Pengasas Hogwarts

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Godric Gryffindor)
Jump to navigation Jump to search

Dalam siri popular Harry Potter karangan penulis British JK Rowling, empat watak telah dinamakan sebagai pengasas sekolah sihir yang ulung iaitu Hogwarts. Sekolah ini merupakan latar berpusat dalam buku dan kebanyakan watak utama termasuk Harry Potter, berada dan bekerja di sini. Dalam dunia rekaan Rowling, Hogwarts telah ditubuhkan sealaf dahulu oleh "empat orang ahli sihir yang terkemuka pada zaman itu"[HP2]: Godric Gryffindor, Helga Hufflepuff, Rowena Ravenclaw dan Salazar Slytherin. Setiap daripada pengasas ini mempunyai salah satu daripada empat Rumah Hogwarts dinamakan sempena nama mereka.

Apa yang diketahui tentang mereka[sunting | sunting sumber]

Dalam novel, maklumat tentang pengasas diterangkan oleh satu daripada tinggalan mereka, Topi Pengisih (barang yang dijampi untuk meneruskan pembahagian pelajar). Berikut adalah diketahui tentang pengasas tersebut secara menyeluruh:

Mereka berempat hidup lebih kurang pada abad ke-10 atau ke-11 di Britain. Mereka dianggap sebagai ahli sihir yang terkemuka pada zaman itu, malah antara masyarakat ahli sihir, mereka telah mencapai satu pencapaian yang mengagumkan. Peninggalan mereka sangat berharga tinggi dan menjadi tanda kebanggaan kepada keturunan salah seorang mereka (seperti yang ditunjukkan oleh Gaunt dan Smith).

Walau bagaimanapun, hanya Slytherin diterangkan secara lebih terperinci memandangkan peranannya dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia.

Profesor Binns (Pengajar Sejarah Sihir) membuat ulasan tentang pengasasan Hogwarts: "[Pengasas] bersama-sama membina istana kota ini, jauh daripada pandangan mata Muggle yang bersikap ingin tahu kerana zaman itu sihir amat ditakuri oleh manusia biasa dan ahli-ahli sihir sangat menderita kerana tersiksa."

Pengasas-pengasas[sunting | sunting sumber]

Godric Gryffindor[sunting | sunting sumber]

Watak Harry Potter
Godricgryffindorcard.gif
Godric Gryffindor
Jantina Lelaki
Rumah Pengasas Gryffindor
Kemunculan pertama Disebut dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets
Godric Gryffindor di laman rasmi J. K. Rowling sebagai Ahli Sihir Bulan Julai 2007. Perhatikan pedang yang dipegangnya.

Godric Gryffindor datang dari kawasan Mur liar (kawasan semak bergambut) yang kini diketahui adalah lokasi bagi Godric's Hollow.[HP7] Beliau dikenali sebagai salah seorang Pengasas Hogwarts daripada empat orang ahli sihir hebat.

Gryffindor dikatakan mempunyai keberanian yang hebat, kesungguhan dan kekuatan dari hati mengatasi yang lain. Malah, dia memilih pelajar untuk rumahnya berdasarkan kecekalan dan keberanian mereka, menurut Topi Pengisih. Dia juga turut meyokong kemasukan ahli sihir kelahiran Muggle ke sekolah.

Peninggalannya yang masih tinggal adalah Topi pengisih dan pedang perak yang Harry gunakan untuk membunuh Basilisk, kedua-duanya disimpan di pejabat pengetua sehingga Severus Snape mengalihkan pedang tersebut untuk membantu Harry memusnahkan Horcrux. Pedang itu, yang masih mempunyai bisa Basilisk, mampu memusnahkan horcrux di dalam cincin Marvolo, loket Slytherin, dan Nagini.

