Horcrux

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Buku diari Tom Riddle, horcrux pertama yang ditemui Harry Potter, dalam filem Harry Potter and the Chamber of Secrets.

Horcrux ialah objek sihir rekaan dalam siri Harry Potter karya J. K. Rowling. Konsep Horcrux untuk pertama kalinya dinyatakan dalam siri keenam, Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Horcrux-horcrux tersebut telah ditampilkan dalam siri-siri sebelumnya walaupun tidak pernah diperkenalkan sebagai horcrux. Rowling mempergunakan watak guru Posyen Horace Slughorn untuk menjelaskan mengenai Horcrux ini. Horcrux ialah tumpuan utama dalam buku terakhir, Harry Potter dengan Azimat Maut.

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Horcrux ialah "suatu bekas bagi seorang Ahli Sihir Hitam menyembunyikan bahagian jiwanya untuk tujuan mencapai keabadian".[1] Dengan sebahagian jiwa yang disimpan, seorang ahli sihir mempunyai hidup yang sangat panjang selagi horcrux itu kekal utuh yang biasanya disimpan di tempat yang selamat. Jika tubuh si ahli sihir hancur, bahagian jiwa yang terasing itu tetap terpelihara dalam horcrux tersebut.[2] Namun demikian, tubuh si pembuat Horcrux yang hancur akan menyebabkan penyihir itu dalam keadaan "separuh-hidup" kerana mereka kehilangan bentuk fizikal.[3] Ilmu hitam yang diperlukan untuk mencipta sebuah horcrux dianggap sebagai sihir keji yang sangat tercela hingga jarang sekali diceritakan atau diterbitkan, walaupun dalam buku-buku Ilmu Hitam.

Horcrux dapat dibuat daripada barang biasa, termasuk benda hidup. Kehancuran horcrux itu akan menghancurkan juga bahagian jiwa yang disimpan di dalamnya, mengakhiri perlindungannya, dan mengembalikan si pembuat kepada keadaan biasa iaitu dapat mati, kecuali jika si pembuat memiliki horcrux yang lain. Kehancuran suatu horcrux memerlukan sihir yang kuat yang menyebabkan horcrux itu tidak dapat memperbaiki dirinya sendiri, misalnya dengan mempergunakan bisa basilisk atau kutukan api. Jika seorang penyihir telah membuat lebih daripada satu horcrux, ia akan tetap dalam keadaan 'kebal' dan abadi hingga semua horcrux itu dihancurkan. Tanpa horcrux, si penyihir akan mati secara normal jika terluka atau terbunuh.[4]

Lord Voldemort merupakan satu-satunya ahli sihir yang secara jelas disebutkan telah membuat horcrux (walaupun ada juga ahli sihir lain yang turut membuatnya), dan merupakan satu-satunya penyihir yang diketahui pernah mencipta lebih daripada satu horcrux.[5]

Horcrux Voldemort[sunting | sunting sumber]

Pembuatan horcrux Voldemort ialah tumpuan utama plot terakhir siri Harry Potter. Voldemort mempercayai bahawa tujuh ialah angka ajaib yang sangat kuat sehingga dia dengan sengaja merancang membuat enam horcrux sementara bahagian ketujuh jiwanya tetap berada di dalam tubuhnya.[HP6] Namun, akibat jiwanya yang tidak stabil, Voldemort secara tidak sengaja telah membahagi jiwanya menjadi "lapan" bahagian ketika dia gagal membunuh Harry. Sumpahan Pembunuh yang gagal itu bukan sahaja menghancurkan tubuh Voldemort, tetapi juga merobek dan memasukkan bahagian jiwanya ke dalam Harry. Voldemort yang tidak menyedari hal ini, mencipta Nagini sebagai horcrux "ketujuh" dan terakhir.

Semua horcrux yang dicipta secara sedar oleh Voldemort dibuat dengan menggunakan barang yang mempunyai nilai yang penting atau cukup sentimental baginya.[HP6] Voldemort mempergunakan peninggalan-peninggalan keempat-empat pengasas Hogwarts (kecuali peninggalan Godric Gryffindor), diarinya (yang menceritakan bukti bahawa dia ialah keturunan Salazar Slytherin), cincin keluarga Peverell yang dipunyai oleh datuknya, dan ular Nagini.

Objek-objek pengasas juga mempunyai perlindungan tersendiri mengikut unsur-unsur; loket Slytherin dengan air, dan piala Hufflepuff dengan tanah. Walaupun mahkota Ravenclaw tidak mempunyai perlindungan istimewa yang dipasang Voldemort (kerana dia hendak cepat), Harry terpaksa menangkapnya dengan menaiki penyapu selepas ia tercampak ke udara oleh raksasa Fiendfyre. Kemusnahannya melalui api juga sama dengan kemusnahan horcrux lain oleh peninggalan pengasas keempat, pedang Gryffindor.

