Gin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gin pelbagai jenama dijual di Itali.

Gin [gin atau jin] ialah sejenis arak bercirikan rasa yang tersendiri daripada penambahan sejenis beri khas dari spesies Juniperus communis.[1][2] Ia adakala menjadi bahan utama dalam arak campuran atau "koktel" tertentu seperti martini, gin pahit atau gin and tonic.

Minuman keras ini asalnya daripada sejenis arak digunakan untuk tujuan berubat di Belanda dan Belgium iaitu jenever sebelum dikembangkan lanjut di United Kingdom setelah diperkenalkan berikutan Revolusi Gemilang 1688 dicetuskan William I dari Orange yang menyebabkan sekatan berdagang arak dengan Kerajaan Perancis.

Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Selain minyak dari buah pohon juniper, gin juga dicampurkan dengan minyak berasaskan rempah-ratus seperti adas manis, karawai, biji ketumbar, kulit limau, akar manis, kayu manis, dan pelaga.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Menurut cara pembuatannya, gin dibahagi menjadi dua jenis:

  • Gin distilasi (distilled gin) - gin hasil penyulingan arak minuman beralkohol rasa tawar (spirit) yang dicampur air, dan diberi aroma buah juniper serta rempah-rempah.[3]
  • Gin campur (compound gin) - gin tawar yang dicampur air, aroma buah juniper, serta minyak rempah-rempah, namun tidak melalui proses distilasi.[3]

Gin biasanya tidak diminum terus melainkan diminum sebagai koktel. Jenis gin yang umum dipakai untuk koktail adalah gin jenis London dry yang berkadar alkohol tinggi. hasil penyulingan dari arak rasa tawar yang dicampur dengan rempah-rempah serta disuling ulang dalam tong-tong khas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Gin berasal dari minuman keras asal Belanda yang diciptakan Dr. Franciscus de le Boë (alias Dr. Sylvius) dari Universiti Leiden pada tahun 1650.[3] Mulanya Dr. Sylvius sedang mencari akal untuk memberi obat dalam dosis yang tepat untuk pasien penyakit ginjal. Ia mencampur minyak runjung pohon juniper dengan minuman beralkohol hasil fermentasi serealia. Hasilnya berupa diuretika murah yang disebutnya jenever, dari bahasa Perancis genévrier yang bererti pohon juniper.

Minyak runjung juniper diketahui memiliki khasiat perubatan, di antaranya penambah nafsu makan, memiliki kesan sedatif dan mengurangkan sakit kepala.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ E.U. Definitions of Categories of Alcoholic Beverages 110/2008, M(b), 2008
  2. ^ Definitions ("Standards of Identity") for Distilled Spirits, Title 27 of the U.S. Code of Federal Regulations, Chapter 1, Part 5, Section 5.22 ,(c) Class 3
  3. ^ a b c Ranken, M.D. (1997). Food Industries Manual. Springer. m/s. 269. ISBN 0-7514-0404-7.
  4. ^ Deegan, Grant (1999). "From the bathtub to the boardroom: gin and its history". MY2K: Martini 2000. 1 (1). Parameter |month= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]