Gryffindor merupakan "Ahli Sihir Bulanan" bagi Julai 2007 di laman web J.K. Rowling, yang diterangkan sebagai: "Salah seorang daripada empat Pengasas Hogwarts, Godric Gryffindor merupakan pakar perang tanding terhebat di zamannya, pejuang yang tergerak untuk menentang diskriminasi terhadap Muggle dan merupakan pemilik pertama Topi Pengisih."[1]

Imej Godric Gryffindor sebagai tampilan susun atur di ruangan cereka peminat di Mugglenet.com

Nama Godric adalah dalam perkataan Anglo-Saxon yang mempunyai beberapa makna, termasuk, "Dia yang Memerintah bersama Tuhan," atau "Dia yang Memerintah dengan Baik."[2]

Gryffindor dan rumahnya disimbolkan dengan singa emas di atas warna merah. Dia dahulunya merupakan sahabat karib Salazar Slytherin.

Apabila J.K. Rowling ditanya tentang sama ada terdapat kaitan antara Godric Gryffindor dan Godric's Hollow, rumah ibu bapa Harry Potter, beliau menjawab, "Hebat. Kamu agak bagus, bukan?. Saya kagum."[3] Perkaitan tersebut kemudiannya dijelaskan dalam buku ketujuh.

Helga Hufflepuff[sunting | sunting sumber]

Watak Harry Potter
Helgahufflepuffcard.gif
Helga Hufflepuff
Jantina Perempuan
Rumah Pengasas Hufflepuff
Kemunculan pertama Disebut dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets
Helga Hufflepuff di laman rasmi J. K. Rowling sebagai Ahli Sihir Bulan Mei 2007. Perhatikan cawan yang dipegangnya.

Helga Hufflepuff datang dari lembah yang luas terbentang. Beliau amat setia, jujur, adil dan rajin. Ahli rumahnya lazim menunjukkan sekurang-kurangnya satu dari sifatnya dalam banyak tahap: Cedric Diggory, mendiang peserta Kejohanan Ahli Sihir Trio, merupakan salah satu pelajar yang memaparkan keempat-empat sifat itu.

Topi Pengisih turut menyatakannya sebagai "Hufflepuff yang baik" atau "Hufflepuff yang manis". Beliau tidak mempunyai piawai ketat tertentu untuk pemilihan pelajar msuk ke dalam rumahnya. Walaupun dalam Piala Api, beliau dikatakan mempertimbangkan mereka "yang tekun berusaha," dan beliau juga dikatakan mengambil "pelajar selebihnya" setelah tidak terpilih dalam rumah yang lain, dan dinyatakan oleh Topi Pengisih yang beliau mengatakan, "Kita ajar semua, dan menganggap setara." Ini membezakannya dengan pengasas yang lain, menjadikannya sebagai pengamal egalitarian.

Hufflepuff merupakan Ahli Sihir Bulan Mei 2007 di laman web Rowling. "Salah seorang daripada empat Pengasas Hogwarts, Hufflepuff terkenal khususnya ketangkasannya dalam Mantera berkaitan dengan makanan. Kebanyakan resepi yang lazimnya dihidangkan di jamuan Hogwarts berasal dari Hufflepuff."[4] Kad ahli sihirnya, yang telah ditulis oleh Rowling, menerangkan bahawa Helga "membawa orang ramai dari latar belakang yang berbeza untuk bersama-sama membangunkan Hogwarts," dan "disukai kerana caranya yang menawan." Menurut satu temubual antara Rowling dengan staf dari The Leaky Cauldron, Hufflepuff membawa elf rumah ke Hogwarts, yang ditawarkannya sebagai tempat perlindungan.[5] Kedua-dua kad ahli sihir dan ilustrasi di laman Rowling menunjukkan beliau seorang perempuan yang agak tembam dengan rambut merah.

Imej Helga Hufflepuff sebagai tampilan susun atur di ruangan cereka peminat di Mugglenet.com

Salah satu khazanah peninggalan Hufflepuff, cawan emas kecil, telah diwarisi turun-temurun hinggalah keturunannya yang jauh, Hepzibah Smith, mengatakan cawan tersebut mempunyai beberapa kuasa ajaib yang kebanyakannya tidak diujinya.[HP6] Cawan itu kemudiannya jatuh ke tangan Voldemort, yang menukarkannya kepada Horcrux, dan dimusnahkan oleh Hermione ketika pertarungan akhir di Hogwarts.

