1986–kini

Muhammad Radhieddeen bin Abd Khalid atau lebih dikenali sebagai Radhi Khalid (lahir 4 Februari 1964) ialah seorang pelakon, pelawak dan personaliti televisyen Malaysia.[1] Memulakan kerjaya lakonan pada usia 22 tahun, beliau muncul dalam siri televisyen pertama, Sophia dan mula mendapat perhatian meluas menerusi watak sebagai pemuda Bangladesh bernama Abdulla dalam Spanar Jaya.[2]

Selain peranan lakonan di televisyen, Radhi juga terkenal dengan peranan lakonan dalam filem termasuk Selubung (1991), XX Ray (1992), Pasrah (2000), Soalnya Siapa (2002), Sumolah (2007) dan Jejak Warriors (2015). Beliau juga memegang jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Karyawan Malaysia[3] dan pernah menjadi pensyarah separuh masa Kolej Intec, Shah, Alam, mengajar teater, lakonan dan seni.[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Muhammad Radhieddeen bin Abd Khalid pada 4 Februari 1964 di Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Beliau mempunyai adik-beradik seramai 22 orang (dari empat ibu) dan merupakan anak ke-12, berdarah kacukan Pakistan dan Arab di sebelah bapanya. Radhi merupakan bekas pelajar di Penang Free School. Radhi mengulas dalam temuramah bersama Utusan Malaysia: "Arwah bapa saya ada empat isteri. Kalau ikut satu emak satu bapa saya ada empat beradik dan anak ketiga. Hubungan kami adik beradik memang akrab. Kami tidak ada perasaan irihati antara satu dengan lain kerana kami sudah dididik begitu oleh ibu bapa kami."[5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Radhi memulakan kerjaya awalnya sebagai pelayan restoran. Seterusnya beliau bekerja sebagai model, penari dan emcee. Radhi mendaftarkan dirinya di syarikat penerbitan Nizarman (M) Sdn. Bhd. sebagai krew filem pada pertengahan 1980-an, dan kemudiannya menjadi Pengurus Produksi. Namun peluangnya terbentang luas apabila ditawarkan watak utama drama Jalan Lain Ke Mekah bersama Wafa Abdul Kadir pada 1994.[6] Beliau kemudian menjadi pembantu pengarah dan pelakon drama bersiri IQ Genius yang mendapat sambutan hangat di kalangan kanak-kanak.[6]

Radhi pernah menghaidiri uji bakat untuk menjadi salah seorang anggota kumpulan Maya Studio yang dikelolakan oleh pelakon dan pelawak Jaafar Onn. Semasa menyertai Maya Studio, Radhi sering mengadakan persembahan tarian untuk siaran TV atau menjadi model pengantin bila Maya Studio diundang mengadakan pameran pengantiin.[6]

Kerjaya lakonannya bermula pada 1986 apabila Radhi ditawarkan membintangi siri sitkom Sophia. Peranan filem beliau hadir pada 1991 menerusi filem Selubung arahan Shuhaimi Baba lakonan M. Nasir, Deanna Yusof dan Ida Nerina.[6]

Radhi juga menyumbangkan suaranya dalam siri animasi Kampung Boy karya kartunis Datuk Lat.[7] Pada 2001, Radhi menyertai barisan pelakon sitkom popular ntv7, Spanar Jaya, beliau memegang watak sebagai Abdulla, seorang pemuda Bangladesh.[8]

Radhi memegang watak sebagai Ali, rakan sekerja dan kepentingan cinta Farah Diba lakonan Erra Fazira dalam filem drama romantik Pasrah arahan Yusof Haslam yang ditayangkan pada 8 Januari 2000.[9]

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[10]

Dengan membelanjakan RM2 juta,[11][12] Radhi menerbitkan dan mengarah filem pertamanya Raju & Raja pada 2005 di bawah syarikat miliknya, Radhikal Films yang mengisahkan mengenai konflik kehidupan masyarakat India dan Melayu.[5] Bagaimanapun pada 2017, beliau memberitahu filem sulung arahannya tergendala selama lima tahun kerana kekurangan dana dan berharap dapat melihat karya sulungnya itu disiapkan sekaligus ditayangkan untuk tontonan umum.[13] Radhi bersama Tony Eusoff dan Peter Ong terlibat dalam pementasan teater Jalan Impian yang dipentaskan di KLPac pada 13 hingga 17 Julai 2005.[14]

