Carmen Soo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Carmen Soo
Carmen Soo on MeleTOP.jpg
Soo ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 17 November 2015.
Kelahiran
Carmen Soo Wai Mun

(1977-10-14) 14 Oktober 1977 (umur 43)
PendidikanIjazah dalam Pengurusan Perniagaan
PekerjaanPeragawati, pelakon
Tahun aktif1997–kini
Ketinggian160 cm (5 ka 3 in)

Carmen Soo Wai Mun (Cina Tradisional: 蘇慧敏, Cina Ringkas: 苏慧敏; lahir 14 Oktober 1977) ialah seorang peragawati dan pelakon Malaysia yang berketurunan Cina -Inggeris.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Carmen Soo dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau memegang ijazah sarjana muda dalam pengurusan perniagaan dan boleh berbahasa Melayu, Kantonis dan Bahasa Inggeris dengan fasih sambil belajar bahasa inggeris untuk membantu kerjaya lakonannya di Filipina[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Soo pada 2008.

Soo menceburi bidang peragawati sejak berusia 17 tahun dan meninggalkan Malaysia untuk pergi ke Hong Kong demi mengembangkan kerjayanya pada usia 20 tahun. Soo memegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan.

Dengan ketinggian 160cm dan saiz badan yang kecil, Soo kurang sesuai untuk peragaan catwalk. Lantas kebanyakan penggambarannya cenderung kepada iklan cetak dan televisyen.[2] Namun demikian, beliau begitu berjaya dalam bidang peragawati dan wajahnya terpampang pada kebanyakan kulit majalah tempatan seperti NewMan, V Mag, NewTide dan NüYou. Beliau juga dilantik sebagai jurucakap jenama jam tangan antarabangsa Longines, berganding dengan personaliti teater Malaysia Paula Malai Ali.[3]

Soo muncul dalam persada lakonan dengan peranan kecil dalam filem Jackie Chan Gorgeous bersama-sama Shu Qi dan kemudiannya memainkan watak utama dalam pertunjukan muzikal istimewa Aaron Kwok.[4]

Beliau juga muncul dalam teater The Girl from Ipoh, serta iklan Celcom bersama penyanyi Singapura, JJ Lin. Beliau pemilik butik 'Kushi' di Bangsar. Kebelakangan ini beliau sering muncul dalam drama tempatan Trio And A Bed sebagai salah satu daripada tiga pelakon utama, selain Amber Chia dan Annabelle Kong.

Soo kini menetap di Petaling Jaya bersama keluarganya. Pada 2015, Soo berkahwin dengan Benson Tan di Bali.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1999 Gorgeous Gloria
2004 Visits: Hungry Ghost Anthology Maria Segmen: "1413"
2005 Baik Punya Cilok Lina
2006 The 3rd Generation Linda
2008 Kurus Miss Liew
2009 Sayang You Can Dance Angel
T2 Isabel
My Spy Jade
2011 Mein Herz in Malaysia Dalina
2018 Crazy Rich Asians Francesca Shaw
2020 Jebat
2021 Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Pos-produksi

Iklan[sunting | sunting sumber]

  1. Biore (TV)
  2. Celcom (TV)
  3. Diamond & Platinum (Cetak)
  4. Longines (Cetak)
  5. Lux (TV)

Pentas[sunting | sunting sumber]

  • The Girl from Ipoh (persembahan pentas)

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 25 March 2012. Dicapai pada 2010-04-10.CS1 maint: archived copy as title (link)
  2. ^ http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=13396
  3. ^ http://www.longines.com/eng/html_longines/Ambassadors/cv_Carmen_Soo.pdf
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-26. Dicapai pada 2021-08-17.
  5. ^ Belmonte, Maureen Marie (July 18, 2016). "Malaysian star Carmen Soo still hopes to get projects in the Philippines". Dicapai pada July 18, 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]