Nama Helga berasal dari Scandinavia, bermaksud "suci".[6]

Rowena Ravenclaw[sunting | sunting sumber]

Watak Harry Potter
Ravenclaw.gif
Rowena Ravenclaw
Jantina Perempuan
Rumah Pengasas Ravenclaw
Kemunculan pertama Disebut dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets
Rowena Ravenclaw di laman rasmi J. K. Rowling sebagai Ahli Sihir Bulan Ogos 2007. Perhatikan mahkota yang dipakainya.

Rowena Ravenclaw[7] merupakan seorang ahli sihir yang terkenal dengan kebijaksanaan dan kekreatifannya, dan dinyatakan oleh Xenophilius Lovegood sebagai "cantik". Topi Pengisih memperkenalkannya sebagai “Ravenclaw yang adil, dari lembah sempit,” ((HP4)) ini mencadangkan yang berkemungkinan beliau berasal dari Scotland atau Ireland. Beliau merupakan sahabat baik kepada Helga Hufflepuff; persahabatan mereka digunakan untuk mengukuhkan lagi persahabatan yang telah putus antara Godric Gryffindor dan Salazar Slytherin. Ravenclaw memperkenalkan pelan aras yang sentiasa berubah dan tangga bergerak di istana kota Hogwarts, dan terkenal dengan peribahasa "Kepintaran melampaui ukuran adalah harta terhebat manusia."

Ravenclaw, seperti dinyatakan oleh Topi Pengisih, menggemari untuk memilih pelajar yang pandai dan bijak ke dalam pasukannya. Maka, Rumah Ravenclaw terkenal dengan nilai ini dalam ahlinya yang berakal tajam, pintar, kreatif, dan bijak. Maka, berbanding bertanyakan kata laluan dari ahlinya untuk masuk ke dalam asrama, pengetuk berupa helang gangsa akan memberikan pelajar-pelajar rumah Ravenclaw satu teka-teki, yang jika dijawab salah, akan memaksa pelajar itu tunggu hingga ada pelajar lain yang dapat menjawabnya dengan betul. Hal ini membolehkan pelajar tadi mempelajari sesuatu.

Dalam Deathly Hallows, Harry mendapat tahu terdapat artifak peninggalan Ravenclaw yang telah menjadi Horcrux: mahkotanya yang hilang, yang memberikan kepintaran kepada pemakainya. Anak perempuan beliau, Helena Ravenclaw (Perempuan Kelabu) pernah melarikan diri bersama mahkota tersebut untuk mengatasi kecerdikan dan kepintaran ibunya dan telah menyembunyikan mahkota tersebut di Albania, yang kedudukannya tidak diketahui orang sejak itu. Walau bagaimanapun, pendedahan lokasi tersebut kepada Tom Riddle, telah menyebabkan Tom Riddle mendapatkannya dan menukarkannya kepada Horcrux. Dalam keadaan asal sebelum disumpah, ia dikatakan mampu memberikan si pemakainya kebijaksanaan. Pada penghujung hidup beliau, Rowena, yang menderita sakit telah menghantar Baron Berdarah untuk mencari anak perempuannya itu supaya dapat dilihatnya sebelum beliau meninggal dunia. Walau bagaimanapun, Helena enggan mengikut Baron, lalu Baron yang dalam keadaan marah tidak terkawal, telah membunuh Helena yang kemudiannya menyesal, lalu membunuh diri sendiri.

Imej Rowena Ravenclaw sebagai tampilan susun atur di ruangan cereka peminat di Mugglenet.com

Ravenclaw merupakan Ahli Sihir Bulan Ogos 2007 di laman web Rowling. "Salah seorang daripada empat Pengasas Sekolah Sihir Hogwarts, Rowena Ravenclaw merupakan ahli sihir terbijak pada zamannya, walaupun legenda mengatakan bahawa beliau telah patah hati - sebab tidak diketahui - yang menyumbang kepada kematiannya ketika masih muda." Status Ahli Sihir Bulanan didedahkan kemunculannya hinggalah pada bulan selepas pelancaran "Harry Potter and the Deathly Hallows". Hal ini adalah untuk menyembunyikan perkara tersebut hinggalah pada hari pelancaran buku tersebut.