Pada Januari 2011, Radhi menubuhkan syarikatnya Radhikal Films Sdn. Bhd. yang mengkhusukan kepada penerbitan rancangan televisyen dan filem,[15] yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif. Produksi sulung syarikat ini, Baran diarahkan oleh Michael Ang lakonan Kamal Adli dan Scha Al-Yahya, diikuti oleh Daging Darah diarahkan oleh Mior Hashim Manap lakonan Radhi sendiri, Rozie Rashid, Shahzuan Aiman, Kenchana Dewi, Mazin Siraj, Louisa Chong, Mustafa Kamal, dan Rashidi Ishak.[16]

Beliau menyertai barisan pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, Razak Ahmad, Kamal Adli, Julia Ziegler, dan Najwa P. Ramlee beraksi di pementasan teater Asmara Songsang arahan Rahman Adam yang dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac 2013.[17][18][19]

Radhi menjayakan watak sebagai Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama dalam pementasan teater The LKY Musical yang dipentaskan di Teater Sands, Marina Bay Sands, Singapura pada Ogos 2015.[20][21] Radhi kembali beraksi di pentas teater menerusi Dato' Seri yang diadaptasi dari The Tragedy of Macbeth karya William Shakespeare, ia dipentaskan di KLPac dari 1-5 Jun 2016.[22]

Radhi menjayakan peranan pembantu sebagai Sham Interpol dalam drama adaptasi novel, Cik Serba Tahu yang dibintangi oleh Remy Ishak dan Sari Yanti.[23]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
1991 Selubung Shuhaimi Baba
1992 XX Ray Aziz M. Osman
1996 Sutera Putih Rashid Sibir
2000 Pasrah Ali Yusof Haslam
2002 Soalnya Siapa Othman Hafsham
2003 Iskandar Sawi V. Nagaraj
2004 Puteri Gunung Ledang Tapik Saw Teong Hin
2005 Qaisy & Laila Sadiq Raja Ahmad Alauddin
2007 Sumolah Andy Afdlin Shauki
1957: Hati Malaya Syeikh Ahmad Shuhaimi Baba
2009 Pisau Cukur Bernard Chauly
2010 Baik Giler Mansor Akob
2013 Kolumpo Feroz Bront Palarae
2014 Supersquad The Movie Blinq Rashdan Ramlee Filem animasi 3D
2015 Jejak Warriors Farouk Saw Teong Hin
2016 Bo-Peng Juru Pam Minyak Helmi Yusof Undangan khas
TBA Orang Itu Filem dan drama yang belum dikeluarkan Ida Nerina
Menentang Adat Filem dan drama yang belum dikeluarkan Pak A'ad Sheikh Jamal
Shadowplay Filem dan drama yang belum dikeluarkan Frankie Tony Pietra Juga sebagai penerbit
Raju Raja Filem dan drama yang belum dikeluarkan Dirinya sendiri Filem pertama arahan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1986 Sofia TV1
1999-2005 Spanar Jaya Abdulla ntv7
1999, 2007, 2014 Gerak Khas TV2 Peranan ulangan
2000 Kidnap
Salam Taj Mahal TV3
2006 Realiti 8TV
2010 Di Bawah Ketiak Isteri Astro Prima
2013 Tanah Kubur (musim 7) Astro Oasis Episod: "Subahat"
2014 Super Game Boy Astro Ceria
Delina Kamal TV3
2015 3 Campur 2 Atuk Astro Ceria
2017 Namaku Bedah Abang Bangla TV3
Cik Serba Tahu Sham Interpol Astro Ria
2019 Spanar Jaya X Abdulla TV3 Pelakon undangan
Cinta Non Grata Malik TV3
Rumah Siti Khadijah TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1994 Jalan Lain Ke Mekah TV3
1996 Nur Penyuluh Alam TV3
2003 Neon Pemuda Bangladesh Astro Ria
2005 Good Morning Cikgu TV3
2013 Pasport Duniawi TV AlHijrah
2014 Daging Darah TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1990 IQ Genius TV1
1997-99 Kampung Boy Pelbagai watak, Mustafa Astro Ria Siri animasi
2002 Wizzy Wizard TV Pendidikan
2009 10