Dalam kesombongannya, Voldemort memberitahukan pembayang mengenai pembuatan horcrux-horcrux tersebut kepada para pengikutnya. Mengetahui mengenai horcrux ini, Regulus Black mengagak dengan tepat bahawa loket Salazar Slytherin ialah salah satu horcrux, dan mengorbankan dirinya untuk mengambilnya.[6]

Setiap horcrux dihancurkan oleh orang yang berlainan, seperti dalam jadual berikut:

Horcrux Imej Pembunuhan untuk membuatnya Dimusnahkan oleh Cara Tempat ditemui Tempat dimusnahkan Catatan
Diari Tom Marvolo Riddle Diari Voldemort.JPG Myrtle Mengerang Harry Potter Taring Basilisk Kediaman Malfoy Bilik Rahsia di Hogwarts Lucius Malfoy memberikan diari ini kepada Ginny Weasley untuk memalukan keluarga Weasley tanpa menyedari bahawa diari ini ialah sebuah horcrux.
Cincin Marvolo Gaunt (Batu Kebangkitan) Cincin Marvolo Gaunt.jpg Tom Riddle Senior Albus Dumbledore Pedang Godric Gryffindor Rumah Gaunt Pejabat Pengetua di Hogwarts Voldemort membuat horcrux ini tanpa menyedari bahawa batu cincin tersebut ialah salah satu Azimat Maut.
Loket Salazar Slytherin Loket Salazar Slytherin.Jpg Lelaki Muggle Ron Weasley Pedang Godric Gryffindor Gua (didapatkan oleh Regulus, disimpan oleh Kreacher, dicuri oleh Mundungus, diambil daripada Umbridge) Hutan Dicuri daripada Hepzibah Smith yang juga mempunyai Piala Hufflepuff. Diambil dari gua pinggir laut pertama kalinya oleh Regulus Black dan Kreacher.
Piala Helga Hufflepuff Piala Helga Hufflepuff.JPG Hepzibah Smith Hermione Granger Taring Basilisk Bilik Kebal Lestrange di Gringotts Bilik Rahsia di Hogwarts Dicuri daripad Hepzibah Smith yang juga mempunyai loket Slytherin.
Mahkota Rowena Ravenclaw Mahkota Rowena Ravenclaw.JPG Penduduk Albania Vincent Crabbe Fiendfyre Bilik Keperluan di Hogwarts Bilik Keperluan di Hogwarts Dicuri oleh anak perempuan tunggal Rowena Ravenclaw, Grey Lady dan menyembunyikannya di Albania. Kemudian, dipindahkan ke Bilik Keperluan oleh Voldemort. Hancur secara tidak sengaja.
Harry Potter Harry potter sendiri.jpg Voldemort (tidak terbunuh kerana Horcrux lain tetapi tiada jasad) Voldemort Avada Kedavra (Harry terselamat kerana yang terkena ialah Horcrux) Dirinya sendiri Rimba Larangan Ketika sumpahan pembunuhnya berbalik, sebahagian jiwa Voldemort masuk ke nyawa yang terdekat, Harry Potter. Walaupun ada spekulasi tentang peranan Lily Potter dalam kejadian Harry menjadi horcrux ini, tidak ada bukti bahawa kematian Lily ada hubung kait dengan horcrux tersebut.
Nagini Nagini.JPG Bertha Jorkins Neville Longbottom Pedang Godric Gryffindor Bahu Voldemort Dewan Masuk di Hogwarts Dumbledore mempercayai bahawa horcrux ini dibuat dengan kematian Frank Bryce, tetapi J. K. Rowling menyatakan bahawa horcrux ini telah dibuat sebelumnya iaitu dengan kematian Bertha Jorkins.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Laman sesawang JK Rowling, Diary entry, Sept 29th, Harry Potter Lexicon archive
  2. ^ Rowling, J. K. (2005). (Inggeris) Harry Potter and the Half-Blood Prince. London: Bloomsbury/New York City: Scholastic, et al. p. 503. UK ISBN 0-7475-8108-8/U.S. ISBN 0-439-78454-9.
  3. ^ Rowling, J. K. (2000). (Inggeris) Harry Potter and the Goblet of Fire. London: Bloomsbury, et al. p.566. UK ISBN 0-7475-4624-X.
  4. ^ Rowling, J. K. (2005). (Inggeris) [[Harry Potter and the Half-Blood Prince]. New York City: Scholastic, et al. p.503. U.S. ISBN 0-439-78454-9. "That seventh piece of soul will be the last that anybody wishing to kill Voldemort must attack – the piece that lives in his body."
  5. ^ Rowling, J. K. (2005). (Inggeris) [[Harry Potter and the Half-Blood Prince]. New York City: Scholastic, et al. pp. 501–502. U.S. ISBN 0-439-78454-9.
  6. ^ "Online Chat Transcript". Bloomsbury. 31 Julai 2007. Dicapai 31 Julai 2007.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

Batu Hikmat buku filem
Bilik Rahsia buku filem
Banduan Azkaban buku filem
Piala Api buku filem
Kumpulan Phoenix buku filem  
Putera Berdarah Kacukan buku filem  
Azimat Maut buku (filem)  

WatakTempatSihirSubjek - Objek - Makhluk - Buku