Rowena merupakan perkataan Latin bagi nama Jerman kuno. Unsur dalam namanya bermaksud "Fame," (kemahsyuran) (cf. Anglo-Saxon hrōd, atau hrōð), dan "Joy," (kegembiraan) (cf. Anglo-Saxon wyn(n)), atau "Friend," (kawan) (cf. Anglo-Saxon wine). Rowena, Ratu Britain merupakan salah satu watak penting dalam sejarah tradisional Britain; beliau merupakan anak perempuan kepada Hengest dan isteri kepada Vortigern.[8]

Salazar Slytherin[sunting | sunting sumber]

Watak Harry Potter
SalazarSlytherincard.gif
Salazar Slytherin
Jantina Lelaki
Rumah Pengasas Slytherin
Kemunculan pertama Disebut dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets

Salazar Slytherin dikatakan sebagai "gila kuasa" oleh Topi Pengisih, dan datang dari "tanah rawa". Tanah rawa dari Timur England adalah kawasan paya gambut sekitar Norfolk, Lincolnshire, Cambridgeshire dan menghubungan wilayah sekitarnya, walaupun tidak disebutkan secara tepat dari mana Slytherin datang. Slytherin merupakan seorang Parselmouth, ahli sihir yang mampu bertutur dengan ular. Rumahnya di Hogwarts sering dikaitkan dengan ular dan warna rumah pasukannya ialah hijau dan perak.

Seperti Ravenclaw dan Gryffindor, Slytherin memilih dengan hati-hati pelajar yang akan memasuki rumahnya. Menurut Albus Dumbledore, mutu yang dianugerahkannya termasuklah kepintaran, bersungguh-sungguh dan tidak terlalu mengendahkan peraturan dan antara yang terutama ialah kebolehan untuk bercakap dalam Parseltongue. Dia juga memilih pelajar yang licik, bercita-cita tinggi dan berdarah tulen untuk menyertai pasukannya.

Slytherin telah terpilih bagi "Ahli Sihir Bulanan" bagi Jun 2007 di laman web J.K. Rowling, yang digambarkan: "Salah seorang daripada empat Pengasas Hogwarts yang dikenali, Salazar Slytherin merupakan Parselmouth pertama yang direkodkan, Legilimens yang ulung, dan terkenal kerana kekuasan darah tulen."[9]

Pembaca telah didedahkan tentang sejarah tentang Slytherin oleh Profesor Binns, pengajar Sejarah Sihir, dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia yang telah memberikan maklumat tentang penubuhan sekolah dan perpecahan antara Slytherin dan pengasas yang lain: yang kota istana itu dibina jauh daripada Muggle kerana ketika itu manusia biasa takutkan ahli sihir, dan akan menyeksa mereka. Beliau kemudian menyatakan yang Slytherin berharap pemilihan kemasukan ke Hogwarts (ketika itu belum wujud lagi rumah; seperti yang dikatakan Topi Pengisih dalam Harry Potter dalam Piala Api and Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix , adalah dengan menggunakan darah tulen sebagai kunci utama dalam pemilihan pelajar ke sekolah itu) — beliau mahukan pembelajaran sihir terhad untuk keluarga sihir sahaja kerana beliau percaya yang kelahiran Muggle tidak boleh dipercayai dan beliau enggan mengajar pelajar daripada golongan berkenaan.

Salazar Slytherin di laman rasmi J. K. Rowling sebagai Ahli Sihir Bulan Jun 2007. Perhatikan loket yang dipakainya.