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2004 Anak Kerbau Mati Emak
2005 Jalan Impian
2013 Asmara Songsang
2016 Dato' Seri

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2005 Festival Filem Malaysia ke-18 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zieman (10 Jun 2005). Radhi Khalid’s more than just a funny guy The Star (Malaysia). Dicapai pada 7 April 2014.
  2. ^ Biodata Radhi Khalid Cinema.com.my. Dicapai pada 7 April 2014.
  3. ^ Nadia Azam (18 Disember 2015). Radhi: Jangan jadi hero sebar berita palsu Malaysiakini. Diperoleh pada 20 April 2018.
  4. ^ Kari udang parpu teloq Radhi Khalid Karangkraf. Dicapai pada 8 November 2014.
  5. ^ a b Muzlina Abu Bakar (1 November 2005). "Radhi Khalid terbit filem Raja & Raju tahun depan". Utusan Malaysia. Dicapai 15 April 2018. 
  6. ^ a b c d Khadijah Ibrahim (21 Disember 2006). Radhi Khalid pernah jadi penari Maya Studio Utusan Malaysia. Diperoleh pada 7 April 2004.
  7. ^ Manavalan, Theresa (4 Julai 1999). "Kampung Boy Hits Big Time". New Straits Times. Kuala Lumpur, Malaysia: New Straits Times Press. Dicapai 2010-05-18. 
  8. ^ Radhi ceriakan Spanar Jaya Utusan Malaysia (5 Februari 2002). Dicapai pada 28 Mac 2018.
  9. ^ "Pasrah gabungan formula dua filem". Utusan Malaysia. 22 Disember 1999. Dicapai 22 Disember 2011. 
  10. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Dicapai 31 Julai 2017. 
  11. ^ Ashraf Nasser (10 Februari 2017). "Radhi Khalid perlukan RM2 juta untuk siapkan filem sulungnya". Cinema Online. Dicapai 19 April 2018. 
  12. ^ Radhi Khalid perlukan RM2 juta untuk filemnya, Raju & Raja Kakimuvee.net (12 Februari 2017). Dicapai pada 20 April 2018.
  13. ^ Mohd Al Qayum Azizi (10 Februari 2017). "Filem Pertama Radhi Khalid Tergendala Kerana Tiada Dana". mStar Online. Dicapai 15 April 2018. 
  14. ^ Rubin Khoo (11 Julai 2005). "Jalan Impian's road to fame". The Star (Malaysia). Dicapai 19 April 2018. 
  15. ^ "Radhikal Films: About Us". Radhikal Films. Dicapai 20 April 2018. 
  16. ^ "'Tak boleh buat muka tebal'". Harian Metro. 15 Mei 2015. Dicapai 20 April 2018. 
  17. ^ Othman, Kemalia. "'Asmara Songsang' Akan Dipentaskan Di IPT." MStar Online. Saturday 2 March 2013.
  18. ^ "Asmara Songsang". Utusan Malaysia. 6 Mac 2013. Dicapai 19 April 2018. 
  19. ^ "Kontroversi "Asmara Songsang" Mendapat Perhatian Media Antarabangsa". Says. 29 Mac 2013. Dicapai 14 Mei 2013. 
  20. ^ Dinesh Kumar Maganathan (3 Ogos 2015). "Radhi Khalid: Playing Tunku Abdul Rahman in Singapore". Star2. Dicapai 15 April 2018. 
  21. ^ Nurmaya Alias (3 Julai 2015). "Sahut cabaran jadi Tunku Abdul Rahman". Berita Harian Singapura. Dicapai 15 April 2016. 
  22. ^ Budiey (25 Mei 2016). "Teater DATO' SERI Lakonan Radhi Khalid". Sensasi Selebriti. Dicapai 19 April 2018. 
  23. ^ "Merungkai pilihan hati Cik Serba Tahu". Media Permata. 1 April 2017. Dicapai 31 Mei 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]