Menurut lagenda purba, Slytherin bertanggungjawab atas pembinaan Bilik Rahsia, iaitu rumah bagi makhluk ajaib Basilisk. Ular yang diketahui oleh Slytherin mampu dikawal oleh keturunannya yang parselmouth, telah meninggalkan Basilik untuk membasmi semua kelahiran Muggle di Sekolah Sihir Hogwarts. Hal ini berlaku selepas pertelingkahan antara empat pengasas (diterangkan oleh Topi Penyihir dalam Kumpulan Phoenix) yang akhirnya telah berpecah dan menyebabkan Slytherin membawa diri dari Hogwarts. Waris Slytherin terakhir yang diketahui , iaitu Tom Marvolo Riddle, menemui Bilik tersebut dan melepaskan telah Basilisk, yang telah menyebabkan kematian seorang pelajar (Myrtle Mengerang). Penemuan bilik tersebut oleh Harry Potter mengesahkan lagi kewujudan bilik itu.

Slytherin memiliki seutas loket dihiasi huruf "S", yang menjadi tinggalan pusaka keturunannya yang terakhir, Keluarga Gaunt. Loket tersebut telah dijual kepada Caractacus Burke oleh Merope Gaunt, kemudian dibeli oleh Hepzibah Smith, dan dicuri olehVoldemort. Voldemort telah menukarkan loket tersebut menjadi Horcrux, dan menyembunyikannya ke dalam gua yang pernah dilawatinya ketika beliau masih kanak-kanak. Loket tersebut kemudiannya dicuri oleh Regulus Black dengan bantuan elf rumah, Kreacher. Kreacher yang memiliki loket tersebut diarahkan pulang ke kediaman Black di London dan menyembunyikan loket tersebut. Selepas dicuri oleh Mundungus Fletcher , loket tersebut dimiliki oleh Dolores Umbridge, yang mendakwa itu adalah harta pusaka keluarganya. Loket tersebut kemudiannya diambil oleh Harry Potter, dan kemudian dimusnahkan oleh Ron Weasley dengan pedang perak kepunyaan Godric Gryffindor. Tindakan tersebut berjaya memusnahkan cebisan jiwa Voldemort yang berada di dalamnya juga.

Imej Salazar Slytherin sebagai tampilan susun atur di ruangan cereka peminat di Mugglenet.com

Slytherin adalah satu-satunya yang pengasas Hogwarts yang diceritakan bagaimana rupa paras fizikal beliau. Tugunya di dalam Bilik Rahsia menunjukkan beliau merupakan seorang lelaki "sangat tua dan rupanya seperti monyet, dengan janggut panjang nipis, hampir mencecah hujung jubah batunya yang labuh."[HP2] Kemudian dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, Marvolo Gaunt juga diterangkan hampir memiliki rupa paras yang hampir serupa.

Cerita yang diturunkan[sunting | sunting sumber]

Kisah mereka telah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi dan sebahagian daripadanya telah menjadi legenda, mitos dan dilupakan. Sejarah mereka turut terdapat dalam buku "Sejarah Hogwarts" karangan Bathilda Bagshot.

Para pelajar turut didedahkan akan keempet-empat mereka melalui nyanyian Topi Pengisih yang menyanyikan lagu tentang pengasas Hogwarts serta sejarah mereka. Peringatan yang digunakan oleh Topi tersebut turut menggunakan kisah mereka berempat sebagai nasihat kepada semua pelajar yang menjadi wakil kepada masyarakat ahli sihir di sekolah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • ^ Section: Wizard of the Month Godric Gryffindor JKRowling.com Retrieved 30 June, 2007
  • ^ Oxford Minidictionary of First Names
  • ^ "JK interview Part 4 - questions and queries". CBBC Newsround (dalam bahasa English). BBC. 2002-10-23. Dicapai 2006-08-30.  Check date values in: |date= (bantuan)
  • ^ New Wizard of the Month May 2007 mugglesguide.com.
  • ^ PotterCast 122 "the-leaky-cauldron.org."
  • ^ Oxford Minidictionary of First Names
  • ^ New Wizard of the Month August 2007 mugglesguide.com.
  • ^ Oxford Minidictionary of First Names
  • ^ New Wizard of the Month June 2007 mugglesguide.com.